Hai. Aku ni tak tahu nak cerita. Tapi aku cerita juga lah nak tahu pendapat kau orang.
Aku ni dah kahwin 15 tahun. Ada anak 4 orang. Kerja elok. Bini aku pun sama lah. Kerja elok. Cukup makan pakai semua. Nak melebih je tak cukup.
Semua elok. Sampai 3 tahun lepas.
Bini aku ni dia periang, hidup rancak, kelakar, bising, orang yang motivasi tinggi, kiranya jenis function.
Bayangkan lah dia duduk dalam gred dia 3 tahun je lompat. 4 tahun je lompat lagi. Dengan keluarga, dengan kawan-kawan, dengan tempat kerja, semua elok.
Biasanya bila isteri macam ni, suami dia macam aku laa. Terbalik dari semua aspek. Pendiam, baik, tak selalu kelihatan dan hidup dalam phase sendiri.
Lepas bini aku lompat gred, dia tukar department. Biasa lah dia, mudah disukai. Dan jenis dia memang tak berlebih dengan lelaki. Tu memang pasti sebab tu aku yakin dan percaya dia.
Tapi malangnya kali ni, dekat dept baru, dia ada seorang kawan rapat. Perempuan.
Dia memang banyak kawan rapat sebelum ni. Selalunya semua aku kenal. Sebab jenis kawan dia lepak2 kat rumah bila aku takde dan aku ok.
Cuma kali ni, lain. Dia start ada password phone.. Pastu lepak dengan sorang ni je. Dulu dia tak tahu lepak berdua, dia memang sekumpulan.
Pernah lah aku terbaca mesej dia dengan kawan dia, bersayang-sayang. At first dia kata just main-main. Makin lama, makin kritikal.
Ada sekali dia lupa tutup whatsapp web, memang aku tau dah lain. Ada hug, kiss, rindu, dll.
Sampai aku confuse. Apa ni. Aku memang confuse. Nak marah ke tak. Nak rasa apa ni.
Bini aku ni sebelum aku counter, semuanya sama je. Lepas aku counter dia, dia cakap nak cerai- sebab aku tak function sebagai suami.
Bukan aku tak function, tapi memang kemampuan aku banyak tu je. Sebab tu dia banyak cover itu ini.
Masuk tahun ni dah 2 tahun kami tak bersama. Cakap bila penting sangat sangat. Tapi masih satu rumah, lain bilik.
Tapi aku confuse sebab dia ok je- jaga anak2, hidup, kerja.
Aku sangat confuse. Dia curang ke? Tapi dia curang ke?
Aku pernah marah dia pasal kawan dia, dia cakap ceraikan dia tapi dia nak anak-anak. Aku pun nak anak-anak juga.
Aku tak tau apa nak jadi dengan apa nak buat. Sekarang ni kalau ikut je apa nak jadi memang sampai tua la macam ni.
Aku nak juga ada kawan sembang, tapi dia tak mahu dah sembang dengan aku sebab dulu aku diam je bila dia cakap.
Cuba bagitau aku, kena hidup macam ni ke sampai bila-bila? Dia curang ke tak?
Tapi aku tau dia sayang kawan dia, memang aku tau diaorang selalu outstation. Kena buat apa ni?
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Letak tracker atau hire private investigator. Tengok dia ke mana. Baca mesej dia kat whatsapp atau tgk gambar kat gallery. Kalau ada yg pelik2 tu mungkin curang lah tu. Kalau bro okay, mungkin boleh kahwin dengan kawan dia satu lagi, win win untuk semua.
Selalu kalau kawan pmpn hug kiss rindu tu perbualan biasa esp kawan baik sehidup semati till jannah.
Emm, kalau di rasa nak cerai maybe sbb pernah ade kawan dia cucuk la kot.Dia selalu meluahkan apa yg dia rasa tak best pasal ko pastu kawan yg tak berapa baik ni cucuk jarum.(ni aku rasalah)
Korang da pernah pi kaunseling ke belum?
Btw apa maksud dia tak function tu?
Ko ni jenis malas mendengar luahan hati isteri ko ke?selalu punca utama ni je..ko tak melayan dia bila nk sembang.
Salam,
“Biasa kalau isteri macam tuh, suami dia macam aku lah terbalik dalam semua aspek. PENDIAM, BAIK, TAK SELALU KELIHATAN, HIDUP DALAM PHASE SENDIRI”.
Kalau ada masalah mental, jangan malu, jangan segan, cari lah bantuan yang pakar, pergi lah ke klinik yang berdekatan.
“sebab jenis jenis kawan dia lepak lepak kat rumah BILA AKU TAK ADA DAN AKU OK”
Belajar bergaul lah, bersosial pelan pelan, jangan gopoh gopoh, santai.
“BUKAN AKU TAK FUNCTION, TAPI MEMANG KEMAMPUAN AKU BANYAK TUH JER, SEBAB TUH DIA BANYAK COVER ITU INI”.
Cari cara untuk kukuhkan ekonomi, sebagai ketua keluarga tak boleh beralasan, buat 2 kerja pun okey, usaha sikit, 12 tahun isteri tuh cover itu ini, letih dia, umur dia makin meningkat, kudrat tak macam dulu.
“Masuk tahun nih 2 tahun kami tak bersama”. Bilik asing asing”.
Untuk seorang isteri bersifat emotional itu logik dari segi fitrah, suami sepatutnya lebih logikal.
“Tapi aku confuse, dia jaga anak anak, hidup, kerja”.
itu lah 3 benda paling penting dalam hidup dia setahun dua nih.
“Aku nak juga ada kawan sembang, dia tak mau dah sembang dengan aku, SEBAB DULU AKU DIAM JER BILA DIA BERCAKAP”.
Bertahun dia tak diutamakan, jadi dia berhenti utamakan orang lain juga.
Aku terfikir dalam begitu banyaknya Red flags tentang diri kau, macam mana isteri kau boleh bertahan lama dalam rumahtangga. She’s very strong & wise woman tau.
Suami dia hidup dalam dunia sendiri, suka berkhayal, tak pandai bersosial dengan masyarakat & kawan kawan dia, ekonomi tak berapa kukuh, puluh tahun dia cover, suami dia emosi, sensitif macam perempuan, suami dia bukan pendengar yang baik. Ada masalah tak suka bincang, lebih pada provokes. Rumahtangga apa macam nih, but she keep going year after year.
Kau bayangkan bro, kalau kau seorang perempuan, kau nak tak kahwin dengan lelaki yang macam kau. Kau banyak red flags tau. Kau rasa masalah nih start 3 tahun lepas, 12 tahun isteri bahagia. NO. dari hari pertama dia couple dengan kau dah start dah.
Malam nih isteri kau balik kerja, peluk lah dia bro, lama dia pendam masalah, dia dah buntu sangat tuh, ucaplah terima kasih kat dia, 15 tahun dia sanggup susah payah dengan kau, jangan ignore isteri kau lagi, jangan sabotaj rumahtangga kau, tak berbaloi, belikan dia bunga, letak kat katil dia, tulis kat kad apa semua kebaikan dia pada kau.
Orang lelaki, anak jantan kena pandai cari kebaikan isteri dalam keburukan. Jadikan Jun 2024 nih, bulan untuk kau berubah secara perlahan, bawa isteri ke arah lebih baik, bukan untuk dia, bukan untuk anak anak, untuk diri kau sendiri. Stop tidur asing, stop duduk dalam dunia kau, stop berkhayal, stop curiga sana sini, KAU ADA MASALAH DENGAN ISTERI, FOKUS SELESAIKAN MASALAH KAU DENGAN ISTERI DENGAN SEGERA. 3 tahun kau gagal selesaikan, cukup tiga tahun, tahun 2024 nih mesti kasi settle.
Aku tak habis fikir, rumahtangga jenis apa yang kau sediakan dekat isteri kau, 12 tahun dia sabar dengan kau. 3 tahun baru dia memberontak. Sebagai suami, ketua keluarga, rumahtangga kau sepatutnya berwarna warni tau, bukan plain, kosong macam nih.
Tutup salam.
salam ultraman taro,
sy dengan ini melantik anda sebagai kaunsellor sebab semua komen anda sy dapat terima dengan baik.
tutup salam.
saya setuju 100% dengan komen anda. !