Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua pembaca. Hari ni saya nak share POV saya tentang childfree. Saya akan tulis dengan style penulisan yang saya rasa selesa (BM+BI). Maaf kalau rasa cringe.
Pertamanya, saya nak ceritakan sedikit tentang latar belakang saya. Saya membesar dalam broken family. Mak ayah bercerai masa saya kecil.
Jadi, saya membesar dengan childhood trauma yang mana lead kepada other mental illness (depression+borderline personality disorder). Saya juga dibuli masa sekolah dulu. Jadi tak pelik kalau saya kena depression sebab saya tiada tempat mengadu.
Bila saya dah dewasa. Saya bencikan perkahwinan. Tapi tuhan Maha Kaya, Dia pertemukan saya dengan jodoh saya masa saya berumur 28 tahun. Alhamdulillah dia boleh terima saya seadaanya (termasuk penyakit saya).
Lama kami berkawan sebelum berkahwin sebab saya bencikan perkahwinan dan saya tak nak ada anak. Alasan saya tak nak ada anak, saya tak nak dia rasa apa saya rasa.
Saya tak nak dia inherite penyakit saya (melalui pemahaman saya, mental illness boleh diturunkan kepada anak) dan in case jodoh saya dan pasangan tak panjang, saya tak nak anak tu lalui trauma yang sama saya rasai. Saya makan ubat perancang sepanjang 3 tahun perkahwinan kami.
Masa tahun ketiga, saya berhenti makan perancang sebab ada masalah kewangan (perancang saya beli, sebab takut nak pergi kk. Risau nurse marah kalau merancang sebab belum ada anak).
Sekali lagi, Tuhan Maha Kaya, Dia kurniakan pula seorang penghuni pertama dalam rahim saya. Saya tak terkejut dan tak excited langsung dengan kehadiran dia.
Long story short, Qis pun lahir. Masa ni dah start rasa sayang dekat Qis. Masa Qis kena tahan Nicu sebab ada jangkitan kuman dalam darah, rasa hati macam kena sayat. Sedihnya tuhan je yang tahu. Tapi ini baru permulaan.
Kehadiran Qis dalam perkahwinan ni, membawa kebahagian dan ujian yang tak pernah saya rasa sepanjang perkahwinan saya.
Masa ni, rumah tangga diuji sehebatnya. Saya disahkan ada postpartum depression. Masa ni dengan baby blues, dengan rasa benci dekat suami, rasa benci diri sendiri semua bercampur baur.
Dalam erti kata lain, saya ada love-hate relationship dengan suami dan anak sendiri. Rasa anak tu beban. Rasa suami tak membantu dengan anak (padahal kerja rumah semua suami buat). Dengan tak cukup tidur. Saya rasa dunia saya berkecai dan musnah lepas kehadiran Qis.
Hari-hari saya menangis. Tapi tak buat la benda bukan-bukan dekat Qis. Sebab saya makan ubat psy. So masih dalam keadaan waras lagi.
Masa ni jujur cakap, menyesal betul lahirkan Qis. Bukan sebab rasa dia membebankan. Tapi saya rasa disebabkan dia, hidup saya dah tak macam dulu. Kalau dulu memang dah depress, sejak ada Qis, jadi lagi teruk. Yang menyelamatkan saya adalah kerjaya saya.
Alhamdulillah saya tak berhenti kerja masa mengandungkan Qis dulu. Even bosses nampak tekad saya nak bekerja walaupun dalam keadaan mengandung dan mengalami komplikasi semasa mengandung.
So masa bekerja boleh fokus pada diri dan kerja. Dapat lupakan pasal Qis untuk sementara waktu.
Day by day, week by week, month by month, Qis pun dah besar. Dah setahun sekarang. Saya pun dalam keadaan bersedia untuk hadap perangai tantrum Qis. Sekarang masih resenting my husband (Idk the reason). Maybe sebab Qis nak melekat macam anak koala dengan saya.
Dia dah develop separation anxiety. So saya rasa jealous dengan suami sebab dia dapat duduk dan buat aktiviti dia tanpa perlu risau pasal Qis. While Qis 24 jam dengan saya masa saya cuti. Most of the time saya tak kisah dan seronok layan Qis.
Tapi kalau time depression tengah relapse, saya rasa macam nak cabut nyawa sendiri. I even shout at her. (I’m sorry for being such a terrible mom, Qis).
Apa yang saya dapat simpulkan disini, nak pilih hidup tanpa anak, it’s your choice. You have your own reasons. Mungkin awak cakap tak nak anak sebab rasa anak beban, tapi sebenarnya awak pernah hadap trauma masa kecil dan tak nak anak experience benda tu (sumpah sakit).
Jealous anak akan rapat dengan suami? Mungkin sebab awak tak pernah dapat kasih sayang yang mencukupi masa kecil, jadi awak nak 100% kasih sayang suami. You do you.
Nasihat saya, whatever trauma you endured before, heal yourself first before decide to conceive a baby. Anak tu tak salah.
If you choose childfree life style, tapi terbabas. Tolong jangan benci anak tu. Dia tak salah. You pun tak salah. Itu semua dah tertulis. Itu namanya rezeki. Terima dengan hati terbuka dan cuba sedaya upaya beri kehidupan terbaik pada anak tu.
Terima kasih.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit