Kawan Tak Akan Kekal

Assalamualaikum. Nama aku Siti. Aku jenis introvert. Kalau orang tak rapat dengan aku, diorang ingat aku sombong.

Selalunya untuk 1st perjumpaan aku akan hyper iaitu aku boleh bersifat peramah melampau – lampau macam aku dah kenal lama dengan orang yang aku baru jumpa. Padahal, itulah pertama kali aku bertemu.

Tapi, nextnya kalau aku tserempak dengan orang tu balik, aku buat tak tau je sbb energy aku drain cepat bila aku bercakap. Jadi aku suka berdiam diri.

Aku ada kawan opismate yang memang aku dah rapat dengan dia sejak aku masuk kerja lagi. Sama-sama tahun masuk kerja. Hadap susah tak berduit. Masa belum dapat gaji aku berkongsi bekal bersama. Aku rindu moment itu.

Kiranya kat tempat kerja, opismate yang aku gelar dia sebagai N ni jadi energy untuk aku datang kerja sebab dia sentiasa dengar luahan kisah hidup aku.

Aku pula ada masalah, kalau aku dah sayang kawan tu, aku tak kan hampa kan apa-apa yang dia nak. Sebab aku sayang persahabatan tu.

Kalau dia kata nak kerja lebih masa pun aku sanggup tunggu untuk balik lambat. Senang citer, kalau ada orang tak jumpa aku, diorang tahu dah nak carik siapa.

Aku anak yatim piatu. Jadi, kebanyakannya aku banyak luahkan masalah aku pada dia selain aku berdoa monolog dengan Allah. Yelah kadang aku tak nampak salah aku. Jadi aku perlukan kawan yang boleh tegur aku.

Tahun berganti tahun. Masuk staff baru kerja kat opis aku. N ni pandai menggunakan peluang. Tak macam aku yang sentiasa akur je dengan arahan bos. Sejak staff baru masuk, N dah selalu rapat dengan staff baru aku gelar dia sebagai PP.

Kalau dulu, aku dan N dah macam kawan baik. Tapi sejak PP datang, aku dah makin jauh dengan N. Makan lunch pun jarang dah kami keluar bersama. N tau aku introvert. Aku tak ramai kawan. Dan dia tau marah macam mana pun aku, aku tetap perlukan N sebab aku takde kawan.

Di opis, tempat duduk aku bersebelahan dengan PP dan N. Boleh bayangkan tak, bila diorang bercerita ada aku kat tengah-tengah dengar citer pasal hal-hal yang diorang seronok buat kerja berdua.

Contohnya, citer pasal bercuti bawak family kat tempat yang diorg berdua pernah pergi.. kadang jadi patung aku disitu sebab aku tak tau nak respon apa. Akhirnya aku diamkan diri.

Atas rezeki tuhan N berkahwin. Aku excited gila tengok dia nikah. Hari bertunang dia, aku sanggup naik motor dengan adik aku basah kehujanan untuk tengok dia bertunang. Sebab aku anggap dia dah macam darah daging aku walaupun dia hanya opismate aku.

Masa hari dia bersanding, aku hadir bawak adik-adik aku. Aku masuk bilik dia, aku nampak ada kawan rapat dia dalam bilik jadi aku cakap dengan adik-adik aku kita lepak di luar bilik je.

Aku dan adik beradik aku datang awal untuk support dia duduk di tepi sudut ruang tamu rumah dia membawa diri. Dari jauh aku nampak dia bergambar dengan orang ramai.

Adik aku tanya, aku tak nak bergambar dengan dia ke? Aku cakap aku segan. Aku bukan siapa-siapa pun. Perkara tu tamat disitu.

Selepas sahaja dia kahwin, N berubah serupa orang yang bukan aku kenal lagi. 360 darjah berubah sampai aku cakap dekat adik-adik aku, orang kalau dah kahwin automatik tak macam yang dulu kan.

Sejak dia kahwin, tiada hari yang dia tak bercerita pasal suami dia pada staff lain sambil gurau-gurau puji suami dia. Aku masih diam dan dengar.

Dia dah mula nampak hidup ini ada persaingan antara aku dengan dia. Kalau boleh, dia tak nak aku rapat dengan orang lain dan biar orang nampak aku seorang yang perengus dan sensitif walaupun realitinya aku ok je.

Kalau ada bos yang puji aku depan dia, mula la dia sindir-sindir aku. Macam biasa aku tak balas. Aku diam. Kadang aku rasa aku seksa jiwa aku dengan menghadam semua kata -kata sindiran untuk aku.

Aku bukan kaki gaduh. Setiap kali aku marah, aku diam. Cuma nya, aku terkilan. Aku sedih. N adalah kawan yang aku dah anggap macam adik aku. Tapi aku tak tahu salah aku kat mana sampai kami semakin menjauh dan wujud jurang persaingan antara kami.

Jujur aku cakap, aku tak pernah cemburu kalau dia diberi pujian. Tapi tiap kali turn aku yang nak rasa gembira, dia palau aku.

Kadang dia palau aku time lunch. Dia makan dengan PP tak ajak aku pun. Tipulah tak terasa. Kawan kita yang selalu makan dengan kita tiba-tiba jadikan kita umpama musuh. Aku selalu fikir, kalau aku kahwin suatu hari nanti mesti aku pun berubah macam itu agaknya.

Kini hilang dah kawan aku. Officially aku lone ranger. Pergi kerja, buat kerja dan balik. Kalau N dengan PP nak pergi kemana-mana berdua pun aku dah tak kisah dah. Sebab aku tak nak seksa diri aku untuk yakinkan N tu kawan baik aku.

Cuma ada satu hari tu aku demam. Selalu N yang akan tanya aku samada aku ok ke tak. Tapi dia tak tanya, rupanya dia bercuti dengan suami dia. Kalau dulu nak cuti pun dia akan bagitau aku. Sekarang aku dengan dia bercakap benda yang penting je.

Aku dah mula hilang minat nak berkawan. Sakit dibuat begitu banyak kali dah aku rasa. Tapi kita kan manusia, kita kena ingat tak semua manusia akan kekal dengan kita,dengan perangai kita selamanya.

Ini peringatan untuk aku. Sebaik mana pun kau dengan kawan karib kau. Jangan 100% cerita hal peribadi,masalah hidup dengan orang.

Lepas tu bila nak tolong orang lain, tolong diri sendiri dulu baru orang lain. Bila satu tahap orang dah mula bosan. Diorang akan tinggalkan kita juga. Ngadu pada ALLAH.

Aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa dengan insan yang betul-betul ikhlas kawan dengan aku. Takut bila aku hilang. Sama-sama nangis bila ditimpa musibah.

Aku mampu berdoa dan kalian doakan aku dipermudahkan dalam urusan kehidupan yang sementara di dunia ini ya.

Nurkilan,

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. awak boleh kawan dengan saya..my personality same as yours..situasi pon sama..tatang opismate bagai minyak yg penuh tp tetap ditinggalkan jua..smpi satu tahap aku malas nk buat baik dgn org dah because i know the good relationship will be gone one day..nak carik kawan yg setia dgn kita tu bukan sng..aku hidup 33 tahun pon masih belom jumpa lagi..masih mencari..

  2. Aku dah tau dah kawan kat ofc ni baik lelaki baik perempuan jangan rapat sangat. Masa baik memang macam belangkas, bila dah tak baik, nak minum air kt pantry pon payah.

    Kawan baik ramai2 je mudah. Takyah specific sangat. Sebab…. Banyak hal nanti.

    Aku sampai mohon pindah laa sebab annoying dah nak duduk seoffice dengan x-best friend hahaha

  3. Kawn office ke kwn 1 kelas ke kwn 1 course ke, aku sarankan jgn bfffffff sgt… Dia akan jd mcm ni. Better nak kwn cri yg bkn 1 office…

    Kedua yg pasal dia dah kawen tu ko xyah terasa sgt… Dia dah bini org, of course la keutamaan dia laki dia… Jd ko xleh nak terasa ke ape ke…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *