Assalamualaikum. Hai Semua. Aku Alisa.
Pernah buat confession tentang penat kenal lelaki 4 tahun yang lepas dekat platform ni. Korang boleh refer sini, https://iiumc.com/penat-kenal-lelaki
Aku terpanggil nak berkongsi kisah hidup aku sekarang sempena Hari Arafah ni. Antara hari doa mustajab. Boleh panjatkan doa macam-macam. Tentang rezeki, jodoh, dibebaskan dari api neraka dan sebagainya.
Yang aku nak cerita ni pula tentang jodoh. Maaf ya kalau panjang sedikit.
Aku kerja part time berkaitan dengan bidang perkahwinan dan memang berjumpa dengan ramai clients sejak 2016. Macam-macam cerita tentang jumpa jodoh yang aku jumpa.
Tapi yang aku nak cerita, aku campur la ya kisah aku dan client aku.
1) Ambil masa untuk berkenalan.
Macam dalam confession aku yang lepas, aku ada cerita aku berkenalan dengan ramai lelaki. Yelah, aku pun ada kriteria yang aku nak. Tapi sepanjang pencarian tu, tak jumpa-jumpa sampai rasa nak give up dah nak kenal orang baru.
Kisah aku, lepas orang terakhir yang aku berkenalan, aku kena ghosted. Punyalah sedih, sampai aku drive pergi depan rumah dia, aku menangis. Dalam kereta lah. Takde ketuk pintu rumah dia. Drama sangat. Haha. Lepastu okay, dah boleh lupakan dia.
Aku buka hati aku untuk berkenalan dengan suami aku sekarang. Kawan satu tempat kerja hakiki tapi lain department. Aku jarang text dia sebab dia bukan jenis orang yang suka mesej/call. Jadi macamana aku nak berkenalan kan?
– Aku cuba beli biskut yang adiknya jual. Dari situ, aku text dengan adiknya. Dia beritahu aku, “Tak nak berkenalan dengan abangnya ke? Abangnya single.” That’s it. Dah nampak point pertama. Abangnya single tengah tiada relationship dengan siapa2)
– Aku tanya dengan kawan tempat kerja aku yang kenal dia. Rata-rata cakap dia orang yang baik. Ada juga yang siap cakap tandas rumahnya bersih sebab dia pernah menumpang rumahnya. Hahah. Okay itu bonus point.
– Aku cuba untuk ajak dia keluar. Sepatutnya kalau dalam Islam tidak boleh keluar berdua dengan lelaki ajnabi. Yang ni korang janganlah ikut ya. Aku ajak dia ke kedai kek. Ramai orang waktu ni.
Aku tengok, kukunya bersih ke tak, seluar seret ke lantai ke tak. Sebab bagi aku, orang yang kuku bersih ni pembersih orangnya. Baik. Part tu dah lepas. Senang cakap waktu aku keluar dengan dia ni aku kenal sisi lain dia.
Pernah ada satu hari, aku cakap aku nak air A. Tapi bila sampai kereta, dia belikan air A dan B. Aku katalah kenapa beli sampai 2?
Dia kata air A packaging dia bukan dalam bekas air bertutup, jenis ikat kat plastik. Susah aku nak minum dalam kereta. Air B, dah dalam bekas cawan bertutup, senang aku nak minum. Sampai macamtu dia fikir ya.
Ada banyak lagi kejadian yang aku nampak ohh rupanya dia macamni. Ingatkan macam hati batu tiada perasaan. Sweet juga rupanya. Alhamdulillah lepas kahwin, sweetnya pun sama ja macam waktu sebelum kahwin. Dia jenis sweet melalui perbuatan. Bukan ucapan.
Aku ada cerita juga dengan keluarganya tentang sikapnya yang satu ni. Ahli keluarganya pun cakap dia memang macmtu dengan ahli keluarganya.
2) Doa spesifik yang mungkin.
Doa tentang fizikal suami macamana yang kita nak. Nak tall, dark and handsome ke, nak berisi sikit ke, nak chineese look ke. Doa ja. Sebab nanti muka ni juga yang kita nak tengok hari-hari kan..
Sebenarnya kita bukan nak yang very good looking. Tapi untuk sedap mata kita yang memandang. Rupa paras ni kan subjektif. Ikut preference masing-masing.
Aku dulu selalu nak jodoh yang cerah sikit dan muka ada chineese look sebab aku tak berapa nak cerah sangat dan mata aku jenis besar. Alhamdulillah memang dapat macam yang aku nak.
Dulu waktu aku tengah serius berkawan, aku siap letak nama calon jodoh dalam doa aku. Siap minta kawan aku doakan kat Mekah tentang jodoh aku. Tapi bila dah tak jadi berkawan, aku tukar nama lain pula.
Sampailah satu masa tu, aku dah tak letak spesifik nama. Aku doa, “Ya Allah, aku nak kahwin tahun ni, tapi tak tahu nak kahwin dengan siapa”. Aku masih ingat lagi, aku doa tu time bulan puasa 2021) Raya 2021 tu Allah tunjukkan jalan. Ada lagi, aku doa.
Aku kata aku nak kahwin dengan orang daerah aku menetap. Betul aku dapat jodoh orang yang tinggal dekat daerah aku menetap dan dia pun dah beli rumah disitu.
Aku fikir doa aku dah cukup spesifik. Rupanya tak cukup spesifik. Keluarganya semua menetap beratus-ratus kilometer dari tempat aku. Huhu. Akhirnya merasalah aku balik kampung jauh. Hampir 30 tahun hidup aku raya dekat-dekat ja.
3) Jodoh yang baik untuk orang yang baik.
Dulu aku tak faham sangat bila orang kata jodoh ni cerminan diri. Tapi bila dah berkahwin, baru aku nampak.
Ada client aku pun pernah cerita. Dia dulu bertunang tapi putus tunang. Dia kata dia improve diri dia untuk jadi lebih baik and Alhamdulillah dia dah jumpa jodohnya. Memang lebih baik dari bekas tunangnya.
Aku taklah nak kata aku baik. Aku pun ada banyak kekurangan. Tapi bila dah kahwin, ada satu kekurangan aku tu, rupanya suami aku pun lebih kurang ja dengan aku. Tapi kami masing-masing cuba improve kekurangan masing2)
Kalau kau orangnya memang soft spoken, kau akan dapat dengan orang yang soft spoken. Senang cakap, nak dapat jodoh yang baik, kita berusaha untuk jadi baik.
Aku dulu memang berusaha keras untuk cari jodoh. Aku luaskan circle aku. Aku letak standard yang tinggi untuk bakal suami. Doa apa yang kita nak pada bakal suami. Alhamdulillah boleh kata 90% yang aku nak, Allah beri. Tidak mengapa jodoh lambat sedikit.
Tahun 2017 adik-beradik aku semua dah berkahwin. Aku seorang sahaja yang tak berkahwin hingga 2021 barulah jumpa jodohnya. Aku melabur beli ebook untuk cari jodoh, aku join kelas tentang personaliti diri, aku bayar untuk join platform cari jodoh.
Bila ingat balik pencarian nak cari jodoh tu, macam tak percaya aku lalui dah semua tu. Nak menangis rasa. K over. Tapi rupanya jodoh depan mata ja sebab sama tempat kerja.
Kadang aku gurau juga dengan suami aku. Kenapalah aku tak terus kenal dengan dia awal-awal. Rupanya Allah nak beri aku masa untuk aku kenal dunia, kenal perangai orang, berbakti pada orang tua dahulu.
Alhamdulillah sekarang aku dah dua tahun lebih kahwin, dikurniakan seorang anak yang comel. Suami aku sangat baik, tak pernah naik tangan tinggi suara pada aku.
Pandai memasak, pandai menjahit juga, baju aku yang labuh-labuh dia alter kan, dia jaga keperluan aku, belanja pergi salon buat rambut, belikan skincare, belanja aku pergi berurut dan macam-macam lagi. Jaga anak pun tiptop.
Kalau kami pergi keluar, dialah yang tukarkan lampin anak. Kalau aku tengah ada job luar, tak pernah dia WhatsApp tanya pukul berapa nak balik. Aku yang risau eh suami aku ni okay ke tak jaga anak.
Bila aku balik job, aku yang tanya baby menangis ke tak, baby tidur pukul berapa dan sebagainya.
Sampai aku pernah cakap dengan dia. Dia ni dah macam perempuan. Semua benda dia tahu buat. Kerja lelaki repair barang-barang pun dia yang buat. Cuma menyusu, mengandung dan beranak ja tak boleh.
Pembaca semua doakan ya perkahwinan aku dan suami aku hingga ke syurga. Lelaki baik itu ramai. Kita kena usaha sikit untuk mencari. Pencarian jodoh aku bermula dari umur 22, dah nak masuk 30 baru jumpa jodohnya.
Kalau kita dah berusaha tapi tak jumpa seperti yang kita nak, anggap itu ujian, yang Allah nak beri pahala besar untuk kita. Allah uji ikut kemampuan hambanya kan.
Selamat berdoa semua!
– Alisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah… Perjuangan tt akhirnya berbuah manis atas izin Allah. Doakan saya dan kawan-kawan di sini juga, tt. Moga kami dapat jodoh yang terbaik dan saling melengkapi. Buat tt, moga bahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat. Allahumma amiin.🥰
Assalamualaikum… selamat berkenalan