Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Sekiranya tulisan ini diterbitkan, terima kasih untuk si admin IIUM Confession.
Terima kasih lagi sekali sekiranya admin siarkan tulisan aku. Aku Ira dan pernah buat confession Suka Si Songsang, boleh baca dekat sini, https://iiumc.com/suka-si-songsang/
Ramai yang bagi komen membina dan ramai juga yang bagi komen untuk menyedarkan aku mengenai dunia realiti LGBT.
Ya, aku masih berkawan dengan D sampai sekarang dan kalau diikutkan sudah 4 tahun aku berkawan dengan D. Selama aku kawan dengan D, memang aku banyak terdedah dan faham serba sedikit pasal LGBT ni… Pasal TOP, BOTTOM semua ni..
Sebab dia selalu ingatkan bahawasanya ramai lelaki yang songsang macam dia dekat luar sana, jadi mana-mana lelaki yang aku kenal mesti dia akan scan dulu lelaki tu. Lelaki yang sama spesies macam dia akan kenal spesiesnya sendiri.
Disebabkan D selalu je dengan aku, family aku pun dah kenal D dan family D pun dah kenal aku..
Bila rumah D ada majlis dan mak D ada masak-masak yang spesial mesti aku pun akan dapat sama, masa raya pun mak D akan bagi kerepek berbalang-balang untuk family aku. Sama macam aku balik kampung pun mesti mak aku akan kirim makanan dari kampung untuk family D.
D juga pernah masakkan makanan untuk aku, ye hanya untuk aku… Sama lah, aku pun ada masakkan untuk dia walaupun aku tak berapa pandai masak, kadang terlebih manis, kadang terlebih masin, tapi dia makan je sampai habis aku punya makanan..
Mak aku ni suka si D sebab aku di perantau D laa yang banyak tolong sakit demam aku… Kadang aku rasa terharu sangat dengan D..
Sebenarnya aku tak ada kawan rapat lelaki sebelum ni memandangkan aku ni jenis garang dan sangat tidak friendly dan aku juga agak kekampungan sebab aku tidak selesa keluar berdua-duaan dengan mana2 lelaki sama ada masa universiti atau pun dekat tempat kerja sekarang.
Tapi yang peliknya aku boleh keluar dengan D, berdua… Aku rasa selesa, mungkin sebab dia lembut dan kadang aku boleh teranggap dia perempuan, padahal hakikatnya dia adalah lelaki. Tapi dia akan hantar aku balik awal kalau keluar malam sebab katanya dah lewat.. Pukul 11 tu dah kena balik..
Sekarang disebabkan umur aku dah 30an aku nak sedang mencari pasangan untuk berkahwin, kebanyakkan aku cari dalam aplikasi online sahaja memandangkan aku pun bukan jenis ramai kawan lelaki. Kawan lelaki aku pun ada dua orang je, si D dan si H. Dua2 jenis lembut. Tapi H ni okey sikit tak songsang..
Tapi bila macam aku nak cari jodoh ke apa, mesti D akan cakap aku macam terdesak nak kahwin, dia tak tahu ke aku nak kahwin sebab aku nak move on dari dia????
Jujur aku cakap, aku rasa aku masih ada perasaan suka dekat D. Aku pun kadang confuse dengan diri aku sendiri.. Bila aku tak nak fikir pasal kahwin mesti dia cakap aku bila nak kahwin, aku ni dah tua, nanti susah nak mengandung laa, jadi anak dara tua laa.. Macam2..
Bila aku ada kenal orang laki dekat mana2 aplikasi online mesti dia akan kutuk laki-laki tu semua cakap yang laki-laki tu macam dia jugak. Dia macam nak buat aku takut nak kahwin dan kenal orang baru..
Sebenarnya dah macam-macam cara aku buat untuk D ni keluar dari tempat kerja aku memandangkan D ni sama tempat kerja dengan aku, cuma jawatan aku ni lebih besar daripada dia.. Dan macam-macam juga perangai yang aku buat dekat D tapi dia masih lagi stay dengan aku sampai sekarang.
Kadang aku rasa D banyak mengalah dengan aku dan aku rasa aku macam budak-budak padahal D lagi muda dari aku.
Sebenarnya pasal kerja pun D banyak bagi aku semangat, dan aku tak tahu kenapa kata-kata dia tuh boleh tenangkan aku. Aku tengah nak marah-marah pun, aku tengok muka dia pun aku dah boleh jadi tak marah.. Aku pun tak faham kenapa, jujur aku cakap aku tak pernah rasa macam ni.
Orang bila tengok aku dengan D mesti akan geleng-geleng kepala sebab aku dengan D selalu gaduh.. Dan ye… kami mmg sentiasa bergaduh.. Dalam sebulan mmg tak sah kalau tak gaduh, kadang tak ada benda pun, cuma aku lah suka cari pasal, aku cepat sentap..
Lepas tu aku cari gaduh, kadang benda yang kecil pun aku saja besar-besarkan sebab nak gaduh.. Nak2 time aku datang bulan, memang aku akan cari pasal…
Lepas tu aku akan silent treatment D tu sampai berminggu-minggu ye…Paling lama aku rasa tiga minggu aku silent treatment dengan dia, cakap pun hal kerja je… Nada aku bercakap pun lain lah, kasar dengan dia..
D pernah cakap masa tu aku marah dia tapi sebab hal kerja aku kena tegur dia, D cakap aku cakap dengan dia macam dia tu bukan orang.. Hmmm.. Kesian dia…
D sekarang dia cuba slow-slow untuk berubah, dengan semua boyfriend dia pun dia dah tak berhubung semua.. Dia pernah cakap dia cuba untuk move on sebab dia tak nak dah buat macam tu…
Sekarang pun dah nampak dia punya kelakian, dia dah simpan janggut semua.. Solat, kawan dengan lelaki, kawan yang macam spesies dia pun dah kurang, cuma ada seorang kawan dia ni, sama macam D, tengah usaha untuk berubah semua…
Sebenarnya golongan yang macam D ni sangatlah ramai, mereka ni ada community-community yang menghubungkan mereka…
Tapi satu jelah D ni dia kena aku yang selalu ingatkan pasal solat, kalau tak dia memang tak solat. Contoh kalau aku Offday (kami offday beza hari) mesti dia tak kan solat.
Kalau dengan aku je dia akan solat sebab aku selalu akan suruh-suruh dia solat, kalau tak aku memang bagi tazkirah lah, kadang aku penat nak bebel aku cuma cakap depan-depan dekat dia “Ya Allah, semoga D diberi hidayah untuk berubah”… Lepas tu dia senyum2 je..
D ni kan lembut, macam perempuan sikit, kulit pun cerah.. Lagi cerah dari aku, jadi perempuan2 dekat tempat kerja aku ni suka sangat sentuh-sentuh si D.. Tempuk tamparlah, pegang2 lengan dia laa tanpa berlapik ye… Tanpa berlapik.. Dan dia tak marah pun…
Tapi kalau aku yang tersentuh dia ke apa, tapi berlapiklah mesti dia akan bebel2 cakap eee apaa sentuh-sentuh dia.. Masalahya aku tak nak sentuh pun.. Dah tersentuh nak buat macam mana…Dan bukannya bersentuhan kulit pun…
Aku betul-betul nak move on dari D sebab aku memang betul-betul tak boleh anggap dia kawan dah.. Sebab aku masih ada perasaan dekat D lagi walaupun on off..
Kadang aku rasa D ni suka aku jugak tapi entahlah… Aku tak suka main tarik tali macam ni, kalau betul dia suka aku, aku rasa aku okey je nak terima dia kalau dia betul-betul nak berubah..Tapi itulah perubahan dia tak konsisten. Jadi aku macam dah malas nak basi-basi..
Aku sekarang tengah berusaha buang dia dalam hidup aku dengan silent treatment, sebab aku betul-betul terseksa dengan perasaan aku sendiri. D kadang tak fikir pun perasaan aku, lebihkan kawan-kawan lelaki dia sekarang.
Hmm.. Aku tahu aku cam redflag dalam confession ni, tapi aku pun dah penat makan hati. Tapi aku sayangkan persahabatan aku dengan D.
Aku tahu ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih baik. Aku buntu sebenarnya.. Dan aku rasa aku macam budak-budak sebab tak boleh buat keputusan sendiri. Aku perlukan pandangan dan pendapat dari pembaca-pembaca semua. Terima kasih..
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Klau mngikut usia perkenalan awk n D tu, dah bole sgt tahu isi hatinya, dan dia pon macam boleh ikut je ‘rentak’ awk tu.. klaw benar2 yakin boleh hidup dgnnya sbg suami-isteri, teruskn jela.. sbb klaw awk masih ‘in denial’ n cba jauhkn diri, nt awk jugak yg ‘frust’ akhirnya.. sebaiknya, cuba buat solat istiqorah dan rsakn hati awk ‘cenderung’ ke arah yg mne.., klaw lebih berat kpd D, teruskn lah, kluarga awk pon dah kenal dia.. cuma bila dah bekeluarga nt, cuba ubah cara hidup dgn cara mendekatkn diri dgn Allah n hadir program2 agama.. supaya kehidupan awk sekluarga akn jd ‘normal’ spt pasangan2 lain dan bole membimbing antara satu sama lain ke jln yg “lurus” dan benar, apatah lg bla dah ada ank2 nt, sbb D tu yg berperanan utk membimbing isteri & ank2 nya.. Wallahua’lam
Wat ape la ko ni susahkan diri sendiri, ko confess jer kat dia terus, move on la kan…. so confess jer kat dia, so settle masalah ko
masa dia nak, ko reject dia… so dia takkan cakap lagi dah, kalo ko yang cakap direct maybe dia akan terima. korang dah get along lama kot, dan ada keserasian. confess je sekali, kira gamble la.. cakap je dalam nada main2…. cth; aku dah malas la nak cari2, susah lak, aku kawin je la ngan ko… nak tak? hahahhaa..
Ermmm tukar topik kejap.. nak tanya, boleh ke lesbian kawen dgn gay… Jgn kecam sy… sy cuma nak tahu….