Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Lately berlambak isu parents tak nak hantar anak ke nursery/pengasuh, tapi memilih untuk hantar kat emak/ayah sebab takut terjadi apa2 yang bukan2 di tempat pengasuh.
Sedikit kisah dari saya sendiri masa kecik2 umur pra sekolah dulu. Masa tu emak tak bekerja. Ayah pulak ada satu je motosikal.
Kami kebetulannya tinggal dekat dengan nenek & ibu/ayah saudara sebelah emak, yang mana kalau emak & ayah sesekali nak ke bandar, tak boleh bawak saya (anak tunggal masa tu) sebab ada motosikal je.
Saya ulang, masa tu. Sekitar 30 tahun lepas.
Jadi, saya akan ditinggalkan either di rumah ibu saudara (yang ada anak2 sebaya saya, n diorang pun sama kalau emak ayahnya ke mana2, mak ayah saya akan jaga diorang), atau rumah nenek.
Selalunya kat rumah mak saudara, kadang2 je saya akan ke rumah nenek sebab nak main dengan 3-4 orang ibu-ayah saudara yang ada jugak umur tak jauh tua dari saya.
Masa duduk rumah makcik saya, aktiviti saya selalunya main puzzle, mewarna, aci ligan etc, typical anak2 90an. Bila dah penat, tidur.
Tapi kalau tinggal di rumah nenek, aktiviti saya bergantung kepada makcik/pakcik mana yang ada masa tu. Kalau makcik saya yang cikgu tu ada, maka belajarlah saya. Kalau makcik yang kecik sikit, kami ke pondok kat kebun main masak2.
N kalau pakcik, dia bawak saya mandi. Ye. MANDI sama2. Bukan sekali, tapi saya tak ingat dah berapa kali sebab lama sangat. Yang pasti memori tu ada.
Masa mandi, pakcik saya selalu lalukan k***an dia di celah paha saya. Pakcik kata tu cara nak bagi bersih. Masa tu saya kecik. Mana la saya tau betul ke tidak. Sebab saya tak pernah mandi dengan ayah. So memang betul2 tak tau.
Tapi tak tau kenapa saya tak pernah bagi tau mak ayah. So benda tu jadi again and again setiap kali emak ayah letak saya kat rumah nenek, sampai lah pakcik saya pergi sekolah asrama.
Bila dah besar masuk sekolah menengah, ada try sembang2 dengan sepupu2, rupanya ada jugak yang rasa benda yang sama.
Cuma kami tak berani sembang lebih sebab bila dah besar, kita sendiri faham yang benda tu memalukan n takut kena marah dengan mak ayah pun ye jugak.
Tak kenapa padahal mak ayah kami bukan jenis yang tak percaya kat anak, cuma tu lah, mmg tak tau kenapa tak berani nak cerita.
Cuma bila orang kata tak nak hantar anak kat pengasuh luar/nursery sebab tak nak jadi begitu begini, saya merasai benda yang ‘tidak2’ tu masa di rumah keluarga sendiri.
Sekarang mak saya pulak jadi pengasuh, memang saya tak bagi adik beradik lelaki keluar bilik kalau ada anak2 asuhan emak.
Kalau mak ke bilik air ke solat ke, kalau saya takde pun, saya akan pesan kat adik2 perempuan untuk jangan lepas pandang anak2 asuhan mak.
Kalau saya kat rumah mentua pun, kalau anak buah yang perempuan ada, memang selagi boleh saya akan pastikan anak2 tu ada depan mata saya, atau ipar duai perempuan, sebab tak nak diorang lalui benda yang sama macam yang saya rasa.
*Saya tak pernah cerita benda ni pada suami sebab suami kenal pak sedara tu, risau nanti dia tak bagi saya balik kampung pulak
– Mumi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit