Kisah Perkenalan Yang Gagal

Assalamualaikum. Nama aku Alayna. Berusia 31 tahun, masih bujang, berkerjaya tetap, dan stabil kewangan. Sejenis aktif, dan ada pelbagai minat.

Aku pernah ada boyfriend masa aku berusia awal 20-an. Tapi hubungan tak sampai kejinjang pelamin kerana ex ada perempuan lain.

Tapi aku tak pernah pandang negatif bab jodoh. Aku tak pula aktif mencari jodoh, tapi aku terima dengan hati terbuka jika ada yang ingin berkenalan dengan aku. Mana tahu ada antara mereka ni jodoh aku.

Aku ni sejenis suka cari pengalaman dan suka berkawan. Mostly, kawan-kawan aku perempuan dan bujang juga macam aku.

Dengan kawan-kawan ni la aku penuhkan zaman bujang aku dengan pergi travel, pergi hiking, berkebun, baking & memasak. Aku peminat outdoor activities. Kiranya aku ni jenis tak duduk diam.

Setakat ni sejak clash dengan ex bf ada beberapa lelaki yang approach aku, melalui whatsapp dan facebook.

Aku ada letak kriteria bila berkenalan dengan lelaki. Personaliti mesti menarik, bukan macam kayu, berlainan minat tak apa, tapi bukan jenis patriarki dan yang paling penting mesti berkerjaya tetap dan mampu tanggung diri sendiri.

Standard yang aku tetapkan bila berkenalan rasanya taklah tinggi sangat pun. Aku tak mintak yang hensem macam model, yang kaya raya pun tidak.

Aku nak yang boleh dijadikan teman hidup, yang boleh memahami, menemani dan menyanyangi diri aku seadanya. Yang boleh jadi kawan dan pasangan aku. Tapi setiap kali berkenalan,aku jadi kecewa dan marah.

Awal tahun ni, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki, berusia bertengahan 30-an.

Pada aku lelaki yang dah pertengahan 30-an ni sepatutnya dah matang dan banyak pengalaman boleh share dengan aku. Dia bekerja di Sabah selama lebih 10 tahun. Masa aku tahu dia duduk Sabah lama, lagi laaku excited.

Sebab pada aku Sabah ni negeri paling banyak tempat menarik di Malaysia. Aku pernah ke Sabah 2 kali tapi pada aku tak cukup, sebab banyak lagi tempat aku nak pergi. Harapan aku bila berkenalan dengan lelaki ni, banyak la cerita dia boleh share.

Dia dapat no phone aku dari seorang kenalan aku. Minggu pertama dia whatsapp aku, dia cuma mesej,

“Salam subuh, zohor, asar, maghrib, isya”

“Awak sihat, buat apa?”

Lepas tu perbualan terhenti disitu. Aku fikir, dia malu kot sebab baru minggu pertama. Nama pun perkenalan, adi walaupun bukan aku yang approach dia, aku initiate la perbualan, tanya soalan dengan tujuan nak kenal.

Aku tanya minat dia, kalau suka tengok movie ke drama, genre apa yang dia pilih, suka makan apa, hobi apa, dan aku adala tanya pengalaman dia dekat Sabah selama 10 tahun.

Sekali aku tanya, sepatah dia jawab. Seolah-olah dia tak ada pilihan genre, dia tak ada hobi dan dia di Sabah hanya kerja dan dirumah sahaja, tak kemana-mana. Tak ada apa-apa kesukaan dan minat.

Berminggu-minggu whatsapp, hanya aku je yang tanya soalan, sambil-sambil aku perkenalkan diri aku. Dia tak ada effort pun nak berkenalan, padahal dia approach aku dulu.

Lama-lama aku bosan. Aku dah berhenti layan whatsapp dia. Tapi dia tetap juga bagi salam 5 waktu solat setiap hari.

Lelaki ni tiada effort untuk berkenalan kecuali salam 5 waktu solat dia tu, tak ada personaliti, dan tak menarik hati.

Itu cerita lelaki tak berpersonaliti menarik.

Sebelum ni aku pernah berkenalan dengan lelaki patriarki. Pernah aku balik kerja lewat, dan aku tapau je makanan. Lelaki yang aku berkenalan tanya kenapa aku tapau makanan. Aku boleh layan lagi whatsapp dia. Aku cakap aku terlalu lapar dan penat. Respon dia?

“Perempuan sekarang malas masak, macam mana nak jadi isteri? Sikit-sikit alasan penat”

Dekat situ aku dah turned off sudah. Bila dia tanya, dia pandai masak ke? Dia balas tujuan dia berkenalan & cari isteri ni sebab dia nak ada someone masak untuk dia, dia dah bosan makan luar.

Dia nak pasangan berkerjaya supaya tak bosan berborak dan pada masa yang sama suka duduk rumah.

Dah kenapa nak berkenalan dengan perempuan yang berkerjaya, selalu balik lewat kerumah? Kenapa dari awal tak berkenalan dengan surirumah. Surirumah pun kerjanya penat, ada hari-hari tertentu cuti masak. Adawaktu tertentu teringin juga nak makan luar atau tapau sahaja.

Sekarang cerita pasal lelaki kolot pulak.

Pernah satu ketika, masa tengah berkenalan dengan seorang lelaki ni,aku sibuk buat preparation pergi hiking.

Lelaki ni larang aku pergi hiking, sebab hiking ni hanya untuk lelaki, dan tak sesuai untuk perempuan. Lebih baik aku duduk rumah belajar buat kerja rumah dari sibuk buat aktiviti macam ni.

Lagi pun buat outdoor aktivities ni bergaul lelaki-perempuan, tak manis dan tak keperempuanan pada dia. Perempuan tak patut dibiarkan single lama-lama sebab perempuan kaum yang lemah dan senang diambil kesempatan.

Apa dia ingat perempuan yang minat outdoor ni tak tahu jaga batas pergaulan dan tak tahu masak nasi?

Aku marah betul waktu tu, terus aku block. Dia whatsapp aku dengan nombor lain dan cakap aku ni tak boleh dicontrol dan ego,tak sesuai dibuat isteri.

Aku juga pernah berkenalan dengan lelaki suka menunjuk harta benda.

Tak lama lepas dia whatsapp aku, dia bagitahu gaji dia RM5k dan dia pakai Honda Civic. Sekejap je aku whatsapp dia, sebab aku tak boleh terus berkenalan dengan dia.

Walaupun aku cuma pakai myvi, tapi ikutkan orang yang dah lama bekerja macam aku ni mampu je nak pakai Civic. Lain la kalau dia beritahu dia dah beli rumah. Tu lain cerita

Memang aku nak suami yang mampu tanggung keluarga. Siapa tak nak, kan? Tapi nak beli hati perempuan ni bukan dengan duit je. Duit penting tapi akhlak lebih penting.

Aku juga pernah berkenalan dengan lelaki yang pentingkan paras rupa.

Lelaki ni approach aku sebab dia tengok gambar lama aku dekat fb. Waktu ni berat aku cuma 50kg, kurus lagi. Lagipun aku muda lagi waktu tu.

Lepas beberapa ketika, dia ternampak gambar terbaru aku. Dalam gambar tu berat aku cecah 60kg. Aku ni rendah orangnya, berat 60kg tu aku dah nampak rendang pun.

Terus dia whatsapp aku, komen. “Saya suka awak ni, awak cantik, tapi cuma cantik bila kurus. Bila awak gemuk terus tak comel.”

“Awak memang makan je ke tak diet? kalau sekarang dah gemuk macam mana nak jaga suami, nanti suami lari cari perempuanlain, baru tahu.” — dia bagi aku emoticon gelak.

Lelaki ni pun dari segi rupa below average, niat aku nak berkenalan sebab mana tahu dia ni jodoh yang aku cari-cari. Rupa-rupanya, rupa buruk, hati pun kotor.

Bila aku ternampak posting di media sosial, pasal jodoh, lelaki ingat mereka ditolak kerana rupa dan duit, aku jadi triggered nak marah.

Memang betul ada perempuan pandang rupa dan harta. Tapi ramai lagi perempuan yang mencari pasangan yang berkualiti, memandang personaliti menarik sebagai syarat utama.

Bila aku tanya kawan-kawan sebaya aku yang masih single, pengalaman mereka pun lebih kurang aku juga.

Bak kata orang putih, “The right mix of character,personality & charisma goes a lot farther than looks (and money). Looks fade over time, (and you can always make money), character generally doesn’t”

Akhir kata, doakan aku dapat jodoh lelaki yang baik, yang boleh mencintai dan menerima kekurangan aku dan menghargai kelebihan aku. Aku doakan juga yang bujang diluar sana agar dapat jodoh yang baik, yang boleh membimbing kalian ke syurga. Aamin.

– Alayna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *