Anak Angkat

Salam pembaca semua. Maaf andai berterabur. Kita ni bukan penulis.

Di sini saya nak meluah rasa di hati. Mana tau berkurang beban dan sesak sebak di dada.

Pada awal tahun 2018 saya ada mengambil sorang anak angkat berumur 2 bulan.

Reason ambil AA ni sebab pada usia 2 tahun perkahwinan dan 2 kali keguguran plus dengan dari prescribe kita punya chances untuk survive pregnancy full term tu nipis jadi rasa nak anak sangat².

Suami ok. Family agak tak setuju. Tapi still saya teruskan.

AA ni dari seorang kenalan juga. Parents kahwin muda. Dah ada 2 anak sebelumnya dan tak mampu bela anak ke 3. Sewa bilik kecik. Mak kerja 10am-10pm. Ayah kerja 8-7pm.

Tinggal anak baby dalam bilik dengan anak sulung dalam umur lingkungan sekolah rendah kot dan no 2 dalam umur 2 tahun.

Dokumen sekadar ada sebab saya tak niat untuk memisahkan terus. Jadi no lawyer involved dalam urusan pengangkatan ni and yes ada saguhati sebab diminta parents tersebut.

Bermula lah cerita membesarkan seorang anak. Sakit sihat. Suka duka. Dengan ibu kandung yang toksik selalu meminta duit. Kalau tak diberi dia ugut untuk ambil anak. Suruh hantar anak balik..

Saya yang ketika tu buta dengan sayang dan cinta pada anak rela bagi apa je dia nak. Even cuti dan raya masih bergilir. Apa je orang tak kata kat saya. Bodoh terlalu baik. Senang kena pijak tapi orang tak tau..

Rasa tak sanggup tinggal anak lama² dengan ibu kandung sebab nya biar saya saja yang tau. Even mak kepada ibu kandung selalu minta saya ambil anak cepat² bila anak dengan ibu kandung.

Si ibu bercerai dengan bapa tak lama kemudian dan pada umur anak angkat saya 3-4 tahun si ibu berkahwin lain…

Si ibu dapat anak lagi 2 dan situ lah bermula azab saya. Mintak duit setiap minggu dengan pelbagai alasan. Motor nak kena tarik. Anak masuk hospital. Sedangkan suami baru kerja beruniform.

Sampai pinjam ahlong. Ahlong cari saya. Di sini saya start ignore dia sebab terlalu teruk kekerapan minta duit.

Sehingga lah saya bercerai pada 2022 dan berkahwin lain pada 2023. Saya masih menjaga anak angkat saya. Bergilir dengan bekas suami sebab kami sama² sayang kan anak..

Ibu kandung masih berterusan mintak duit. Termasuk mintak dari ahli keluarga saya. Mak saya. Dan kami memilih untuk ignore tentang duit sebab saya pun tengah sarat mengandung. Dan dia mula mengugut dengan ugutan sama. Pulangkan anak dia.

Pada penghujung 2023. Di saat saya sedang sarat di hospital. Menunggu hari untuk melahirkan saya dapat panggilan dari bekas suami yang ayah kepada anak angkat saya telah datang mengambil anak.

Pada mulanya ingatkan hanya sesi cuti seperti biasa tapi rupanya ayah nya mahu anak nya tinggal terus bersama nya atas arahan ibu kandung. 

Saya yang sakit terus drop dan berada dalam tekanan. Darah tinggi spike sehingga terpaksa menjalani emergency csection.

Tiada kata yang dapat menggambarkan luka di hati saya ketika itu. Tanpa rasa bersalah beberapa bulan selepas tu parents anak angkat saya mesej bertanya tentang buku kesihatan anak untuk daftar sekolah.

Sehingga hari ini. Tiada kata maaf. Terima kasih. Malah tiada tanda ingatan atau panggilan buat saya melepas rindu pada anak. Tiap malam terbayang anak.

Walau dah ada anak sendiri tapi 5 tahun bukan masa yang singkat untuk melupakan. 24 jam tak pernah saya berenggang dengan anak dari setiap langkah perjalanan dia membesar saya bersama dia.

Buat mak ayah AA. Saya tidak menghalalkan walau satu air mata. Satu keringat. Satu jerih payah saya pada kamu. Segala hutang² baik segi material atau hutang janji di akhirat tu pasti saya tuntut walau sebesar zarah.

Saya tidak melahirkan. Tapi saya yang membesarkan sehingga anak mampu mengurus diri. Mata ini yang bersengkang malam. Bertangga di hospital.

Berhabis beri yang terbaik saat kau bagi dia dengan sakit² pada orang lain atas alasan duit dan semudah itu kau memisahkan bila tak dapat capai apa kau nak.

Tak fikir perasaan anak atau perasaan orang yang bagi segalanya untuk anak..

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ape yg awk rasa tu valid, sedara sy pun sama.. sepupu ade ambil ank angkat, tp masa lahir dh settle(tp xtau la flow dorg settle mcm mn sbb cousin laki bini polis dgn nurse).. so budak pun dah 2 thn lbh, alhamdulillah, masih dlm jagaan kami dan xde sape kacau..

    nk cerita psl sedara yg jauh, dia jaga ank angkat tp mak budak tu asyik mintak duit, mintak sampai adik beradik angkat budak tu pun kena bg duit(sbb syg gila).. last2 dorg pulangkan balik, sbb mak dia mmg mengharuk bagai nk gila..tahap kesedihan? pindah rumah terus sbb rumah tu ada memori dgn budak tu.. kdg mak budak tu kejam xtentu hala, sbb mmg byk kes.. sbb tu kdg mak yg baik jd mangsa, sbb family angkat bwk lari jauh.. putuskan terus hubungan..

  2. Saya bersimpati dengan puan, dan lagi bersimpati dengan AA tu.sudahlah dipisahkan dengan orang yg pernah menjaganya,dpt pula mak ayah kandung begitu.Moga beliau membesar dengan baik dan dpt mencari puan.

    • Kalau ada duit sikit, saman parents kandung. Kumpul sebanyak mana resit “bantuan” dah bagi selama ni & tuntut semula. Dia dah buat anak dia mcm komoditi meraih pendapatan jadi tak salahlah awak buat kembali kepada dia.

  3. Sedihnya ya Allah, paling kesian dekat AA boleh ke dia hidup dengan fam toksik macam tu adik beradik pulak ramai, semoga yang baik2 je, betul la orang kata kena ada hitam putih ye untuk semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *