Luahan Surirumah

Assalamualaikum. Saya Mariana, berusia awal 30an dan seorang surirumah mempunyai 2 orang anak.

Sengaja saya meluahkan di sini sebab saya memerlukan kata-kata motivasi daripada kalian.

Saya seorang surirumah membesarkan anak yang masih tadika dan 3 tahun. Jadi surirumah memang seronok sebab dapat lihat anak membesar depan mata. Tapi adakalanya perasaan untuk bekerja makin menebal dalam diri.

Perasaan ini datang selepas saya view stories IG kawan-kawan yang bekerjaya, ada rumah dan kereta sendiri. Senang cerita harta yang mereka perolehi hasil kerja keras masing-masing sedangkan saya hanyalah surirumah yang tak ada harta pun.

Saya tiada komitmen apa-apa. Seratus peratus komitmen terletak di bahu suami. Bila sudah bertahun-tahun menjadi surirumah, teringin nak menjadi hebat dan berjaya macam orang lain.

Mana taknya, kadang-kadang orang pandang surirumah ni sebelah mata je. Kawan-kawan pun malas nak layan kita. Kadang-kadang rasa diri ini macam tak berjaya dan tak berguna.

Saya pernah dapat interview SPA dan berjaya dapat jawatan SPA, tapi saya tolak sebab waktu itu anak masih kecil dan saya berkorban untuk jaga anak saya dahulu tanpa menyusahkan suami saya sebab jawatan itu pun memerlukan saya LDR dengan suami.

Jadi saya berlapang dada untuk tolak kerjaya tersebut dengan harapan ada rezeki lain yang lebih baik di waktu yang terbaik.

Bila saya lihat kehidupan rakan-rakan, saya pun bandingkan dengan kehidupan saya yang mana kehidupan mereka jauh lebih baik mungkin? Tapi saya tahu saya patut bersyukur dengan nikmat yang saya miliki sekarang.

Biasalah manusia, mana pernah cukup. Bila jadi surirumah nak sangat bekerja. Bila dah penat bekerja, nak berhenti pula.

Jadi surirumah seronok juga cuma adakalanya bosan sebab tidak bersosial dengan orang luar contohnya bila bekerja, kita dapat berborak dengan kawan-kawan tempat kerja. Ada tempat untuk meluah dan bergelak ketawa.

Tapi bila menjadi surirumah, hadap anak saja 24 jam. Nak bercerita pada suami, bukan semua cerita suami nak dengar.

Saya bercadang mulai tahun depan nak start cari kerja. Suami juga membenarkan tapi saya tahu di sudut hati suami dia seronok je isteri dia jadi surirumah.

Saya harap kalian doakan saya dapat kerja yang baik, yang mana saya dapat balancekan kerjaya dan rumahtangga saya tanpa perlu membebankan suami dan dapat berikan yang terbaik juga untuk anak-anak kesayangan saya.

Saya perlukan kata-kata motivasi daripada kalian, atau apa saja pengalaman yang mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang Allah aturkan.

Terima kasih sudi baca. Harap kalian menjadi pendengar dan pembaca yang baik untuk semua orang..^_^

– Mariana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam,

    Ada yang kata ke saya jadi surirumah nih senang, berhenti kerja duduk rumah jaga suami & anak. Soalan yang selalu saya ajukan, cukup berbakatkah seseorang tuh untuk jadi surirumah. Surirumah bukan tugasan budaak

    Nak jadi suri rumah kena kreatif, bila masuk dapur, hampir semua jenis lauk kena pandai, hampir semua, semua jenis daging pandai

    • Sambung lol,

      Nak jadi suri rumah kena kreatif, bila masuk dapur hampir semua jenis lauk surirumah kena pandai masak, hampir semua jenis daging kena pandai perap, hampir semua seasoning kena pandai guna, perempuan yang tak ada kreativiti di dapur akan mengalami kesukaran dalam mencorak cara pemakanan keluarga. Sekaligus lebih banyak membazirkan makanan, meningkatkan kos perbelanjaan dapur kerana tak fasih soal cara berjimat cermat di dapur dari bahan asas sampai ke perkakasan dapur.

      Nak jadi suri rumah kena inovatif. Ruang tamu yang kosong, perlu dihias sesuai keperluan keluarga, kalau ada anak, perlu ada kawasan untuk anak enjoy bermain, begitu juga ruang untuk keluarga makan & santai. Semua jenis pemilihan perabut harus ikut size rumah supaya muat semua keperluan. Perempuan yang tak inovatif, ruang tamu akan jadi serabut seperti kapal nak karam. Pembaziran dalam pembelian barangan dan menyumbang pada ruang yang sempit.

      Nak jadi suri rumah kena kritis, perlu cakna tentang bilik mana yang sesuai di buat ruangan tidur suami isteri, bilik mana sesuai untuk anak anak, bilik mana sesuai untuk anak belajar, bilik mana sesuai untuk solat. Pemilihan bilik yang betul boleh mengurangkan masalah ketakutan di waktu malam, supaya anak rasa selamat tidur di bilik sendiri. Tetamu selesa bermalam dirumah anda. Perempuan yang tak kritis, akan alami masalah anak tak nak pisah bilik, anak takut tidur sorang. Ini akan menganggu kualiti tidur bertahun tahun.

      Nak jadi surirumah kena teliti, semua alatan elektrik perlu berfungsi dengan baik & selamat. Ditutup elok selepas digunakan, jika ada kerosakkan perlu segera minta dibaiki. Surirumah yang tak teliti, akan menyumbang kepada rumah yang tak berfungsi, ada 2 toilet, hanya 1 boleh guna, ada 2 sinki, 1 elok 1 tersumbat, ada 10 lampu, 7 sahaja hidup. Ada 12 plug, cuma 9 boleh guna, ada barang elektrik rosak masih disimpan, sekaligus boleh menyebabkan kesusahan & bahaya dalam rumah.

      Nak jadi suri rumah perlu saintifik, perlu tahu pencuci pinggan & periuk apa yang terbaik buang minyak, pencuci lantai mana yang buat lantai dirumah bersih & berkilau. Pembersih toilet mana yang buat toilet bersih & harum. Pencuci baju mana yang bagus untuk keluarga. Surirumah yang tak saintifik, akan buat kan perkakas rumah kotor, berdaki & hitam, lantai sentiasa berkerak, toilet dirumah sentiasa bacin, dan baju family kepam dan bertahi lalat.

      Jadi suri rumah perlu educator, boleh mengajar anak mengaji, bernyanyi, bercerita buku kanak kanak dengan anak, ajar ABC. Boleh mendisiplinkan anak, bilanya waktu makan, bilanya waktu minum, bilanya waktu tido, bilanya waktu main. Perempuan yang tak ada ciri educator, akan menjejaskan hubungan ibu & anak. Ibu melihat anak sebagai beban & anak akan develop krisis dengan ibu dalam tempoh awal tumbesaran.

      Nak jadi suri rumah perlu frugal. Surirumah perlu bijak menyusun kewangan keluarga dengan baik, perlu tahu semua jenis hutang keluarga, semua jenis pinjaman. Perlu elak sebarang pembelian & pengeluaran yang akan menjejaskan kewangan keluarga secara mingguan, bulanan & tahunan. Surirumah perlu pandai selit duit suami waktu gaji mahupun bonus. Surirumah yang culas akan sentiasa mengalami kesukaran untuk stabilkan kewangan keluarga.

      Jadi nasihat saya pada semua para isteri, kalau anda tak ada talent sebagai surirumah elok pergi bekerja. Rumah yang cantik elok, dapat kat anda berdaki dari tempat letak kereta, berminyak sampai ke ruang dapur. Peti ais baru beli yang bersih jadi busuk penuh barang expired, peti ais hitam tak berbasuh. Toilet yang dulu 1st time masuk rumah bersih, sekarang 24 jam bacin. Ruang tamu yang luas, kini jadi tempat baju kering bertimbun, dengan jiran tak pandai nak bertegur sapa. Jadi elok lah anda pergi kerja, sekurang kurangnya bila tetamu datang rumah tak jatuh air muka anda & suami serta anak anak. Orang tahu anda bekerja, jadi rumah yang berdaki boleh jadi alasan anda sibuk bekerja.

      Kepada isteri isteri yang berbakat besar menjadi suri rumah, yang kreatif, inovatif, progresif, kritis, educator & frugal. Saya ucapkan tahniah, dari depan pagar rumah dah bau wangi baju jemuran. Kasut family letak elok, basikal anak tersusun. Tanaman bunga sentiasa segar. Pagi pagi lepas suami & anak anak pergi sekolah, dah exercise cuci parking rumah, dah kemas rumah, kemas bilik, habis urusan, pas mandi, mengadap tiktok tengok ilmu apa nak tambah harinih, ilmu memasak ke, ilmu mekap ke, ilmu tanam pokok ke, ilmu jadi affliate ke. Jiran panggil, join berbual. Masak sentiasa on time. Kawan ajak keluar, minta izin suami dulu. Rumah anda adalah simbolik diri anda. Anda jaga & pelihara, macam anda jaga diri anda. Your house is your image, nama pun suri rumah, kalau rumah indah & permai jadilah Permaisuri Rumah. Suami & anak anak anda happy balik rumah bukan sebab rumah tapi sebab anda ada dalam tuh. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

      Tutup salam.

  2. saya dari mula bercinta saya dah highlight kat husband saya yg saya nak kerja, saya tau dunia saya bukan terperap dirumah, sini saya kongsikan saya punya cara
    1. yuran taska saya yg tanggung since saya yg berkeras nak kerja
    2. jangan kejar sgt career development, as long as dapat pergi kerja on time, balik on time, then okay. balik je rumah, buang semua masalah yg terjadi kt office tu, and pada saya, x sesuai sebagai isteri yg bekas surirumah untuk pilih kerja yg melibatkan shift siang dan malam, susah nak uruskan hal taska dan masa bersama keluarga jadi limit.
    3. saya balik kerja biasanya maghrib baru sampai, so masa makan malam tu try settlekan anak then makan berdua dgn husband, sembang-sembang hal harian masing-masing, baru x bosan.
    4. pagi-pagi saya yg uruskan anak, dari kejut, sampailah hantar dan ambik anak dari taska, since saya yg nak kerja kan, sometimes je saya minta husband uruskan itu pun ada sebab macam x sihat ke atau apa-apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *