Loan Rumah: Nak Tanya Apa?

Hi semua, aku Kakak Convey, previously aku ada post 2 posting berkenaan proses beli rumah.

Korang boleh baca kat sini,

https://iiumc.com/korang-nak-beli-rumah-bacalah-ini/ part 1.

https://iiumc.com/korang-nak-beli-rumah-bacalah-ini-ii/ part 2.

Tapi hari ini aku nak fokus tentang pembiayaan rumah ataupun loan/ financing/ mortgage yang korang mohon dekat bank.

Bila aku tengok video dekat tiktok and baca komen-komen, banyak yang tak tahu macam mana nak apply loan and tak ada kefahaman tentang pembiayaan ini.

Kebanyakan hanya ikut je apa yang agent atau banker punya advise. Tapi aku faham yang pinjaman ni bukan benda yang orang buat hari-hari kecuali lah kalau korang jenis yang beli rumah tiap-tiap tahun kan.

Pinjaman loan ni komitmen terbesar yang korang akan decide dalam hidup dan tanggung selama 30-35 tahun. So bagi aku dekat situ memang akan wujud sedikit kebimbangan.

Baru-baru ni aku ada tengok dekat tiktok sebab lalu kat fyp aku yang ada individu nak beli rumah dan bila nak sign surat tawaran loan, banker push suruh sign tanpa explain apa-apa.

So aku nak share sikit sebagai peminjam apa yang korang perlu semak sebelum tandatangan surat tawaran korang.

Ini berdasarkan pemerhatian aku selama beberapa tahun dalam bidang ni apabila aku baca term and klausa loan dan beberapa isu yang berbangkit aku dengar dari clients aku sendiri.

Mungkin bagi setengah korang akan beranggapan “dah nama pun bank memang ade riba so tak boleh nak buat apa-apa, so sign jela, kite bilis je sistem kapitalis memang macam tue”!

Betul sistem banking memang macam tu tapi sebagai manusia yang boleh berfikiran waras, korang boleh elak dari jadi mangsa dengan membaca dan menambah ilmu.

Jangan bila dah sign letter offer bank korang nak blame orang lain sedangkan korang yang tak buat research mendalam.

Korang boleh semak interest rate semua bank di Malaysia. Refer kawan-kawan atau semak online dekat website bank berapa interest rate semasa yang dikenakan untuk produk pembiayaan perumahan.

Kalau korang boleh buat pinjaman dengan interest rate yang rendah buat apa nak apply loan bank yang offer interest rate tinggi kan? So pembiayaan perumahan ini bersifat pilihan berdasarkan pemahaman korang dalam membuat keputusan.

Habis bebelan aku, so aku nak share 3 benda yang korang boleh highlight masa nak sign Letter Offer atau surat tawaran.

Yang pertama, korang tak perlu tergesa-gesa signing letter offer walaupun banker pushed korang untuk sign tanpa details explanation.

Untuk makluman korang, surat tawaran boleh dibaca dan direview terlebih dahulu dalam tempoh masa masa tertentu. So tak relevan kalau banker minta korang sign segera.

Sebagai pelanggan korang boleh minta salinan atau draft surat tawaran and korang baca dan highlight term yang korang tak paham. Ada setengah bank contoh P*B bagi masa 7 hari dari tarikh surat dikeluarkan untuk korang sign.

Bank C***, All***CE dan M*B bagi tempoh masa selama 14 hari dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Ambil masa untuk baca dan refer kawan-kawan or research sebelum korang sign or boleh je direct tanya banker korang.

Plus, kalau korang faham the whole content dan klausa dlm agreement tu aku sure korang mesti prefer beli tanah n buat rumah sendiri tanpa hutang.

Yang kedua masa signing or jumpa banker, minta dya explain macam mana interest rate, opr dan installment ni berfungsi or berjalan sepanjang tempoh pembiayaan.

Minta banker explain bahagian mana yang menyatakan bayaran jumlah bulanan, klausa mana yang state tempoh masa pinjaman.

Fokus juga tanya, incase ke depan kalau korang ada duit nak bayar untuk bayaran principal (bukan interest) mana klausa yang state benda tue (Kebiasaannya loan jenis flexi). Minta juga banker explains calculation untuk LPI (late payment interest) kalau korang lambat bayar.

Calculation ni penting sebab bila korang boleh congak sendiri LPI sure korang akan bayar on time.

In addition, korang perlu bertanya and fahamkan term ni sebab korang peminjam and banker sebagai wakil pembiaya perlu faham kelebihan, kekurangan dan pengiraan produk yang dia offer.

Dalam letter offer ada bahagian yang dya tunjuk formula pengiraan bagi pinjaman korang. So korang boleh minta banker calculate semula untuk semakan.

Yang ketiga, korang tanya tentang cancellation fees atau bayaran yang perlu dibayar sekiranya korang nak batalkan pinjaman ini selepas korang sign LO (surat tawaran). Most bank akan charge sejumlah bayaran kalau korang nak cancelkan pinjaman.

Oh ya, korang juga perlu tanya berapa tempoh valid surat tawaran ni. Contoh korang beli rumah normal proses 4-6 bulan kan, tapi kalau ada issue proses jual beli berjalan lebih dari tempoh 6 bulan, so adakah tawaran pembiayaan akan terbatal selepas itu?

Setengah bank bagi tempoh sah tawaran sampai 24 bulan. So semak dan tanya dengan banker korang.

So bila korang dah ready nak sign surat tawaran penerimaan LO (Letter of Offer/ Letter Acceptance) korang boleh tanya soalan-soalan di atas.

Sebab bila korang dah sign LO proses seterusnya korang akan sign dokumen sekuriti di mana ianya adalah kesinambungan terperinci pasal klausa dalam LO tadi.

Sekuriti dokumen ini korang akan diminta untuk initial setiap pages. So bila da initial setiap pages bermaksud korang faham dan setuju dengan semua term dalam dokumen tersebut.

Tapi kalau lepas korang dah sign dan proses pembelian rumah sudah pun berjalan korang kena teruskan. Cuma korang mungkin boleh consider untuk buat pembiayaan semula (Refinancing) selepas tempoh tertentu.

Jadi dapat tak sikit ilmu pasal loan bila korang baca penulisan aku ni. Aku kalau boleh nak share banyak lagi maklumat macam sebut harga beli rumah apa semua. Tapi aku tak sure dekat platform mana yang berkesan.

Aku prefer explain dengan menulis dari buat video dekat tiktok. Aku juga kalau boleh nak ulas pasal pembelian tanah lot, lot lidi dan lot tanah yang dah pecah sempadan (ada hakmilik individu/ada geran). Tapi nanti confession ni akan jadi panjang lagi.

Aku nampak ada orang jual tanah lot kongsi-kongsi. Risau pulak bila aku tengok harga dan saiz tanah lot kongsi tu.

Bila aku komen tanya status tanah dah pecah sempadan or ade geran terus kena block. Huh! Fishy sangat. Aku harap korang tak terjerat yer dengan tanah lot lidi or tanah lot kongsi ni.

Owh btw aku baca komen korang semua. Kalau korang ada benda yang curious nak tanya korang komen. Nanti aku akan jawab soalan korang secara pm tepi. Thank You.

– Kakak Convey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *