I, The Awkward Baby

Pernah tak kau rasa kewujudan kau kat dunia ni kosong tak ada nilai?

You, yourself doesnt have value worth counting?

————————–

Sejak lahir aku langsung tak ada kelebihan.

Beranak pun cacat, punggung keluar dulu. Kesian mak aku. Beranakkan aku lagi sakit dari beranakkan adik-adik yang lain.

Dalam mak berpantang, beberapa minggu lepas tu discover yg leher aku pulak teleng. Abah yang kerja terpaksa ambik cuti untuk jaga aku sama-sama dgn mak.

Kumpul-kumpul duit, beberapa bulan punya gaji baru lah berjaya bayar untuk treatment leher teleng ni.

Bila membesar, aku tak ada common sense. Biasanya orang umur dua tahun, tiga tahun lagi dah nampak dia punya peramah, ada yang kecik-kecik dah pandai ambik hati mak bapak tak payah diajar, kecik-kecik dah pandai main masak-masak.

Aku tak ada ciri semua tu. Masa kecik aku pasif gila. Duduk diam, makan nak kena bersuap, tak suka pegang-pegang barang discover pape. Just a plain baby. Otak mcm tak function.

And I always messed up.

Disebabkan aku tak ada common sense macam orang lain, I do not make many friends. Mostly yang cuba nak berkawan dengan aku akan end up tak suka aku sbb perangai aku yang tak ada logik akal langsung. Robot.

Ingat lagi masa kecik dulu, abah nak peluk aku sebelum dia pegi keje. Masa tu aku tengah duduk tengok tv. Abah datang dekat je terus aku tendang perut abah sampai dia tertolak ke belakang. Abah terkejut, pastu marah lah perut dia kena tendang kot.

Aku pulak boleh gelak thinking it was fun. Mak datang terus back up, "Takpe la.. dia kecik lagi tu. Nak bergurau la tu.."

Dah kena back up lagi lah aku suka.

Bila fikir balik, apa jenis manusia aku ni? Anak setan kah?

Itu baru cerita masa kecik. Banyak lagi sebenarnya yang pelik pasal aku zaman kekecik tu. Jahat nak mampus tapi tak rasa diri jahat. Dah besar-besar gini, akal dah cukup baru rasa macam nak hentak-hentak dahi, punya dajjal nya rasa.

Okay, enough with childhood stories. Skrg aku continue dengan cerita zaman remaja pulak.

Sejujurnya, makin aku membesar makin aku bersyukur pd Tuhan sbb hadirkan macam-macam jenis experience kat aku sampai I learned the hard way. Lama-lama, pengalaman-pengalaman tu sendiri yang menyiumankan aku.

Seumur hidup, aku pernah khianat kawan, jadi batu api, mulut busuk, selekeh, tak peka sekeliling, yes I was that person.

I was so clueless didnt know what I did was wrong. Aku khianat kawan, tapi bila kawan puts revenge kat aku, aku play victim sbb fikir aku tak pernah bersalah kat dia.

I was so stupid.

I was selfish, self centered and due to that, people refrain from me.

Aku hilang kawan baik sebab ni. My closest cousin dah jadi macam stranger disebabkan aku yang bermasalah. I hate myself deeply and really.

But gratefully, disebabkan attitude dan personaliti aku yang sangat awkwardly mute but dajjal, consequence yang hadir ketika aku remaja ni mematangkan aku.

Bila aku dipulaukan, aku mula fikir apa yg telah aku buat selama ni. Kenapa aku dipulaukan? Diorang mengumpat aku? Mengumpat pasal apa?

And I found out the hard way. Hati bengkak beb, berdarah masa tu. Yelah first time bukak mata aku kot.

It's about my hygiene, the way I treat friends, the selfishness…

Tak bertegur jugak lah aku dgn diorg berbulan2. Sentap. Tapi perlahan-lahan, dalam ego-ego aku, I improve myself senyap-senyap. I start to take care of my hygiene, think about others first, cuba jadi lebih peka and start being a good friend.

It was awkward at first, nampak sangat try hard nya. Aku diketawakan sbb aku tak ada seni utk memulakan. Ada orang boleh crack jokes effortlessly. Aku, cuba buat joke, tapi orang pulak tak gelak.

Lama-lama aku down sbb still apa yg aku usahakan, sikit je menjadi.

So disebabkan aku terus menerus dipulaukan, aku pun ambik keputusan utk fokus pada study. Alhamdulillah wei, 7As for my SPM out of 9 subjects. (Civil Engineering, aku sekolah teknik dulu).

That was a start to all other things. Sejak akademik ok, aku improve kan jugak benda lain.

Aku dah normal. :)

Dah reti socialize dengan orang, be proaktif, and now I am currently a Vice President of Student Council di salah sebuah universiti awam.

I know how to debate, I love intellectual things, brainstorm, padahal aku tak ramai kawan sangat.

Tapi satu la. Walaupun aku dah improve in many ways, I cannot get rid of one thing:

Introvert.

I love being alone.
Walk alone, study alone.
Not that I am antisocial, aku boleh je blend in dgn ramai orang, be friendly, tapi bila dah sampai satu tahap, I need to be alone to recharge myself.

Kali ni semua pelik dgn aku bukan sbb aku ni ada bad habit mcm dulu-dulu tu, tapi, my introversion.

Dan bertambah pelik, walaupun aku introvert, aku boleh lead orang. Aku boleh perform. Academic pun aku boleh dapat pointer 3.8+ something without studygroup dgn orang. Which means I am not stupidly independent. I am the smart one.

I dont have any bestfriends but aku still tegur semua orang. Kenal orang. Cuma utk hang out sama tu aku liat sikit la. It's like people try to be in my circle but I block them out.

Melainkan it's an occasional meeting, annual gather ke, then I accept. Lepak sama suka-suka? Payah sikit.

Some people think I'm cold.
Sombong.

Aku okay je. Dah biasa. Lagipun aku join usrah sekarang. Selalu pergi daurah, rehlah, liqa', best gila berbulatan dgn usrahmates.

Kalau aku sombong, takkan lah aku boleh blend dgn orang tak kisah bodoh pandai kaya miskin kt dlm usrah tu?

Haha.

Tudung aku pun dah labuh.
Alhamdulillah.

Cuma tu lah, traits yg masa kecik susah nak buang. Which is, tak ada common sense.

I still cannot crack jokes melainkan lawak hambar.
I still cannot be an effortlessly concern person. Tindakan aku sentiasa perlukan pertimbangan yg agak lama.

Nampak abah penat, aku fikir dulu. Should I massage him? Should I take a glass of water to him?

Pastu baru lah aku buat. Tak adanya spontaneous macam orang lain.

Tetamu datang rumah, aku dah menggelabah. Nak buat air apa ni? What kind of conversation should I start with them? Air sejuk ke air panas sesuai? Should I open television to entertain them?

Hmm. Sampai aku penat berbual dgn kepala aku sendiri. Aku rasa macam aku ni ada some kind of disorder ke something. Entah. Lain gila dgn orang lain.

Dan parents aku pulak jenis biar je. Takde nak bebel ke marah ke bila suruh pape. So apa yg aku belajar semua hard way. Aku yg find out sendiri. Sometimes I wish abah dgn mak garang. So aku jadi macam anak-anak dara duduk kampung tu. Tahu je apa benda dia nak buat.

Hmm. Now, aku bukan dajjal lagi dah. Aku dah siuman. Cuma I am awkward in person. Awkward. Everything I do, awkward. I keep messing up and I need help.

—————————

So, what do you think of this? Of me?

I hope I'll get constructive responses from all of you soon.

Thank you for reading this such long post.

– Sarah N

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *