Mengharapkan Keajaiban

Hi semua. Aku Nana. Aku tak pandai karang ayat. Minta maaf kalau berterabur.

Aku dah berkahwin selama 8 bulan. Kehidupan perkahwinan kami tak sama macam orang lain.

Bulan pertama berkahwin kami hidup berdua dan bahagia. Dan aku mengandung.

Selepas bulan kedua, suami aku dah berubah. Dia jadi kasar, baran dan selalu berfikiran bukan2. Tapi aku tak syak apa2. Mungkin dia stress dengan kerja.

Masuk bulan ketiga, aku diduga. Suami aku sangat dingin. Kami kurang komunikasi. Buat hal masing2.

Suami aku kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Bila aku tanya, dia cakap lepak.

Kami selalu bertengkar. Masa bulan puasa, kami bertengkar sampai lah subuh. Lepas subuh baru kami tido.

Aku sangat risaukan kandungan aku tapi alhamdulillah, baby kuat dan sihat.

Makin lama suami aku makin lain. Dia kuat melenting, syak wasangka dan tak percaya aku langsung.

Selalu keluar malam balik pagi. Rupanya, suami aku ambil dadah. Kantoi sendiri dengan aku.

Start pada tu, suami aku dah berani naik tangan dengan aku, maki hamun aku, pecahkan barang.

Aku tetap bertahan dan sembunyikan perkara ni dari semua orang. Sampailah suatu hari, kami diberhentikan kerja kerana prestasi yang merosot.

Aku hilang arah dan buat keputusan untuk beritahu keluarga apa yang jadi.

Lepastu, kedua dua keluarga decide untuk asingkan kami sementara waktu. Aku dengan family aku, dia dengan family dia.

Tapi dia tak nak. Dia masih bawah pengaruh dadah sampai tak boleh berfikir waras. Dia ambil dadah dalam dos yang tinggi ya.

Dia datang rumah family aku dan mengamuk minta aku ikut dia balik rumah family dia. Tapi aku tak nak sebab dia belum bekerja.

Long short story, benda ni berlarutan for few months. Betul2 tertekan masa ni. Keselamatan keluarga aku pun terganggu. Dan keluarga aku selalu desak kami untuk bercerai.

Tapi aku masih pertahankan rumah tangga ni. Aku sayang suami aku. Sebab apa?

Dengar macam bodoh kan? Sebab sebelum berkahwin suami aku 360 darjah tak sama dengan sekarang. Dia tak pernah sentuh dadah.

Dia sangat bertanggungjawab. Semua yang kenal dia, tahu perangai dia. Tapi disebabkan satu tragedi, dia jadi kemurungan dan kawan pengaruh dia untuk ambil benda tu.

Walaupun suami aku buat macam2 dekat aku, tapi dia still ambik berat makan minum aku. Masa dia bekerja dia tetap bagi nafkah sampailah dia kena buang kerja.

Walaupun dia tengah berang dengan aku, ataupun kami baru lepas bertengkar teruk, dia tetap bawa atau masak makanan untuk aku. Siap bawa sampai dalam bilik.

Kadang dia beli makanan untuk aku makan sahaja. Dia lapar takpa.

Rumah kami masat u takda bahan mentah langsung. Tapi aku tetap tak berlapar. Kalau aku sakit, dia tetap jaga.

Perkara ni berlarutan untuk beberapa bulan sehinggalah abah aku meninggal. Dia menyesal dan berhenti ambil dadah. Aku buat keputusan untuk ikut dia duduk dengan mertua.

Everything going well sampailah satu tahap dia ambil dadah balik dan ditangkap. Hukuman penjara 6 bulan. Lagi few months aku akan bersalin.

Mertua aku tanggung semua. Aku still setia tunggu dia. Aku rindukan suami aku.

Aku tahu satu hari nanti suami aku akan berubah. Aku kenal suami aku. Aku selalu dekatkan diri dengan allah.

Mohon petunjuk dan aku percaya akan ada hikmah nanti. Sebenarnya cerita ni panjang. Tapi aku takleh tulis terlalu details sebab nanti orang akan tau.

Aku cuma perlukan kata2 semangat. Aku tahu akan ada yang mencemuh aku. Aku terima.

Cukuplah sampai sini. Doakan aku, kandungan aku. Doakan suami aku pulih dari ketagihan dadah (syabu).

Aku masih mengharapkan keajaiban akan berlaku.

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. sebelum tu dia dak ambik dadah, awak je tak tahu, klu awak tahu, tak jadi la kawin. Cuma ketagihan dadah ni amatlah susah nak berhenti melainkan penagih tu benar2 nak berhenti, terpulanglah kepada awak untuk menilai sendiri, apapun semoga Allah mempermudahkan semua urusan awak dan suami, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada suami awak

  2. ‘Aku kenal suami aku’..Move on sis once dah jadi penagih akan menagih lagi probability nak berubah tu tipis..Fikirkan masa depan anak lagi penting jauhi penagih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *