Keluargaku Ujianku

Assalamualaikum… Pertamanya, ini adalah kali pertama aku menulis luahan hati disini. Tak tahu bagaimana harus aku mulakan, kerana sudah terlalu lama aku memendam sendiri.

Baiklah, aku anak sulung daripada 2 beradik. Bapa kandungku sudah lama meninggal dunia, ketika itu usia aku baru 19 tahun. Baru sahaja di tahun pertama pengajianku di Universiti.

Keluarga aku biasa2 saja. Harta tidaklah banyak, tapi tidaklah pula merempat di jalanan. Alhamdulillah masih ada tempat berteduh & rezeki yang Allah kurniakan buat kami.

Sejak aku kecil, tak pernah kurang kasih sayang daripada ibu & bapaku. Keluarga kami bahagia, tapi jauh di dalam lubuk hatiku aku mahukan kehidupan yang lebih baik dari sudut agama.

Sejak aku kecil, seingat aku… Aku tak pernah tengok ibu & bapaku bersolat. Aku teringin sangat nak ada keluarga macam orang lain… Solat berjemaah bersama…

Jadi, dulu aku sangat suka tinggal di asrama… Di sana aku dapat bersolat sama2 dengan kawan2 di surau setiap kali waktu solat, mengaji & mendalami sedikit sebanyak tentang agama yang aku tak jumpa di rumah.

Dulu masa aku sekolah rendah & sekolah menengah, ibuku juga masih belum memakai tudung tapi alhamdulillah sekarang dia dah pakai tudung walaupon masih belum menutup aurat dengan sepenuhnya seperti yang digariskan dalam Islam.

Ibu aku suka berfesyen, wajahnya pon masih cantik… Nak berfesyen tu tak salah dalam islam kan, tapi itulah… Aku pon tak tahu nak tegur mcm mana. Segan & tak berani kerana takut mengguriskan hati dia.

Di usianya 54 tahun sekarang ni, masih memakai seluar jeans yang mengikut bentuk kaki kadang2 tu. Dan, dia masih belum bersolat sampai sekarang.

Setiap kali bila di ajak solat, dia mesti berikan alasan uzur. Tak tahu macam mana nak tegur bila yang tak solat tu adalah ibu kita sendiri.

Telekung yang pernah aku berikan untuknya sebagai hadiah pon tersimpan rapi tidak dipakai.

Bila anak aku yang berusia 6 tahun tanya pada aku, nenek tak solat ke? Aku tak tahu nak jawab apa.

Aku sedih. Aku sampai kadang tu rasa, Allah terima ke semua amal ibadah aku ni sedangkan aku tak mampu pon nak mengajak ahli keluarga aku sendiri bersolat. Adik lelaki aku pon sama juga, tak solat. Huhu.

Aku bersyukur sangat Allah pertemukan jodoh aku dengan suami yang menjaga solat & selalu mengingatkan aku untuk solat. Keluarganya pon baik2. Mereka semua menjaga solat.

Aku tidaklah merasa diri aku baik, tetapi aku sangat berharap agar Allah kurniakan hidayah buat seluruh ahli keluargaku untuk kembali kepada Allah, jadi hamba yang taat melakukan kewajipan untuk bersolat.

Bantu aku Ya Allah. Aku nak masuk syurgaMu bersama dengan orang2 yang aku sayang.

– Kaklong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit