Ketiak dan Tudung

Assalamualaikum.. Nama saya Deenah, tapi boleh panggil Dee. Sekarang umur awal 20 tapi dah kahwin.

Haaa korang baca tajuk mesti fikir orang ketiak busuk ni orang tudung labuh kan kan kan? Sebab benda tu macam sinonim sangat dalam kalangan orang kita, ye tak? Orang tudung labuh = ketiak kepam.

Sebelum tu Dee minta maaf kalau ada ayat tunggang langgang.

Dee ni memang dari keluarga yang mostly pakai tudung labuh. Memang kami takde sangat masalah ketiak busuk sebab parents cepat cepat bertindak. Macam macam petua yang digunakan.

Antara orang yang ada masalah ketiak dalam family, Dee sendiri tapi sangatttt la sekejap Dee boleh cakap.

Dee start ada masalah ketiak ni bila bulu ketiak start tumbuh. Masa tu mana pandai sangat kan bab ni, terus kakak belikan GH deodorant dari Amway.

Habis 2 botol, pakai deodorant spray biasa and suprisely kalau tak pakai deodorant for 3 days pun sekarang, ketiak Dee tak berbau pun!  Oh ya, umi Dee ada juga buat kapur dan limau letak kat ketiak.

Bila kahwin, first impression Dee kat family mertua sangatlah pembersih dan kemas. Diaorang takde la tudung labuh macam tudung family Dee. Jauh la beza dengan family Dee yang mostly pakai baju lama dan agak lusuh.

Tapi bila masuk dalam family mertua, Dee perasan satu benda; KETIAK! Ketiak diaorang berbau pahitnya ya Allah.

Towel towel mereka pun busuknya bau ketiak termasuk my husband! Padahal diaorang kemas tau. Nasib baik towel yang diaorang bagi kat Dee masa tu towel baru. Basically, Dee dan papa je yang pakai towel baru yang tak berbau. Towel orang lain hmm takyah cakap la.

Masa tu Dee tak ada nak peduli pasal orang lain dah. Apa yang Dee tahu ketiak suami Dee dulu kena settle. Dia tak la teruk sangat macam orang lain sampai letak kat towel tapi Dee tidur sekali kot dengan dia. Mana tahan bila dia terlupa pakai deodorant.

Dee bila tahu tu esok terus Dee pergi Watson belikan tawas yang Smelly No More (Dee baca kat twitter). Dee ajar suami Dee cara guna. Lepastu, bila Dee pinjam baju suami, rupanya ada bau melekat kat lengan baju, Stressnya Dee.

Dee pilih semua baju suami Dee yang lekat bau di cuci habis-habisan. Ni kes baju tahu masuk mesin je ni.

Dee tengok barang kebersihan diri suami Dee semua Dee tukar. Dee pula jenis barang kebersihan tu memang personally untuk Dee. Dari sabun, shampoo, ubat gigi berus gigi semua.

Dee naik hairan tau, suami sangat kemas kenapa boleh berbau ni ketiak. What’s going on the earth sebenarnya ni?

Dee pun start perhatikan culture rumah ni. Mama dan papa mertua Dee ni orang berkerjaya. Papa kerja kat Sabah (offshore). Mama pun kerja. Penolong pegawai salah satu pejabat kerajaan. Dua dua bawah 50.

Mama memang keluar sangat cantik dan kemas. Tudung on point. Make up and heels everything so perfect. Tapi tak tahu la kenapa barang barang kebersihan diaorang tak nampak macam ada duit padahal beli benda lain yang mahal mahal boleh.

Dee pun mula perhatikan, diaorang pakai sabun mandi, sabun mandi yang buku ataupun cecair yang takde brand. Berus gigi semua dah terburai dah.

Yang adik-adik ipar Dee tu pun keluar rumah kemain kemas macam mama juga, tapi berus gigi dia pun, kalau Dee dah buat berus jamban dah tu.

Dee tengok barang papa je ada personal. Mungkin sebab papa balik dari jauh kan. Barang papa ada brand. Papa memang wangi. Dee pun tengok adik adik pun barang kebersihan diri. Adik perempuan tu pad pun minta dengan Dee. Pelik betul Dee. Mama papa tak beli ke kat diaorang.

Barang personal Dee dulu tinggal dalam bilik air, yang boleh pakai sebulan, seminggu pun boleh lesap (bilik air share satu rumah).

Dee pun start letak toiletries Dee dalam bilik. Macam budak asrama pulak. Sebelum ni diaorang suka hati masuk dalam bilik Dee kan kalau Dee takde, perfume Dee la jadi mangsa.

Dee pun sedekah satu perfume kat ruang tamu. Lotion Dee semua benda diaorang rembat. Tak tahu la. Macam tak pernah jumpa.

One day, mama suami Dee kebetulan masa tu pakai sleeveless t-shirt kan. Masa dia nak ambik barang kat rak, suddenly mama yang baru balik kerja tegur, “Eh abang, makin cerah la ketiak kau.

Kak Dee, kau buat macam mana?” Dee pun cakap la Dee pakaikan cream after shave tu lepas pakai Veet. Then, mama cakap tolong buatkan untuk mama. Dee pun setuju. Masa mama buka baju kerja mama, bau dia ya Allah.

Tak tahan Dee. Terpaksa Dee tahan nak muntah sebab mertua. Dee pun sapu Veet tu. Tapi belum apa apa mama dah nak buang dah. Mama memang jenis nak buat kerja cepat. Jadi tak sempat habis pun bulu ketiak mama. Dan ketiak mama sangat hitam.

Dee terkejut tau. Dalam hati Dee, macam mana papa boleh tahan tidur dengan mama. And rambut mama pun busuk tau huaaaaaa.

Dee husnudzon mungkin sebab baru balik kerja. Rupanya tak okay, Hari lain pun sama. Sama je dgn adik-adik perempuan lain (sebab Dee suka dandan rambut diaorang).

Benda ni buat Dee sedar, bukan tudung buat ketiak berbau tapi sikap. Dee sangat bersyukur walaupun keluarga Dee bukan orang senang, nak kata kemas macam family suami pun tak, tapi sangat menjaga. Suami Dee sekarang dah tak berbau dah.

Dia takde masalah pun untuk disiplinkan diri cuma dia tak tahu macam mana nak cure. Adik-adik perempuan Dee tak tahu la. Barang semua Dee dah beli tapi kalau diri sendiri taknak ubah tak boleh nak buat apa.

Mama? Dah macam macam Dee beli tak pakai juga. Bukan sebab takde masa, tapi sayang nak tinggal telefon. Semua benda nak Dee buat. Bila disuruh suruh cakap, “Takpe aku dah berlaki.” tapi selalu cakap papa ada perempuan lain. Inisiatif nak berubah pun takde. Penat juga macam ni.

Korang, kalau ada duit jangan la sayang nak laburkan untuk kebersihan diri. Kalau badan berbau, tolong selesaikan masalah tu. Cari cara. Move from your comfort zone. Cari tips kat internet berlambak.

Mandi tu tolong la rajin shampoo setiap hari. Rambut macam badan juga, kalau berpeluh kena la cuci dia.

Cari shampoo takde SLEs baru la tak rosak rambut. Mandi tu basuh ketiak betul betul. Celah peha tu tolong la sapu lotion tak kira laki ke perempuan. Jaga, jaga dan jaga.

Kita jaga bukan untuk orang lain, untuk diri kita juga. Badan kita amanah dari Allah. Jaga amanah Allah bagi tu. Jadilah orang yang kemas dan bersih. Biar lah orang nampak Islam ni agama yang mendidik. Boleh?

– Deenah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit