Tawar Hati Suami Penipu & Gangguan Jin

Assalamualaikum semua pembaca.. Aku Teha. Dari kecil, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Hidupku agak susah semasa zaman belajar dulu tapi aku ok sebab kesusahan itu yang membawa aku menjadi wanita bekerja yang berjaya.

Aku tanamkan cita2 untuk ada sebuah rumah & sebiji kereta sebelum usiaku mencapai umur 30. Alhamdulillah semua itu tercapai pada usiaku lewat 20-an.

Sekarang, aku telah punya 5 anak dengan sepasang kembar. Nampak macam cerita novel happy ending kan. Tak! 8 tahun lalu, aku diuji. Rupanya suamiku penipu! Dia ambik duit aku tanpa pengetahuan, dia jual barang kemas aku sampai aku togel.

Dia penjawat awam dengan gred tinggi. Namun slip gaji dia tak pernah ditunjuk pada aku. Sewa rumah, pengasuh anak dia tak bayar. Pada masa tu aku ada minta tolong pada Ibu mertuaku untuk slow talk, tanyakan apa masalah dia.

Korang tau apa nasihat mak mertua aku? Mak mertua aku suruh bercerai, siap ugut..”anak2 jangan ambik”.

Ok baik! Masa tu aku dah buat keputusan untuk bercerai tapi disebabkan kesian pada suami penipu aku tu, aku bagi peluang. Sebab apa? Sebab dia baik sebenarnya. Anak dan menantu yang baik, bapak yang baik cuma dia penipu!!

Selepas insiden aku keluar dari rumah dan ingin bercerai, dia berubah sepenuhnya.

Kami bahagia seketika. Dapat mengerjakan Umrah sama2, bercuti satu family sama2. Semua nampak bahagia sampailah satu hari dia langsung tak bagi aku sentuh telefon dia.

Korang tau apa yang berlaku? Ahlong cari dia. Hancur luluh hati aku. Minggu tu aku terus ke pejabat agama. Kami melalui sesi kaunseling.

Plot twist, Mak mertua aku telefon merayu jangan bercerai. Mak mertua aku merayu suruh aku tolong anak dia. Aku ni mmg sejenis manusia baik (huh!) dan lembut hati.

Boleh pulak satu hari lepas sesi kaunseling pejabat agama, kami singgah ke kedai makan untuk bincang plan selepas bercerai, tengah2 duduk sambil masing2 layan perasaan tulah tiba2 kedai tu main lagu P.Ramlee “Jangan tinggal daku”!

Apakah? Berjurai air mata aku kat kedai makan tu, nak2 pulak suami aku tu dengan muka terpaling kesiannya. Aduh. Kadang aku taktau apa aturan Allah untuk aku.

Kalau korang nak cakap aku bodoh pun, aku terima. Aku tolong dia, aku buat pinjaman untuk dia bayar semua hutang Ahlong. Dia kata dia terjebak dalam pelaburan sampai hangus semua simpanan. Dia harta sebijik pun takde. Padahal gaji dia besar dari aku.

Aku taktau sampai bila aku akan bertahan. Mak ayah aku mmg sayang dia sebab dia baik. Orang sekeliling semua cakap dia baik. Sumpah. Kalau aku bercerai, memang semua akan terkejut sebab dia baik.

Keputusan peperiksaan anak2 aku pun tak memberangsangkan. Aku kaitkan dengan duit haram Ahlong dengan pelaburan ntah apa2 yang dia bagi kami makan.

Aku betul2 tawar hati. Tapi bila terkenangkan aku akan isi borang cerai tu, air mata aku tak berhenti2 keluar. Aku takut masa depan anak2 aku yang dalam fasa kritikal ni akan terjejas.

Aku fikir, biar aku berkorban kena tipu seumur hidup demi anak2 aku tapi dalam masa sama selagi aku jadi Isteri dia, aku berdosa kalau aku tak layan dia sbg suami. Kadang aku berleter, kdg aku pendam.

Aku buntu. Aku penat jadi baik. Aku penat dengan hidup. Aku solat hajat, tahajjud, taubat, tapi aku masih penat.

Kadang aku rasa nak je jadi jahat. Tinggalkan suami penipu, pergi kat lelaki yang nakkan aku. Takkan dia boleh buat jahat, aku yang cuba jadi baik sampai mati ni yang kena tanggung semua masalah dia. Hidup kat dunia ni sangat memenatkan.

Hidup aku juga diuji dengan gangguan jin. Sihir pemisah mungkin. Terus terang aku cakap, aku tak cantik tapi aku beberapa kali diuji dengan ‘gangguan’ lelaki dari sebelum kahwin sampai last masa tu aku dah anak 3. Hampir aku buat report polis.

Pakaian, percakapan aku pun macam makcik2 je. Cuma orang selalu cakap aku ni lemah lembut. Tapi itu ujian aku dulu. Alhamdulillah walaupun aku penat & terfikir nak jadi jahat (jahat punya syaitan!), hati aku sikit pun tak teringin benda2 macam ni.

Aku tengok simbol love, video sweet2 orang dalam medsos pun aku meluat. Agaknya sebab tu Allah uji aku dengan suami penipu pulak. Gangguan Jin ni pun aku dah mls nak berubat. Penat!! Suami aku yang selalu bawak aku berubat sana sini.

Sorry korang kalau penulisan aku ni kucar kacir. Hujung2 penceritaan ni anak kecik aku tengah menangis. Korang jangan kecam. Aku ni jiwa lemah. Moga korang bagi nasihat yang baik2.

– Fateha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Dah kenapa pulak awak nak tanggung hutang dia, mintak duit gaji dia, suruh dia bayar balik yang dia tipu, tak bayar ugut proceed cerai. Jantan macam tu lagi tolong lagi naik lemak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *