Bukan Menantu Dambaan

Sedikit pengenalan asas, aku merupakan seorang isteri kepada anak lelaki sulung, dan mempunyai seorang biras perempuan yang perkahwinan beliau seumur denganku.

Anak kami berdua juga sebaya berusia 5 tahun pada tahun ni. Keluarga suami berdarah jawa.

Apa kaitan dengan Jawa? Aku pun tak tahu tapi apabila aku luahkan sedikit sebanyak ke kawan baik aku yang mertuanya jawa juga dia akan balas “Ye memang begitu agaknya”.

Aku berkahwin ketika di tahun akhir pengajian. Jadi PJJ bersama suami untuk 6 bulan kerana aku berada di kolej menyelesaikan projek tahun akhir. Aku rasa disini bermula episod aku dan mertua sama-sama berjauh hati.

Oleh kerana aku dan suami PJJ, sudah semestinya setiap cuti aku akan balik ke rumah suami, rumah kelamin kami. Tapi ibu mertuaku seperti tak suka dan mengharapkan aku balik ke rumahnya. Katanya untuk membantu apa yang patut.

Aku tahu pun sebab dengar masa ibu telefon suamiku dan tanya Ara tak balik kampung ke. Nasib baik suamiku back up yang kami dah lama tak jumpa, baru berkahwin, honeymoon pun tidak, bagilah kami berdua. Ibu akur.

Selepas aku korek cerita, baru aku tahu ibu nak aku balik sebab nak minta teman ke pasar pagi setiap hari waktu aku cuti dengan naik kereta ayah metua. Aku ni boleh la drive cuma aku takut nak drive kereta orang.

Aku pernah persoalkan suami kalau aku tinggal di kampung, nak pergi pasar nak suruh naik apa? Selama ni elok je ibu pergi sendiri naik motor.

Rumah mertua aku tu masih ada anak-anaknya yang lain huni. Tak akan sorang pun dia tak pernah nak ajak pergi teman beli ikan?

Cerita kedua, rumah kelamin kami dulu di utara kerana suami posting sana. Jadi perjalanan nak ke selatan naik kereta sangat penat walaupun kami bergilir dan pada tu aku dah habis belajar, baru mula bekerja dan baru saja awal mengandung.

Walaupun masih mabuk-mabuk pembawakan, aku tetap mengambil giliran nak balik selatan memandangkan lama tak jumpa keluarga. Keluarga aku dan keluarga suami tinggal di negeri sama, cuma berlainan daerah.

Sesampainya beberapa sebelum subuh, pastinya kami kelelahan sangat dan terlajak tidur selepas bangun subuh. Aku bangun selepas ibu balik dari pasar.

Aku ni tak minat masak tapi aku masih boleh masak. Jadi aku pun ringanlah tangan nak membantu walaupun ibu masam mencuka.

Aku tahu dia masam sebab aku tak teman ke pasar. Tapi dia pun tak ada inform atau kejut aku bangun. Bilik suami kat kampung tu tak ada tingkap. Hari dah cerah pun tak perasan.

Jadi aku teruskan tolong ibu masak. Jenis aku kalau masak di rumah orang, hatta rumah mama aku sendiri pun aku akan tanya sebab aku faham setiap orang lain cara masakkan. Setiap apa yang aku potong aku akan tanya nak macam mana. Bebawang semua tak jadi isu.

Yang buat aku sentap ni, lepas asam pedas siap, dia tinggi suara tegur aku bendi tak dipotong hujung bawah tu. Manalah aku tahu yang dia nak dipotong kalau bila aku tanya “bendi ni nak potong macam mana ibu?” “Potonglah ikut suka kau”.

Dah cara aku dan mamaku hanya potong atas, aku ikutlah. Tapi, perlu ke tinggi suara kat dapur tu? Boleh jadi hilang nyawa ke kalau termakan hujung?

Asam pedas tu nak dibawa ke homestay nak hantar adik iparku nikah. Sudah seharian dia memerli aku depan saudara mara “Tengoklah Ara tak potong bendinya”.

Sebab aku pening dengar mulut lancang, aku keluar petang tu dengan suami. Itupun ditahan ibu suruh tunggu sepupu perempuan suami tiba dari KL untuk ajak dia jalan Jb. Sebolehnya dia suruh aku tunggu. Padahal bukan kali pertama orangnya datang Jb.

Kalau kali pertama pun, dia datang dengan kereta, pergilah sendiri. Adik ipar aku yang nombor 3 seakan dapat baca riak muka aku, dan dia menyelamatkan aku dan suami.

Di homestay tu juga, ada 5 keluarga tapi ada 3 bilik jadi bercampur baur tidurnya. Bilik hanya dikhaskan untuk keluarga jauh datang. Aku keluar untuk mencari barang dan balik dengan penuh orang rumah tu.

Aku tak di inform terlebih awal. Jadinya malam tu ibu suruh aku tidur di ruang tamu. Di ruang tamu tu penuh saudara mara lelaki bujang yang tidur. Aku jadi jem otak. Aku berkeras nak tidur hotel. Suami aku terpaksa ikut.

Fast forward kami berpindah ke selatan bila akhirnya suami aku dapat posting disini. Ibu dan ayah mertua memang suka datang rumah adik ipar di Kulai. Selalulah sebab rumah mereka selesa, katanya.

Aku tak kisah pun. Aku faham rumah aku sekadar ada sebab aku bekerja dan aku tak rasa menghiasi rumah dengan melampau tu keperluan.

Maksud aku di rumah adik ipar aku di hall, di bilik semua ada aircond. Rumah renovate to the max. TV besar dengan speaker besar. Aku ni tengok TV pun volume 5 je sebab bingit.

Ada satu hari anak aku tak sihat dan aku work from home. Bila aku work from home aku masih bekerja dan masih menghadap laptop yang mana aku masih ada meeting dengan client dan sebagainya.

Tiba-tiba suami aku call “Yang, ibu tak bagi saya bagitahu tapi saya takut saya yang kena tidur luar. ibu dengan ayah otw. Lagi 5 minit dia sampai” suami pula masa tu tengah outstation.

Aku ni macam nak tercabut nyawa dengar. Tak sampai 5 minit tiba dah ada orang bagi salam. Aku masa tu penuh dengan meeting. Mereka sampai sebelum lunch hour. Aku jarang masak kalau cuma aku berdua dkt rumah. Dengan rumah berserabut aku sambut jela.

Rumah aku TV ada cuma guna untuk netflix atau youtube. Orang tua mana nak tengok sangat Netflix. Kalau boleh nak tengok berita. Dah satu benda aku nak mendengar ayah merungut.

Macam yang aku cakap, memang aku sibuk. Aku orderkan makanan dengan Grab dan aku sambung kerja. Anak aku pula tak sihat mana nak ajak main jadi memang terlalu awkward situasi tu. Mereka tiba sebelum lunch dan beransur sebelum maghrib.

Itulah kali terakhir dia datang ke rumah aku. Mungkin menyesal terus. Sebabnya di rumah biras, biras aku surirumah, sentiasa masak dan hidang segala jenis makanan. Ayah mertuaku pun selalu tag biras aku di facebook untuk segala resipi “Buat ni nanti ayah datang”.

Aku ingatkan mereka ok dengan layanan aku sebab aku memang suami aku dah bagitahu mereka yang aku kerja kat rumah tu. Memang tak dapat nak layan dengan komitmen kerja. Tapi aku dengar dari biras aku yang lain yang rupanya ibu mengadu dengan anak-anak yang lain.

Pengaduan ni yang buat aku amat sentap dan rasa nak menulis. Ibu cakap aku tak hidangkan makanan. Lah tak akan la aku nak suapkan jugak lepas orderkan makanan?

Aku pula menantu yang akan dicari bila ada sesuatu yang nak dibeli dari Shopee. Atau apa-apa yang dia nak bantuan dari ayah aku kerana ayah aku pegawai kerajaan yang senang dia berurusan. Masa tu baru aku didambakan.

Tapi sekarang aku happy saja. Aku dah insof orang kata. Cubalah buat baik macam mana pun, menantu tetap orang luar. Jadi aku macam biasa. Bila mereka tanya baru aku jawab.

Jika tiada apa nak dibualkan aku pun senyap. Mereka bagi aku link shopee, aku forward ke suami. Mereka suruh cuti lama untuk kenduri, aku cakap suami tak dapat cuti lama dan aku nak dengan suami je.

Lantaklah nak cakap aku melekat je, Aku tak nak amik hati orang kalau orang tak nak jaga hati aku.

– Carbonara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. jaga hati sendiri je.. selagi x kurang ajar, ok je you..

    bab mertua ni, mak aku pun kdg2 over.. benda mudah, aku mintak maaf kt kakak ipar aku on behalf of mak aku.. then kt mak aku, aku slow2 la tegur.. pastu aku explain la elok2, sbb kdg2 mak aku pun ada POV dia gk.. dh nama ipar ni, aku mmg hargai.. dh la sanggup jaga adik beradik aku yg xsempurna, siap bg aku anak2 buah comel.. mak aku pun dorg jaga.. nnt abg/kakak aku sakit.. mesti suami/isteri dorg yg jaga..

    pernah je abg aku sakit, aku jaga.. dia tahan kencing weh.. sian abg aku, dia segan.. dia nk bini dia jgk, wlpn aku dh siap kain baju nk tido hosp dgn dia.. dia x nak.. sanggup tggu kak ipar aku.. so kita as a person, tlg la jgn panaskan keadaan.. kalau ipar dari neraka aku xnk komen sbb dlm family aku xde..

  2. Kenapa cerita ni sebijik mcm situasi aku😂
    Aku kawin dgn orang Borneo. Dari satu suku bangsa yg tradisional dan pegang kuat pada adat. Menantu mesti pandai masak dan mengemas. Lauk dan kuih tradisionalnya bermacam jenis. Suka berkunjung ke rumah sedara mara (1 kampung saudara diorang). Aku shj menantu orang luar (semenanjung) dan bekerja tetap. Menantu lain sama ada suri rumah atau kerja sendiri (jual kuih/makanan). Menantu lain semua pandai jaga anak, pandai urus rumah, pandai buat kuih. Bermaksud kalau mentua datang ke rumah, aku sama je mcm sis di atas, rumah aku tak berkemas, aku tak masak selalu.

    Awal kahwin dulu memang ibu mentua aku harapkan aku utk jadi seperti menantu dia yg lain. Tapi aku tak boleh.. Aku kerja. Dan aku akui ini kelemahan aku. Dari segi kerja2 domestik.

    Ibu mentua aku sangat2 baik. Of course dia ada expectation kpd aku sebagai menantu. Tapi lama kelamaan dia terima juga aku sebagai menantu moden, boleh terima yg tak salah order Grab/makan tapau, tak salah kalau tak tahu masak kuih. Aku ada kelebihan lain iaitu duit, itu yg aku boleh bagi kepada dia utk bahagiakan dia.

    Maksud aku, ibu mentua kita pun sedang belajar utk terima kita dan kekurangan kita. Kita boleh cuba ubah diri tapi in the end, masing2 kena terima kekurangan masing2 dan hormati hidup masing2.

  3. jadi menantu ni jangan terlampau, jangan terpaling. tu je. kau jangan terpaling baik, terlampau nak jaga hati mentua sampai hati sendiri sakit. lagi 1, jangan terlampau malas atau apa-apa lah yang negatif, yang sedang-sedang aja. sebab kita menantu ni tetap orang luar, tetap akan dimengata belakang jugak. kalau balik kampung or jumpa sekali sekala tu, telanlah kejap apa-apa yang kena komen tu. jangan lawan, jangan kurang ajar. kita selalu didoktrin yang kalau kawen, kena kawen sekali dengan famly pasangan. tapi xpernah dengar yang mentua kena kawen dengan menantu, ; menerima menantu seadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *