Company Pelik

Hi semua, nama aku Getah. Aku dah kerja nak dekat 5 tahun. Tapi kali ni first time aku jumpa company yang pelik.

Bagi aku pelik tapi aku rasa dan baca ada company lagi pelik. Cumaya yang sebelum nih aku kerja bagi aku normal. Aku nih nak cari kerja baru lepas dah kerja lebih 3 tahun lebih dekat company lama.

Aku berniat nak masuk “kilang” sebab bagi aku jawatan aku kalau masuk kilang lebih luas dan dapat tambah banyak ilmu baru. Aku pun dapat offer satu kilang yang boleh dikatakan “MNC” jugak.

Masa iv aku sangat la tertarik dengan kilang tuh HR manager dia adalah melayu aku pertama kali jumpa HR Manager melayu selalu cina.

Aku bangga sangat akhirnya jumpa orang melayu as HR Manager masa iv akan sangat suka cara HR manager nih sangat santai dan tak formal kita ibarat macam berborak share tentang each others punya experience dan dia pun bercakap tentang kilang dia.

Yang buat aku lagi tertarik is dia kerja situ a year lepas kilang tuh dibuka sampai sekarang. So kalau orang boleh kerja lama means bagus la kan company tuh.

So aku pun tunggu keputusan after two weeks dapat offer. Masa dapat offer company lama counter offer tapi sebabkan aku nak kan suasana kilang tuh aku memang nak terima kerja nih.

Sebelum masuk aku ada tanya “environment dekat situ” dia kata environment biasa ja office kita open semua dep bekerja dekat tempat yang sama termasuk MD.

Aku okay ja should be takda masalah.

1) Tiba la first day, aku masuk situ awal-awal biasa tapi masa proses nak onboarding baru aku tau handphone tak dibenarkan dekat working area.

Aku macam pelik la jugak sekarang zaman ws kan tapi maybe company nih memang tak guna phone untuk ws langsung semua by sistem.

2) Tak boleh keluar lunch. Yang nih aku terkejut semua pekerja tak boleh keluar lunch kalau nak keluar kena isi borang dan tak boleh lambat seminit pun.

Aku nih “melayu” so aku kena handle makanan cina yang non halal sebab tak boleh keluar lunch.

Depa ada kedai yang akan hantar everyday so aku akan check whether ada order tertinggal or tak even it is non halal and confirm ada b*b* .

3) Kalau nak p klinik, kena p klinik panel sahaja klinik panel ada banyak tapi kena pergi 1 ja sebab yang tuh sangat kawtim dengan company. Sapa yang tak p panel klinik akan kena panggil one to one dengan HR.

4) Suka ambik kerja dep lain semua kerja benda takda kena mengena or even position tuh ada pun tetap minta orang lain buat sebab tak percaya dekat dep lain.

Kalau nak ambik cuti sangat susah tambah2 unpaid leave even unpaid sangat susah. Kalau tak bawak access card even dah isi borang tetap kena potong gaji.

Kalau nak p klinik panel kena ambik slip baru tak berbayar kalau tak kena bayar pakai duit dulu.

Akhirnya, aku resign sebab aku tak boleh cope dengan environment yang macamtuh. Aku menyesai resign, hahaha ingat kan boleh kerja sampai 60 rupanya tak sampai setahun.

So kalau dapat offer mana2 better siasat dulu kalau tidak jadi macam aku.

– Getah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. hr mcm masalah mental je ahahah.. semua xboleh. pelik.. kaki kipas boss sgt. xcare pun psl staff.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *