Hi semua, aku Kakak Convey. Sebelum ini aku pernah post 3 confession pasal nak beli rumah. Ini merupakan posting ketiga aku.
Untuk makluman aku baca semua komen korang dan ada dm beberapa individu yang memerlukan bantuan namun sayangnya ramai yang tak respond sebab ingat aku scammer kot hahaha. Tapi tak apa aku faham.
Previous, ada yang minta aku share pasal beli tanah. Yes, post kali ni aku akan cakap sikit pasal pembelian hartanah. Link previous confession di bawah ni.
https://iiumc.com/korang-nak-
https://iiumc.com/korang-nak-
https://iiumc.com/loan-rumah-
Trend pembelian tanah lot sekarang ni semakin banyak demand especially di kawasan radius 50km dari kawasan yang lengkap dengan fasiliti. Tapi area klang valley dah mustahil untuk dapatkan tanah lot dengan harga berpatutan.
Cuma kalau luar dari Selangor or negeri – negeri lain aku rasa ada je tanah dengan saiz dan keluasan yang mampu milik.
Oke, pemilikan tanah ni sebenarnya sama je macam kalau korang beli rumah. Tapi beli tanah ni kurang jadi pilihan orang ramai sebab costing untuk beli tu dah satu hal, lepas tu nak kena keluarkan modal sendiri untuk buat rumah pulak.
So akan ade dua kos tambahan yang akhirnya akan jadi beban kepada pembeli sekiranya proses pembelian tu tak di jalankan dengan baik. Tapi ada sejenis skim binaan rumah pertama dengan bantuan kerajaan ditawarkan tapi dengan syarat korang kena ada tanah sendiri dulu. Baru layak mohon.
Aku tak sure permohonan tersebut dibuka lagi ke tak. Aku share sikit perkongsian untuk korang yang berminat nak beli tanah.
Kalau korang nak beli tanah PASTIKAN TANAH TERSEBUT MEMPUNYAI GERAN INDIVIDU! Aku caps lock sebab nak pastikan korang semua ingat apa-apa urusan tanah kena ada geran individu. Kalau korang nampak ada penjual yang jual tanah tapi geran kongsi aku nasihatkan jangan beli.
Beli tanah dengan geran individu ataupun yang telah pecah sempadan dan ada basic insfrastruktur mengikut syarat-syarat pecah sempadan di pejabat tanah itu penting supaya tak timbul isu berebut sempadan di masa depan.
Tanah yang dah pecah sempadan dan ada geran individu lebih mahal dari harga tanah lot biasa tapi kedepan korang tak perlu risau sebab dah ada geran sampai ke generasi seterusnya.
Let say korang nak beli tanah lot geran kongsi or lot lidi sangat bahaya sebab kedepan kau punya hakmilik tanah tu tak valid and apa-apa korang tak kan boleh fight secara legal.
Sebab apa aku cakap korang tak boleh fight legally? Sebab nama takde dalam geran. Sebab tanah masih tak dipecahkan. Nak kena sukat balik semula untuk pembahagian sempadan.
Mungkin korang rasa secure sebab ada agreement apa semua kan, tapi agreement hanya salah satu dokumentasi sokongan yang takda value di Pejabat Tanah. Tambah lagi kedepan pembelian lot lidi ni akan menyusahkan generasi kedua dan seterusnya (anak n cucu).
Satu lagi lokasi tanah juga penting demi memastikan lepas beli korang boleh buat rumah dan tak perlu tanggung kos insfrastruktur dan fasiliti lain.
Korang boleh buat semakan dan dapatkan pandangan dari pegawai di pejabat tanah dan jabatan perancang bandar sebab dorang ada maklumat tentang status tanah. Ini penting bagi membolehkan lepas beli tanah korang boleh dan mudah untuk dapatkan kelulusan sebab insfra dah ada.
Ada kes dimana pembeli beli tanah murah dengan lokasi yang agak jauh namun gagal dapat kelulusan daripada local authority sebab insfra dan fasiliti contohnya elektrik, air dan paip kumbahan tak ada atau tak lengkap. So tak pasal je korang sebagai pemilik tanah terpaksa keluarkan kos yang besar untuk lengkapkan insfra.
Bila ada tanah lot yang diiklankan di mana-mana platform korang boleh tanya dan buat semakan sendiri dengan membaca dan bertanya kepada agen atau penjual.
Tanya status geran, tanya jenis pajakan samada bebas atau pegangan. Tanya samada dah pecah sempadan dan ada geran ke tak. Tanya lagi tentang kepunyaan siapa punya tanah ni?
Kalau ada maklumat tentang no hakmilik tanah atau no lot boleh buat carian di pejabat tanah daerah untuk elakkan jadi mangsa scammer.
Dalam dokumentasi carian tersebut terdapat maklumat status tanah (freehold /leasehold), jenis tanah (bangunan/pertanian/industry), tempoh pajakan berapa lama sekiranya ianya jenis pajakan dan maklumat pemilik terdahulu.
Korang cuma perlu bayar RM30.00/RM50.00 untuk buat carian. So kalau nak elakkan tertipu keluarkan sedikit modal untuk dapatkan maklumat. Jangan keluarkan deposit atau bayar tergesa-gesa tanpa sign apa-apa dokumentasi.
Normally 10% deposit perlu dibayar kepada agent (atas nama company). Jangan sesekali buat sebarang bayaran ke atas akaun individu. Disebabkan banyak faktor, so pembelian tanah ni kurang jadi pilihan sebab beli rumah prosesnya lebih mudah.
Oh ya, dekat tiktok aku kerap nampak kegembiraan mereka yang berjaya memiliki rumah. Ramai yang baru dapat VP (kunci). So aku nak add on sikit tentang rumah yang bakal VP atau bakal siap dan dapat kunci.
Kalau korang beli rumah jenis apartment/ bertingkat/ service resident, sebelum boleh set date ambil kunci korang kena melalui satu proses membayar maintenance fees, sinking fund dan utility bill yang kita panggil maintenance charges. Biasanya harga bayaran bergantung kepada nilai dan size unit rumah korang.
So korang kena bayar dulu baru dapat kunci dan boleh masuk rumah. Let’s say lah korang xcukup duit untuk bayar sejumlah bayaran sebelum dapat clearance letter, maka korang xdapat ambik kunci. Makin lama korang drag xbayar, makin bertambah nilai bayaran tersebut.
So nasihat aku, simpan duit bila ada dengar ura-ura rumah korang bakal VP. Ada setengah pembeli dapat cashback, so yang mana dapat cashback tu tak perlu risau sebab korang boleh contra atau deduct dari cashback.
Lepas dah dapat kunci boleh masuk rumah, korang kena get ready untuk buat penyempurnaan pindah milik dan gadaian pula.
Again, sesetengah pembeli dia tak ada maklumat tentang ini, so bila dapat surat dari lawyer, dorang akan terkejut sebab tak tahu ada lagi proses yang tak habis. Simpan duit siap-siap taw sebab nak buat penyempurnaan ni kos boleh tahan keras.
Aku ada lagi banyak maklumat sebenarnya, tapi aku tak sure nak sharing tentang apa. Korang mungkin nak tanya soalan kan or nak tahu lebih lanjut korang boleh tulis diruangan komen. InsyaAllah tak banyak, sikit aku boleh bantu korang fahamkan proses atau buat research.
Thank you baca penulisan aku.
– Kakak Convey (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit