Ketagihan Zaman Moden

Pernah tak korang rasa give up, down, lifeless sebab korang keep buat kesilapan yang sama dalam hidup?

Begitulah kehidupan saya sejak hampir 7 tahun yang lepas.

Assalamualaikum, nama saya Dean (Bukan nama sebenar).

Tahun ni saya berumur 22 tahun dan sedang sambung belajar di peringkat ijazah.

Sejak 6 tahun lepas saya dah terjebak dengan ketagihan zaman moden iaitu ketagihan (maaf untuk saya sebut) video l*cah dan perbuatan on*n*.

Semuanya bermula dari kawan yang suka borak benda2 tak elok.

Dari situ, saya mula rasa lebih nak tahu dan mula explore sendiri dan dari situlah daripada ingin merasa dan mencuba,

Kemudian terus menjadi sejarah hitam dalam hidup saya apabila saya susah nak berhenti.

Tipulah saya tak rasa menyesal dan berdosa dengan apa yang saya buat.

Hari demi hari, tahun demi tahun saya cuba untuk berhenti dan berubah dengan cuba macam2 cara (mendalami ilmu agama, bersukan, banyakkan amal ibadat). Tapi, semuanya tak kekal lama.

Sampai masa bila ada perkara yang triggered, keinginan saya untuk buat semula membuak-buak dan saya terjatuh semula dalam lubang maksiat yang sama.

Bahkan saya rasa makin lama saya lagi menjadi teruk apabila dari buat sendiri, saya mula melakukkannya dengan orang secara maya dan ada keinginan untuk melakukannya secara realiti.

Ada yang memberi pendapat kepada saya untuk saya berjumpa dengan pakar psikiatri berkenaan masalah saya.

Cuma saya tak yakin untuk buat sebegitu, dan saya tak tau samada masalah saya relevan atau tidak untuk jumpa pakar.

Saya menyesal dengan apa yang saya buat, saya betul2 ingin berubah dan tinggalkan semua ni sebab saya sedar perkara ni dah banyak menjejaskan kehidupan saya dari banyak aspek.

Cuma saya buntu cara macam mana lagi saya perlu buat.

Saya takut sampai satu tahap saya terlanjur melakukan perbuatan yang tak sepatutnya dan saya harap saya sentiasa dijauhkan dari perbuat perkara sebegitu.

Penulisan saya hanya sekadar luahan, dan mungkin ada yang boleh memberikan pendapat dan pandangan untuk saya keluar dari masalah saya. Terima kasih.

– Dean (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Ada beberapa kaedah aku boleh kongsikan:

    1. Puasa – kaedah ni paling terbaik kerana bila perut lapar, nafsu lain akan tunduk. Elakkan perut dalam keadaan sentiasa kekenyangan.
    2. Alih perhatian – tiap kali rasa nak onani, ko lengah2kan.. pergi keluar rumah.. fikirkan something yg complicated..
    3. Elakkan bersendirian – keinginan ni akan datang bila ko duduk bersendirian.. lagi2 bila banyak sangat masa terluang.. time tu la ada masa untuk terbayang macam2
    4. Penatkan badan dengan kerja rumah secara tak langsung rumah jadi bersih dan kemas, bila badan dah penat nafsu akan menurun.
    5. Ni lebih extreme – bila ko dah buat semua kat atas ni tapi masih gagal dan ko ada cubaan utk onani sambil vc.. cuba ko buka video ceramah pasal sakaratul maut ke..seksaan kubur.. In shaa Allah serta merta ko insaf..

    Dean, kita ni manusia yg bersifat lemah.. tak lari dari buat dosa.. tapi nasihat aku.. jangan sesekali tinggalkan solat even ko rasa ko kerap terjerumus dengan dosa.. bila terhanyut, segeralah kembali.. solat sunat taubat.. mohon ampun dan hidayah dari Allah.. jangan sesekali terjebak dengan zina.

  2. Semoga direzkikan kesembuhan, Amiin. Selain daripada berusaha menjalani hidup yang positive, disarankan untuk mendapatkan rawatan Ruqyah secara berkala daripada pusat rawatan seperti Darussyifa atau Darussalam yang terdekat. Semoga adik tidak berputus asa untuk pulih sepenuhnya kerana kasih sayang & kuasa Allah, melebihi segala galanya.

  3. Semoga direzkikan kesembuhan sepenuhnya, Amiin. Selaian daripada berusaha menjalani hidup yang positif, disarankan untuk mendapatkan rawatan Ruqyah secara berkala daripada pusat rawatan Darussyifa atau Darussalam yang terdekat. Semoga adik tidak berputus asa untuk pulih sepenuhnya kerana kasih sayang & kuasa Allah, melebihi segala galanya.

  4. Benda ni pasal mindset. Kalau betul nak berhenti ketagih, kena sibukkan diri. Sentiasa pergi majlis ilmu, bersukan dan jangan berseorangan. Apa benda yg buat kau trigger utk buat benda tu? Tengok movie? Tengok perempuan seksi? Maka kau kena jaga pandangan. Fikir je, setiap kali kau nak buat, bayangkan tiba-tiba Allah tarik nyawa kau masa tu. Kau rasa ke syurga ke neraka ending dia? Kalau kau takutkan balasan Allah, kau kena selalu fikir “cane kalau tetiba Allah tarik nyawa aku masa tengah buat benda tu?”. Kalau kau rasa kahwin je solusi dia, kahwinlah. Dalam masa yang sama, selalulah berpuasa. Sebab puasa memang boleh latih nafsu kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *