Penat Kenal Lelaki

Hai semua. Aku tertarik nak berkongsi kisah aku berkenalan dengan lelaki-lelaki selepas baca confession dari Alayna, Kisah Perkenalan Yang Gagal, (https://iiumc.com/kisah-perkenalan-yang-gagal/).

Cerita pencarian jodoh ni dari zaman aku study lagi. Masalah aku yang bestfriend aku sendiri tahu, lelaki yang aku minat, tak minat kat aku. Lelaki yg minat aku, aku pula yang tak minat. Pernah sama-sama minat tapi amat jaranglah berlaku.

Okay. Aku share pula lelaki-lelaki yang aku jumpa.

1. Lelaki Tiada Effort

Aku berkenalan dengan seorang lelaki ni waktu zaman belajar. Bertahun-tahun juga berkawan sehingga aku bekerja. Dia ketika itu belum lagi menamatkan zaman belajarnya.

Jenis aku ni pula, kalau dah suka seseorang, aku tak kisah untuk bagi dia hadiah. Birthday, konvo dia semua aku bagi hadiah dan bunga.

Aku ada bertanya juga apa perancangan dia untuk masa depan dengan aku. Jawab dia, dia pun masih tak tahu lagi sebab masih tak habis belajar.

Ohya, sepanjang bertahun-tahun kami berkawan, tidak pernah langsung dia cuba untuk berjumpa. Walhal duduk sama negeri. Sebab dia sendiri pun tak jelas kemana arah tuju dia, aku pun terpaksa say bye-bye. Well, actually I’m ghosted him.

Aku tak suka lelaki yang tiada perancangan sebab nampak tak serius. Kalau dia kata dalam 5 tahun lagi, saya nak kahwin dengan awak, aku boleh consider lagi untuk tunggu dia.

2. Lelaki Pervert

Lelaki ini aku kenal dari sebuah dating apps. Nampak baik. Muka baik tapi pervert yakmat. Minta gambar bukan-bukan. Bila keluar, nak pegang-pegang pulak. Macam biasa, yang ni pun I ghosted him. Memang patut kena tinggal. Belum apa-apa dah pelik-pelik pulak.

3. Lelaki Bagi Harapan Palsu

Dia ni semua benda nak cerita. Slip gaji, rumah, komitmen, aktiviti harian yada-yada. Aku fikir dia cerita semua tu sebab dia selesa dengan aku, alih-alih aku pula yang kena ghosted. Mungkin sebab aku terlampau berharap kot.

So dari sini aku belajar, jangan attach dengan seseorang waktu masih dalam fasa berkenalan. Buat leklek je. Nanti tak jadi, kecewa pula.

4. Lelaki pening

Yang ni, paling susah nak ada chemistry. Aku cakap A, dia cakap Z. Aku maksudkan lain, dia faham lain. Susah juga nanti kalau kahwin. Seorang ke utara, seorang ke selatan. Mana kapal tu nak pergi. Takkan nak pecah dua.

Yang ni aku turn off dengan dia sebab dia kata aku kena bekerja lepas berkahwin. Aku tak kisah pun kalau lepas kahwin, aku kena bekerja. Tapi dari cara dia tu, macam nak aku bekerja untuk aku tanggung family juga.

Entahlah. Mungkin dia cuma nak aku ada duit poket sendiri kot. Tapi yang ni aku terang elok-elok kat dia, lebih baik kita berkawan. Aku tak bagitau dia lah sebab aku turned off tu.

5. Lelaki Chipsmore

Lelaki yang ni memang sangat baik. Aku suka sangat dengan peribadi dia. Sangat hormat orang, sangat gentle dan lain-lain.

Tapi cuma ada satu je masalah. No 2 way communication. Asyik aku yang bercerita itu ini. Dia hanya mendengar tapi ada juga sekali sekala dia bercerita tentang dia.

Whatsapp pun seminggu berapa kali ja. Ada masa, seminggu sekali. Bagi aku, setiap pasangan, kalau ada masalah, perlu diluah. Bukan mendiamkan diri.

Dalam perhubungan yang ni nampak aku yang beria walaupun masing-masing saling suka. Yang ini pun aku dan dia berpisah secara baik.

6. Lelaki Kedekut

Yang ni aku jumpa ramai. Birthday aku keluar sama-sama. Tapi aku kena beli 2 kek pulak time birthday aku sendiri. Satu untuk aku, satu untuk dia. Kelako!

Belum lagi cerita bila keluar tempat mahal, aku yang kena bayar. Dia bayar tempat makan murah-murah. Dasar. Yang ni aku ghosted dia.

Dulu awal-awal je aku ghosted orang. Tiada ilmu lagi plus tak matang. Seeloknya kalau kita tak berkenan atau taknak teruskan perhubungan, lebih baik putuskan elok-elok. Tiadalah orang sana tertanya-tanya.

Dari aku awal 20 an sampai nak masuk akhir 20 an ni, dah berpuluh lelaki aku berkenalan. Jangan kecam ye cakap masih muda lagi baru 20 an tapi gelabah cari jodoh.

Untuk buat pasangan hidup mestilah kena cari yang the best. Takkan nak main sauk je. Aku tak pentingkan harta.

Yang penting aku nampak usaha dia nak cari duit. Kalau aku pentingkan, dah lama aku dengan lelaki-lelaki kaya yang approach aku. Tapi aku taknak sebab meraka tiada ciri lain yang aku nak.

Dalam ramai-ramai lelaki ni, ramai yang aku reject tapi ramai jugak yang reject aku. Haha, sadis.

Kadang cemburu juga dengan orang yang baru kenal berapa bulan, terus menjadi. Terus kahwin. Yang aku, asyik kawan, tak jadi. Kawan, tak jadi. Sampai kadang tu dah rasa macam malas nak kenal orang sebab kena start all over again.

Tapi aku remind balik kat diri aku, semua lelaki yang aku jumpa ni, setiap seorang aku ada belajar sesuatu. Jangan mudah percaya sangat pada orang, jangan mudah attach, jangan beria sangat bagi hadiah macam-macam dan sebagainya.

Aku selalu cakap kat diri, pada masa yang tepat nanti, Allah akan hadirkan orang yang tepat. Sabar sahaja, teruskan doa dan usaha.

All the best juga pada yang sedang mencari jodoh tu. Semoga dipermudahkan urusan.

– Alisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *