cakap sesorang

Assalamualaikum

Nak luah sikit masalah diri sendiri. Jantina aku perempuan, muda lagi, baru 23. Aku ada masalah ni dari aku kecik lagi. Aku suka cakap sorang sorang. Kalau masa kecik, biasa la kot bdk kecik cakap sesorang. Tapi sampai aku ni 23 beb, aku still cakap sesorang. Kalau dekat U, aku sanggup stay dalam toilet semata mata nak cakap sesorang. Sbb takut kantoi org tau perangai pelik aku ni. Kalau kat rumah, aku sangat suka kalau family aku keluar jenjalan tinggal aku sesorang, sebab aku dapat cakap sesorang puas puas. Aku boleh jadi serba tak kena kalau dalam sehari tu tak dapat cakap sesorang.

Btw, aku ckp sesorang tu bukan sbb aku ada kawan alam org tak nampak ke apa. NO. Ni bukan citer seram. Aku cakap sesorang tu, means kalau dlm cerita tu ada 3 watak, tiga tiga watak tu adalah aku. Kekadang aku cakap sesorang tu, situasi aku tengah happy dengan kengkawan la, tetiba ada orang nak berkenalan la. Entah. Aku sendiri tak paham kenapa aku camni. Aku gila ke?

Kalau nak kata punca semua ni sebab aku kesunyian, sangatlah tipu. Aku merupakan seorang perempuan yg friendly. Sangat aktif join aktiviti persatuan dekat U. Malahan, ramai kawan. So kalau diorang tahu aku ada perangai macam ni, mesti diorang terkejut.

Aku dah cuba halang diri aku dari cakap sesorang. Aku sibukkkan diri supaya aku lupa semua tu. Tapi, still gagal. Sampai lah aku 23, aku still cakap sesorang. Lagi sekali, aku gila keee?

Sekian cerita aku. Sesapa ada solution, please suggest untuk aku. Sangat sangat memerlukannya.

– gadis confiud

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *