Aku,mak cik dan UM sentral

Tak tahu kenapa entah selepas seminggu memerap kat bilik,hari ni aku pun pergilah jengjalan kat tasik Varsiti cari kedamaian yang hilang kononnya chewah..hahaha..Apabila melihat alam ciptaan Allah subhanallah hanya Allah yang tahu ketenangannya.Lepas dapat luangkan quality time dengan kawan seperjuangan.Aku pun berjalan pulang ke kolej sendirian.Dalam perjalanan tu aku berhenti sekejap di UM sentral.Sambil melepaskan penat berjalan tu,datang seorang mak cik sambil tersenyum dan ambil tempat disebelah aku.Hari ni mood nak tegur orang tu tinggi sikit,ya lah sudah seminggu bertapa dibilik.Aku pun senyum dan bertegur sapa dengan mak cik tu.

Aku:Mak cik nak balik ke mana?

Mak cik:Mak cik nak balik pantai dalam.Menyewa di sana.Adik ni nak keluar ke?

Aku:Eh,taklah saya duduk duduk kat sini kejap.Nak balik kolej sebenarnya ni.

Mak Cik:Owh,lagi nunggu bas la ni?

Aku:Hehe,kalau dalam 5 minit lagi dia datang saya naiklah,tapi kalau tak de pun tak pe saya jalan ja.Saya saja ja duduk sini nak tengok kereta lalu lalang.

Mak Cik:Owh..(Sambil tersenyum lebar)Mak cik nak tanya sikit boleh?

Aku:hehehe..tanya apa,tanyalah kalau saya tahu jawapan dia in shaa allah saya jawab.(Dalam hati,Ya Allah apa mak cik ni nak tanya seram ja nih..Siap minta kebenaran lagi nih)

Mak cik:Adik ni tak de boyfriend lagi ya?

Aku:Hahaha,macam mana tahu saya tak de boyfriend?Nampak sangat ke?Haha(Dalam hati Erk aiyoo muka aku ni nampak kesian sangat ke guane ni)

Mak cik:Nampak tu tidaklah tapi bila tengok kamu ni duduk di stesen bas ni sorang sorang sebab nak tengok kereta lalu lalang tu,Mak cik tahulah yang kamu ni tak de boyfriend.Sebab mak cik tengok anak sedara mak cik yang ada boyfriend tu semua memanjang tengok telefon.(Sambil senyum dan mengeluh)..Mak cik pun hairan dengan budak budak zaman sekarang ni,semua suka main telefon dari bercampur dengan masyarakat,keluarga,jiran tetangga.Bercinta bagai nak ghak.Mesej,Call, whatsapp alih alih 2 3 tahun putus.Lepas tu nangis nangis.Lepas tu kawin dengan orang lain juga.Tak ke ngabiskan boras jo.Haish.

Aku:Hehehe(tak tahu nak balas dan buat reaksi apa)

Mak cik: Dik,mak cik nak pesan sikit kat adik supaya dapat jodoh cepat.Adik ni muda lagi,banyakkan lakukan aktiviti luar.Banyakkan jumpa orang tak kira kaya ke miskin ke tua ke muda ke.Bak kata orang berkawan biar seribu berteman biar satu.Bercampur dengan orang orang yang lagi tua,bila kenduri tu pergi tolong tolong kupas kupas bawang bukannya duduk kat bilik pengantin pakai cantik cantik apa orang panggil bresmaid..bridesmaids..apa entah mak cik pun lupa duk dengar anak anak sedara duk sembang.Tak eloklah bagi mak cik benda tu.Kalau kami muda muda dulu,kawan kawan kawin mak cik dengan yang lain lain duk basuh pinggan,hidang lauk kat dapur.Kan elok anak dara buat kerja kerja dapur bercampur dengan orang lagi tua.Ha waktu tu lah bakal bakal mak mertua ni duk tengok mana anak anak dara yang boleh dijadikan menantu..Hehe..

Aku:Eh mak cik,bas rapid dah sampai dah..Kacaulah bas ni baru nak syok syok dengar cerita mak cik..hehe

Mak cik: Itulah..seronok pulak nyembangnya..hehe..Ok ok lah mak cik pergi dulu..ingat pesan mak cik..(Sambil lambai lambai tangan)

Aku tengok mak cik tu dari naik bas,cari tempat duduk dan bas pun berlalu pergi..mak cik tu melambai lambai tangan sambil senyum..Aku pun balas lambaian dan senyuman mak cik tu sambil bergerak untuk balik kolej.Sepanjang jalan aku senyum sorang sorang..Haha perjumpaan sesingkat itu pun boleh dapat tips pasal jodoh..Ternyata ilmu itu tidak hanya dapat ditimba di dalam kuliah tapi di mana mana juga bisa.

Hahaha..balik bilik,buka fb tengok tengok IIUM Confession pasal ceraikan suami tu.Aigoo tadi baru ja syok syok nak kawin.Bila baca macam tu jadi takut pulak nak kawin.Hahaha..lepas tu kawan hantar gambar pasal jodoh kat whatsapp pulak..hari ni memang jodoh aku ngan bab bab jodoh ni tinggi sikit..

~Aku copy ni dari status fb kawan aku budak UM.Aku nak tanya pendapat korang ni,tips yang mak cik tu bagi betul-betul berkesan ke?kalau berkesan aku nak try lah nanti cuti tahun baru cina.Biasanya masa tu ramai orang kawin.~

– Jibam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *