rebel stage seorang remaja keliru

Assalamualaikum semua. Nak cerita sikit ttg kisah hidup saya & minta pandangan semua.

Saya berasal dr keluarga yg susah, ramai adik beradik, ayah ibu tidak ada pekerjaan tetap. Disebabkan tu, saya diambil oleh keluarga angkat iaitu yg saya panggil Mama dan Abah skrg. Mama dan Abah tak dikurniakan anak lain. Mmg dari kecil sampai skrg saya tinggal dgn mereka.

Abah saya seorang polis, jd dia mmg seorang yg tegas. Mama saya biasa2 je cool, baik, penyayang. Dr kecil saya dikongkong oleh mama dan abah. Tp saya tak pernah pun complain, sbb saya fikir ye lah mungkin ada baiknya. Dari usia saya baru boleh berjalan, saya tak pernah keluar rumah kecuali pergi tadika atau jalan2 tu pun dgn mama abah. Kawan2 di sekeliling rumah pun saya tak kenal sbb mereka tak bagi kawan.

Saya selalu tengok ikut luar tingkap je, teringin sangat nak buat apa yg kanak2 slalu buat. Main bola, kejar2, lumba basikal. Saya pernahkan suarakan dkt mama abah saya nak belajar basikal. Lepas tu diorang belikan basikal, tapi suruh saya main di dalam rumah je. Bayangkan rumah saya kecik rumah flat aje, memang tak de ruang nak main pun. Memang saya fail lah masa tu, effectnya sampai skrg tak reti naik basikal. Bnyk lg benda saya x reti esp. sukan2 mcm badminton ke, berenang ke. Sbb tak diajar dan tak diberi peluang belajar.

Bila saya masuk tadika dan sekolah, memang awkward sangat pergaulan dgn org sekeliling. Nak berkawan pun saya tak reti. Selalu berkasar dgn orang dan tak tahu macam mana kawal emosi. Saya jadi mcm ni pun sebab ayah saya mmg selalu pukul atau marah kat rumah. Kalau buat salah apa pun, tak de nye nak bincang2 or nasihat dulu, terus hinggap je hanger tak pun tali pinggang.

Jadi dari kecik keje saya memang belajar, belajar dan belajar. Keluar rumah semata2 nak gi sekolah atau tuisyen je. Mak ayah hantar tuisyen sejak tadika sampai la ke form 5 tak pernah stop. Keputusan saya alhamdulillah tak pernah tak cemerlang sebab ye lah saya bukannya ada kerja lain pun, belajar je.

Eventho saya anak tunggal, saya tidak diberi kemewahan langsung oleh mama dan abah. Handphone pun boleh start guna form 5 rasanya. Duit tak pernah ada sbb kena belanja cukup2 je, yg lain kena simpan bank. So masa tu mmg kawan tu tak ramai. Just kawan yg jumpa di sekolah/tuisyen setiap hari je. Nak keluar lepak mall ke hujung minggu ke gi kenduri/open house mmg mama abah tak bagi langsung. Kalau org tgk saya, mmg org cakap saya ni anak yg baik, budak yg baik sbb saya mmg buat apa yg mak ayah saya suruh.

Benda paling nakal yg saya pernah buat masa sekolah menengah pun just ponteng sekolah, tu pun masuk kelas balik sebab takut. Kali pertama buat jahat, kali pertama kantoi pulak tu. Memang kena teruk la dgn mama dan abah, lagi la diorang ketatkan pantauan ke atas saya. Pergi balik sekolah dan tuisyen tak bagi naik bas, kena hantar dan jemput.

Alhamdulillah saya berjaya ke matrik dan universiti skrg. Sejak tinggal jauh dr mama dan abah (matrik dan U) saya rasa sedikit kebebasan. Tp saya sendiri tak tahu nak guna kebebasan tu mcm mana, rasa awkward. Kawan2 pun mmg tak berapa suka saya sbb perangai saya mcm abah saya gak la. Suka marah, emo, kasar, tak bergaul sgt dgn org.

Skrg ni sdg dlm fasa "rebel stage" rasanya. Sbb saya mula jadi the person yg saya tak pernah jadi. Saya keluarkan duit simpanan, beli barang2 yg tak pernah saya dapat dan saya teringin nak beli. Iphone, beg berjenama, baju, make up, gadgets lain. Macam remaja2 normal yg lain. Saya mula kisah ttg penampilan saya sbb sblm2 ni mmg mama abah tak pernah beri peluang utk saya kisah. Seingat saya, kali terakhir mama dan abah beli baju utk saya (tu pun stlah penat merayu) adalah dua tahun lepas. Yg lain2 saya terpaksa menabung utk beli.

Selain tu, saya mula berkawan dgn lelaki. Random guys I mean, from wechat la ape la. Lpas tu keluar sama2. That feeling… serius lain. Sbb tak pernah keluar mcm tu. Tak pernah betul2 rapat dgn lelaki. Tp selalunya saya keluar sekali je, lepas tu dah tak jumpa dah. Cuma saya berkawan rapat dgn seorang lelaki ni 3 tahun tua drp saya dan kami keluar bbrp kali. Nasib tak baik satu hari tu, kami dicekup oleh polis (kami dating dlm kereta je, tak buat apa2 pun). Dipendekkan cerita, polis tu call mama dan abah pastu lepaskan kami.

Mmg hati mama dan abah hancur berkecai lps dapat tahu bnda ni berlaku. Saya rasa bersalah tp at the same time, rasa mcm nak blame mama dan abah saya. Sbb tak bagi saya peluang utk explore dunia ni sepuasnya semasa proses saya membesar dulu. Sbb terlalu kolot dan mengongkong.

Sampai skrg ni umur saya 23 tahun, saya masih tak dibenarkan berjumpa kawan, perempuan mahupun lelaki bila saya balik bercuti sem di rumah. Kalau cuti sem 2 bulan, 2 bulan tu lah saya sendiri. Kalau saya ada adik beradik lain tu lain lah cerita, ada jugak peneman. Ni saya berseorangan. All the time. Saya cuma berbual dgn mama dan abah saya yg dah pun 55+ usia skrg. Bayangkan, ada certain benda mmg tak sesuai la nak discuss dgn parents, mmg perlu kawan2. Mmg boleh je mesej, call tapi time cuti semua org busy vacation, lepak semua ada ke masa nak layan saya ni?

Other than that, saya pun ambil inisiatif senyap2 keluarkan duit simpanan dan pergi bercuti sorang2. Tak pun dgn kawan. Saya teringin sgt nak explore, nak pergi tenangkan fikiran sesekali tu. Sbb seingat saya, dari kecik smpai skrg, 2 3 kali je abah mama bawak vacation, tu pun sehari dua je setiap kali tu. Masa lain mmg saya dikurung di rumah.

So skrg ni hubungan saya dgn mama/abah saya agak dingin. Cuti sem ni saya decide utk duduk sorang2 kat hostel. Berfikir, study, berdoa kpd Allah. Mintak petunjuk. Saya nak tahu apa yg patut saya buat next.

Saya nak tanya pendapat, adakah salah tindakan2 saya ni? Adakah normal utk remaja melalui "rebel stage" seperti saya? Dalam hal ini, siapakah yg patut dipersalahkan?

– Daya

CREATE A POST

One comment

  1. Bagi saya, cuba awak fikir balik keadaan semasa awak rasa dikongkong dengan selepas awak dapat kebebasan, mana yang beri kesan yang baik pada diri awak? ya mungkin awak jd mcm weird gila sbb tak jd mcm remaja lain tp dgn kongkongan tu awak berjaya dlm pendidikan skrg. And dgn kebebasan awak yg secara tiba tiba tu awak buat kesilapan yg buat parents awak sedih. Ya mungkin mama abah awak kongkong awak tp mungkin sbb dia takut hilang awak, dorg dah syg awak mcm anak dorg sndiri dan dia takut nak hilang awak sbb awak satu satunya anak yg dia ada. Ayah awak garang mungkin sbb dia taknk awak buat silap, dia takut dia buat silap dlm mendidik jd dia anggap dgn sikap garang dia dpt beri awak pengajaran. Mmg kdg kita sedih tp kita tktahu kenapa sebab dorg buat mcmtu. Parents tahu dan mahu apa yg terbaik untuk anak dia walaupun kdg tindakan dorg mcm kongkong kita. Awak nak try jd mcm remaja lain, bersosial, have fun boleh tak jd masalah. tapi kawal diri, buktikan kat parents awk yg awak boleh jaga diri, boleh berdikari dan buat mereka bangga dengan awak. sbb awak anak dorg satu satunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *