Dilema Unemployed

Assalamualaikum. Rasanya banyak kali juga aku pernah hantar ke IIUM Confession tapi tak pernah nampak entry yang sebelum ni.

Yelaa aku antara fans dan pembaca setia dari tahun 2016 masa aku kat matrik. Cerita korang semua buat aku ada keinsafan dan tauladan. Terima kasih..

Kali ini cerita aku pula, aku berumur 26 tahun. Umur 23 aku dah grad dalam bidang akuakultur dan waktu tu memang covid tengah naik.

Tempat yang nak ambil kami untuk internship pun menolak dengan alasan kesihatan dan keselamatan tempat.

Aku beranggapan kalan dapat intern di swasta dapatlah aku menjadi pekerja tetap tapi apakan daya. Lantas aku teruskan internship di pejabat perikanan. Alhamdulillah selesai juga. 

Pulang ke rumah aku hanya mampu mohon kerja di kedai runcit kerana covid yang terus meningkat. 6 bulan aku kerja dan berhenti kerana tiada career growth. 

Aku ambil keputusan untuk sambung belajar dalam bidang kemahiran level 3 marketing sehingga 2 tahun lamanya dengan harapan covid akan pulih dan kini aku telah pun grad tapi permasalahan aku mula di sini. 

Aku masih belum mendapat pekerjaan. 

Sekarang aku rasa useless gila. Lagi lama duduk rumah lagi gila aku rasa. Rasa confident tu dah tak ada. Yang ada cuma rasa putus asa.

Aku cuba cari punca dan yang ada cuma salahkan diri sendiri. 

Aku ada mohon kerja guna JobStreet tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan.

Aku juga agak kurang yakin nak mohon kerja sebab kebanyakan mahukan yang boleh berbahasa mandarin dan pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang. 

Tapi aku fresh grad! peluang apa yang ada?

Dan disebabkan pengalaman kerja aku yang hanya bekerja di kedai runcit buat aku rasa kecewa.

Aku nak sesuatu yang baru dan long term.

Aku 26 tahun tapi masih tiada apa-apa. 

Selalu kalau aku baca kisah di sini mesti aku akan tulis komen untuk naikkan semangat penulis tapi sekarang mana mungkin aku komen bila aku sendiri tak ada nilai. 

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sebenarnya umur 26 tu kira masih muda. Jauh lagi perjalan hidup yang kau nak pergi. Jangan putus asa. Terus usaha dan berdoa.

    Cuba tingkatkan ilmu terutama dalam bidang AI dan IT. Kalau ada skill bercakap atau buat konten, itu pun boleh jadi duot jugak. Mcm cara sebenarnya nak buat duit. Tak semestinya sama dengan bidang yg kau belajar.
    Semoga kau berjaya.

  2. Jangan putus asa, akak dulu grad UM umur 23..after grad akak kerja macam2 jadi RA, jual insuran, part time minggu amanah saham, kerja pasaraya sebagai cashier, buat part time editor thesis.. tapi Allah uji akak, umur akak 25 mak akak sakit, jadi akak yg tak kerja tetap ni kena korbankan masa jaga mak full time selama 2 tahun.. alhamdulillah penhujung umur 27 akak dapat tawaran kerja kerajaan… Janji Allah itu pasti bagi mereka yang berusaha dan besabar menunggu nikmatnya…jangan putus asa, dptkan circle kawan2 yang positif…

  3. habis study akak keje customer service tp mental jap dik.. gaji sedap tp tekanan kerja tu xbest, akak keje kejap je, xdan nk confirm.. pastu akak rest beberapa bulan.. pastu keje housekeeping kt hotel, masuk slim, pastu keje event, keje kt transportation company.. penat dik, gaji pun toet je.. saving xde.. extra work lagi.. lpstu akak dgn selambernya email customer akak mintak email HR dia, tup tup dpt keje dik.. gaji, alhamdulillah cukup la makan simpan belanja.. environment x toxic.. klu ko rasa stress tgk life org lain, ko off la jap ig, fb n x tu.. akak pun pernah alami dik.. rezeki Allah xpernah salah alamat. ko cuba lagi ye? insyallah ade tu rezeki kt mana2, ko sabajap..

  4. Cuba bukak yayasan peneraju atau khazanah K Youth programme.. Apply.. ni program upskill utk unemployed graduate, ditanggung oleh kerajaan.. Mostly, guaranteed employment tpi kena dapat result ok la and active during class session.

  5. Cuma apply kat LinkedIn plak keje. Lg 1 company2 besar byk open program management training dorg sendiri boleh try usha2 kat laman web dorg. Hri tu xsilap UMW corporation ade bukak untk protege. Lg satu boleh apply banyak program2 upskilling by government. Apply tu sementara dpt kerja. Kemaskan resume, ni boleh tgk tips2 kat google.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *