Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan-ii/).
Untuk part III, (https://iiumc.com/suamiku-bekas-banduan-iii/).
Assalamualaikum semua.. Akak Suzuki sini. Maaf lama menghilang.. Entah apa lah yang aku terpaling bizi sangat kan. Haha.
Harap masih ada yang ingat dan sudi baca coretan aku kat sini. Ini dah konfesyen ke empat aku tulis pasal pengalaman first hand suami aku bernama Panasonic di penjara.
Aku baca semua komen dan aku cuba untuk jawab mana yang boleh sehabis baik.
Lagipun, ini kan bukan pengalaman aku. Ini pengalaman suami jadi tak berapa manis pulak rasa kalau aku asyik korek kisah pahit dia kerap sangat. Jadi aku ceritakan balik apa yang dia cerita saja lah ye.
Aku janji haritu nak sambung pasal Panasonic kena pindah penjara kan. Ok kita mula dari situ.
Masa ni, Panasonic masih di sel asing di penjara yang amat menggerunkan iaitu penjara simpang renggam, johor.
Aku ada cerita kan sel asing ni untuk tempatkan banduan yang keluar untuk sebutan mahkamah. Banduan ni akan diasingkan kejap selama 7 hari sebelum dicampur ke sel biasa.
Sel asing ni antara pengalaman yang paling tak best la bagi Panasonic sebab sel tu amat menyeramkan. Dah la situ kawasan jin bertendang. Dengan kotornye.
Duduk sorang-sorang dalam sel bertemankan timba berak dan satu gayung je. Nak solat sangat susah. Nak tayamum, rasa was-was sebab kebersihan beristinjak tu hmmm.. Paham-paham je lah air dapat bawak 1 gayung je. Mandi 2 kali satu hari dan itulah saja waktu kau boleh keluar dari sel.
Dekat tempat mandi tu ada jamban open. Orang yang lalu nak pergi mandi akan nampak orang tengah berak sederet macam berbaris gitu. Haha. Dekat situ jugak lah banduan sel asing akan buang taik dari dalam timba masing-masing.
Berdekatan tempat mandi ni jugak ada sel asing yang paling hardcore untuk banduan yang bermasalah. Sel paling gelap dalam tu.
Kalau tak silap diorang ni langsung tak boleh keluar kot sebab pernah Panasonic lalu situ, ada banduan dalam sel hardcore tu ketuk-ketuk pintu tanya “Woi harini hari apa woi?!!” haha punya lost count dah kawan tu..
Satu hari tu masa hari ketiga atau keempat Panasonic dalam sel asing, cikgu (warden penjara dipanggil cikgu) datang ketuk tiang pintu sel.
“Ting! Ting! Ting!” bunyi cota berlaga dengan besi.
“Bangun.. Bangun!!”
Panasonic yang tengah tidur bangun terpinga-pinga. Masa ni tengah pagi buta kalau tak silap dalam pukul 4 pagi camtu.. Rupanya Panasonic akan dipindahkan ke penjara baru di machang, kelantan.
Maka Panasonic pun keluar dan pergi buang taik apa semua, pastu beratur dengan banduan lain nak naik bas untuk rombongan cik kiah ke kelantan. Haha.
Diorang naik 2 biji bas hitam yang ada gril besi tu. Dalam bas ni ada toilet kalau tak silap sebab diorang kan tak boleh berhenti kat rnr. Kang ada pulak yang nak turun kencing lah, beli jagung cawan lah, kuih pau lah. Elok-elok ada 60 orang kang tinggal 13 orang je. Hahahaha!
Tapi perjalanan kan jauh dari johor nak ke kelantan, jadi diorang berhenti kat penjara di pahang untuk makan tengah hari. Lepas tu dah takde berhenti. Takde nak beli beli keychain I love pahang ke apa ke eh.. Haha.. Malam baru sampai kat destinasi dituju.
Sampai je penjara machang, Panasonic rasa lega sebab penjaranya baru dan bersih. Satu sel pulak 3 orang je berbanding di johor yang satu sel 12 orang.. Rasa aman sikit kot mungkin.
Penjara baru ni selesa cuma kekurangan nya selalu takde air. Kerap jugak diorang kena angkut air dari lori masuk ke sel masing-masing. Memang agak leceh dan tak selesa. Diorang bukannya boleh keluar sel selalu kan. Jimat-jimat jelah air tu.
Itu jelah bezanya di situ. Pengalaman lain lebih kurang je sama dengan penjara lama.
Hujung minggu ada riadah tengok tv. Selalunya cikgu akan bawak vcd la untuk banduan tonton ramai-ramai.. Filem hollywood lah selalu. Kalau kitorang tengok tv kan pastu Panasonic ni cakap “Eh cite ni macam pernah tengok je… ” ha paham lah aku.
Kalau taknak tengok tv, boleh baca novel. Panasonic suka jugak baca. Dalam tulah dia kenal novel tulisan ramli awang murshid. Best dia cakap. Banyak jugak dia baca..
Sekarang ni hmmm harammm nak membaca. Baca buku sekolah anak je “Isikan maksud tersirat melalui gambar rajah diberikan.. ” haha
Panasonic kerja mesin rumput dalam tu. Boleh je dia tak kerja tapi nanti bosan dia cakap. Sekurangnya ada jugak aktiviti untuk dia habiskan masa siang kan.. Lagi satu, mesin rumput ni seronok jugak dia kata sebab boleh kutip puntung rokok yang cikgu-cikgu buang.
Selalunya rokok yang tak habis hisap tu diorang kutip pastu sambung hisap. Ish ishh gigih sungguh..
Sebut pasal rokok, Panasonic pernah berkongsi rokok dengan banduan yang ada hiv. Masa tu dia tengah bertugas agihkan makanan kat blok sel. Habis tugas, hisap rokok dengan kawan tu. Pastu cikgu nampak dan tegur Panasonic.
“Kau jaga-jaga sikit dengan dia tu, dia ada hiv tau. “
Gelabah beruk lah Panasonic. Lepas tu tobat lahum dah dia nak kongsi apa-apa dengan dia tu. Memang lah hiv tak berjangkit melalui air liur tapi takut jugak kalau2 bibir dia ada luka ke apa kan.
Dalam tu kan penyakit kulit tu perkara biasa berlaku. Panasonic pun berkudis-kudis kulit dia. Aku ada cerita dalam episod kedua kot.
Alhamdulillah takde jangkit.. Kalau ada, tak kahwin lah kitorang kan. Hihi.
Ada yang bertanya macam mana aku dan Panasonic berkenalan dan macam mana penerimaan keluarga.
Aku berkenalan dengan Panasonic ni melalui fb. Tapi kitorang ni duduk satu daerah je. Jadi kenalan tu ada yang mutual friends lah.. Gitu..
Sejujurnya pasal status Panasonic sebagai ex-convict ni, aku rahsiakan daripada keluarga aku. Kawan-kawan aku pun takda siapa yang tahu.
Aku takut kalau-kalau keluarga aku tak boleh terima atau judgemental. Jadi aku decide untuk rahsiakan saja benda ni sampai mati. Apa-apa jadi, aku tanggung sendiri.
Sebab keluarga Panasonic jugak langsung takde sebut dah pasal kisah silam dia. Mak-mak, bapa saudara, sepupu-sepupu, orang kampung dia pun semuanya layan macam biasa. Macam takda apa berlaku.
Kalau diorang semua boleh maafkan dan move on, takkan aku yang baru kenal Panasonic nak berlebihan judge dia?
Lagipun kalau korang kenal dia, memang takkan boleh sangka langsung. Sebab dia memang sangat baik dan berbudi pekerti. Malah ayah aku jugak suka mintak tolong dengan menantu kesayangan dia ni. Dia sangat ringan tulang orangnye.
Aku harap, kisah silam Panasonic ni berkubur saja di sini. Dia pun dah berubah dengan sepenuhnya. Aku taknak benda ni sampai ke pengetahuan anak-anak kami.
Satu lagi, majikan Panasonic pun tak tahu pasal ni. Aku tak pasti sama ada diorang tak tahu, atau pura-pura tak tahu dan pejam mata. Sebab dia pun seorang pekerja yang cemerlang dan takda masalah.
Apa-apa pun, doakan supaya rezeki Panasonic masih panjang di situ. Tapi kalau allah berkehendak, kami redha saja. Insyaallah ada rezeki di tempat lain.
Tapi korang pun kena jaga rahsia ni jugak tau! Korang pun sama subahat sebab dah baca sampai 4 episod kan. Admin pun sama. Hahaha.
Sekadar bergurau. Ok lah cukuplah takat ni. Nak lagi ke next episod? Larat ke baca? Hahaha ok byeeee.
– Suzuki Daiken (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ada lagi ke sambungan?? sampai 10 episode pun saya baca je kak. best! ada tak cerita disebalik suami akak kena masuk? kena aniaya ke apa ke mmg plan ke.
apa apa pun, semoga akak dan suami terus dilancarkan rezeki, suami akak pun baik je kan, semoga dipermudahkan urusan dia..
baca siri 1 perenggn ke-5.
adik, teruskan teruskan. sampai satu novel pun saya baca
pengalaman dalam penjara membuat panasonic seorang yang appreciative
saya doakan panasonic, suzuki dan anak anak mendapat Rahmat Allah selalu . . . aamiin