Pengalaman First Time Kerja

Hai nama aku Cherry ingin meluahkan perasaan aku. Tahun 2024 di mana semua pelajar SPM or intern sedang mencari pekerjaan atau masih struggle bekerja.

Mari sini aku nak cerita serba sedikit tentang alam pekerjaan yang aku pernah alami.

Disclaimer, semua orang ada pengalaman bekerja yang berbeza ya.

Aku seorang pelajar lepasan SPM tahun berapa tu mesti dirahsiakan. Aku pernah bekerja di sebuah restoran berdekatan dengan rumah aku.

Sepanjang aku bekerja di sana sebagai waitress aku sering di layani buruk oleh madam aku sebab ye lah first time kerja tiada lagi pengalaman apa2 tentang dunia di luar.

Owner restoran itu berasal dari Singapore dan berkahwin dengan seorang lelaki dari Malaysia.

Aku bekerja di sana tidak sampai sebulan kerana telah dibuang kerja alasan sebab sell drop tanpa notis berhenti selama 24 jam.

Semasa kerja di sana aku asyik di pandang rendah oleh madam aku sendiri sebab di mata dia kau buat salah or betul sekalipun akan di marahi,

Bukannya dia marah seperti memanggil bercakap di office, tetapi dia marah di depan customer sampai aku nak nangis dibuatnya,

Sebabkan kalau dia marah semua carutan dia bagi b*bi, puki*ak, s*al hingga malu aku dibuatnya.

Aku dulu masa kerja di masa masih bertahan di sebabkan gaji yang lumayan iaitu RM1800, tetapi aku malu apabila di maki sebegitu di depan customer seperti kita tiada harga diri.

Bukan itu sahaja semasa aku kerja di sana madam tu ada buat catering di restorannya. So, aku ditugaskan untuk mengangkat pinggan mangkuk dan membersihkan meja.

Semasa aku bertugas aku melihat customer itu sedang menjamah selera then madam asyik panggil aku dan berkata, “kau tak nampak ke orang tu dah habis makan”

Aku katakan lah dia belum habis makan tak kan aku nak ambik pinggan dia semasa dia tengah makan. Then madam aku cakap, “kau ni tak pandai buat kerja ke apa”.

Aku masa tu diam je lah then pergi balik ke meja selepas customer itu dah habis makan dan mengangkat pinggan dia dan dibawa ke tempat cuci pinggan.

Semasa aku berjalan di depan madam dia asyik maki aku dan aku hanya mampu berdiam diri sebab tak nak keruhkan keadaan.

Bukan itu sahaja ada lagi cerita lain yang aku ingin kongsikan tapi buat masa sekarang aku mahu berehat sekejap.

Kalau korang nak tau nak aku sambung part 2 komen “nak” dan aku akan sampaikan.

– Cherry (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sambung la sis.. smoga dpermudahkn urusan sis dpt krja yg lbh baik dan dimurahkan rezki ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *