Kehilangan Yang Tiba-Tiba

Sesungguhnya kehilangan itu sangat menyakitkan. Kisah ini bukan berkaitan aku, tapi berkenaan abang dan kakak iparku.

Mereka sudah berkahwin selama 6 tahun, dikurniakan dua anak perempuan. Pada tahun ke-5 perkahwinan, abang aku disahkan menghidap penyakit OCD (didiagnose oleh pakar).

Mungkin penyakit ini dah lama ada dalam diri abang aku, tapi dia baru tergerak hati untuk berjumpa Dr di klinik dan Dr buat referral letter untuk abang aku berjumpa pakar di Hospital Kerajaan.

Selama mereka berkahwin, ada beberapa rules yang abang aku set, be it dalam rumah or luar rumah. Antaranya, if anak-anak dia nak bukak kasut & masuk rumah, kaki tu takboleh terpijak lantai luar & masuk ke rumah guna bekas kaki yang terpijak tu.

Korang faham ke? Nak masuk kereta pun sama, biasalah budak budak kadang kadang suka pijak kerusi masa nak masuk dalam kereta tu tanpa bukak kasut.

Pernah anak dia kena marah teruk sebab kes tu. Selain dari tu, wife abang aku (kakak ipar) juga tak dibenarkan untuk masak makanan berminyak, sebab nanti abang aku yang akan stress kena kemas dapur.

Pernah lah kitorang ni datang rumah dia. Tak buat apa pun tapi dia punya lap lantai tu macam kitorang baru balik dari tempat berlumut.

Setiap pagi/ petang sebelum/ selepas pergi/ balik kerja dia akan bersihkan porch rumah, setiap hari, sampai ada masa kakak ipar aku cerita, yang dia solat subuh/asar hujung waktu. Bila solat pun dia selalu was was, dan dia rasa tak bersih.

Dia pernah mesej aku tanya soalan pasal ada satu spot macam kekotoran dekat kerusi office dia. Boleh ke dia duduk situ? Sah ke solat dia? Bersih ke pakaian dia?

Dia tak suka orang datang rumah, sebab dia rasa orang tu akan kotorkan rumah dia and dia penat nak kena bersihkan semua seorang diri. Mungkin wife dia kurang membantu part ni.

Anak-anak pun abang aku yang akan mandikan, orang nampak macam bagusnya suami tolong mandikan anak, tapi sebenarnya dia rasa anak anak dia kotor, berpeluh so kena mandikan banyak kali. Ni semua sebelum dia di-diagnose oleh pakar yang dia menghidap OCD.

Semasa dalam rawatan, dia juga tak suka balik kampung wife dia, sebab dia rasa kampung wife dia sangat kotor. Bila dia ajak wife dia tidur homestay, wife dia mungkin tak nak, so benda ni pun jadi isu gaduh.

Raya haritu dah separuh jalan, abang aku patah balik sebab jem + tak sanggup sampai kampung nanti dia kena sental semua yang tak kena di mata dia.

Wife dia tak boleh nak faham yang abang aku ni tengah sakit, tapi dari sudut wife dia pulak aku faham, dahlah merantau, jarang balik kampung. Rumah kat kg tu besar. Tiber balik ko nak tidur homestay.

Selain dari penyakit yang dia hidapi ni, ada banyak lagi benda yang wife dia makan hati dengan dia, dari sudut cerita wife dia, wife dia banyak sangat berkorban, duit terutamanya. Tapi tak dihargai. Malah selalu juga dimaki.

Abang aku ni pulak macam jenis tak suka family akak ipar aku. Pernah sekali ayah mertua abang aku datang nak melawat dari jauh, naik bas sorang sorang tapi abang aku tak nak tolong ambik pun dekat stesen.

Bila adik beradik ipar dia datang rumah, dia duduk je dalam bilik. Mungkin sebab dia tengah menahan diri dari maki tetamu sebab dia rasa bersepah kotor etc.

Pernah sekali tu kakak ipar aku call aku nangis nangis cakap abang aku paksa dia balik rumah sekarang jugak (dari office) sebab dia tahu, dia balik rumah je, semua cadar, alas kaki, toilet yang adik ipar (adik wife dia) dah siap basuh and bersih.

Terpaksa lah dia ambik half day and balik rumah cuci semua tu. Walaupun bukan kotor sangat.

Sebabkan abang aku ada OCD, dia mudah baran lagi lagi bila benda tu melibatkan kebersihan. Baran dia sampai tahap pernah baling anak dia yang baby tu sebab tak berhenti nangis + rumah bersepah. Maki/mencarut dekat wife and anak anak tu benda biasa, menurut kakak ipar aku.

Tapi bila aku tanya abang aku, abang aku cakap dia dah lama tak maki maki macam tu, dah rajin peluk anak anak dia. Aku tak tahu mana satu betul. Tapi aku boleh nampak jugak, anak anak dia jenis rapat dan rasa safe bila dengan bapak dia.

Kalau balik kampung, anak anak dia jenis nak je melekat dengan bapak dia. Kalau nangis, bapak dia ambik, anak anak dia terus senyap. Tapi aku tktahu apa yang jadi dalam rumahtangga diorang. Banyak yang akak ipar aku cerita tapi rasanya tak perlu cerita semuanya dekat sini.

Sekarang, kakak ipar aku lari rumah. Dia dah tak tahan… dia bawak semua perabot yang asas (aku rasa tu dia beli guna duit dia).

Mungkin sebab abang aku nak jual rumah ni. Dia nak jual rumah yang diorang duduk sekarang, rumah tu sangat selesa untuk anak anak, dekat dengan semua tempat, luas pun luas, banyak duit yang dah habis masa nak renovate rumah tu.

Reason nak jual? Sebab dia tak tahan dengan jiran puaka dia. Jiran ni suka buang sampah macam besi kayu entah apa lagi dekat kawasan depan rumah. Kalau orang normal macam aku pun ada la nyirap sikit, apatah lagi yang OCD mcm abang aku.

Walaupun aku tak setuju dia nak jual rumah tu, sebab aku rasa benda tu akan keep on berulang. Apa jaminan dia pindah rumah, rumah baru tu akan ok? Tak ada masalah? Dapat jiran baik? Unless dia bina rumah atas tanah sendiri, dalam hutan kawan dengan semua binatang dalam tu.

Hal ni tak mendapat persetujuan wife dia. Tapi abang aku jenis, tak nak mintak pendapat wife dia dan tak nak bincang pun benda ni dengan wife dia.

Dia rasa dia dominant, keputusan dia betul. Dia fikir dari dia baran dengan jiran tu dan lepaskan kemarahan tu kat anak bini, baik dia jual rumah tu dan pindah. Kakak ipar aku makan hati bertahun tahun.

Selain dari penyakit dia ni, banyak lagi benda yang jadi. Dengan sikap abang aku ni. Aku mengaku mungkin ada part kakak ipar aku ni jenis keras kepala sikit, tapi kalau aku letak diri aku dalam situasi dia pun aku akan sedih. Plus dia anak yatim piatu.

Beberapa hari lepas, abang aku mesej aku tengah malam, mungkin lepas cari wife and anak anak dia. Dia mesej cakap rumah dah kosong, wife dia dah lari bawak anak-anak.

Abang aku meroyan separuh gila, and dia ulang ulang part dia sampai rumah dari office, dah siap belikan anak sulung dia punya fav makanan, tapi rumah kosong. Berjurai beb air mata aku. Tapi aku tak salahkan kak ipar aku. Dia juga berhak mencari bahagia sendiri.

Tapi abang aku jenis ayah yang rapat dan sayang anak anak. Korang dapat bayangkan tak. Dia tak tidur satu malam tu menangis sebab dia rindukan anak anak dia. Rindu bagai nak gila.

Kakak ipar aku minta dilepaskan, abang aku akhirnya mengalah… dia cakap dia akan bagi nafkah & bayar duit sekolah anak anak. Abang aku takboleh duduk rumah tu, dia macam kehilangan yang tiba tiba, nampak pulak mainan anak anak dia.

Dia decide ambil cuti seminggu balik kampung, mak ayah aku ambik dia, bawak balik kampung. Nak berubat dengan ustaz pula.

Sepanjang dalam kereta, mak aku ckp abang aku nangis dekat belakang. Abang aku penah cakap dekat aku, dia tak mintak dia dapat penyakit ni.

Aku sampai sekarang masih meleleh air mata mengenangkan anak anak dia yang terpaksa berpisah dengan ayah, dalam keadaan belum bersedia. Abang aku pun tak bersedia untuk kehilangan… bayangkan balik rumah excited nak bagi anak makanan fav, tiba tiba rumah kosong…

Aku tak salahkan kakak ipar aku, sebab aku saksi penderitaan dia selama ni, abang aku jenis tak bercerita, mungkin ada silap or perangai kak ipar aku jugak yang buat dia jadi baran mcmtu.

Aku pun sedih memikirkan mana lah kakak ipar aku sekarang, selamat ke dia dengan anak anak. Aku tahu tak ada sedara mara dia yang tahu cerita ni, even adik beradik dia pon tktahu, sebab dia kata malas nanti dah kira buka aib suami.

Aku doa dia selamat, anak anak pun selamat dalam lindungan allah sentiasa.. kalau mereka rasa jalan terbaik adalah berpisah… terpaksa lah redha..

Cuma terlampau sedih memikirkan abang aku, wife dia, anak anak yang jadi mangsa.. tapi perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik. Korang doakan semoga urusan mereka dipermudahkan.

– Humairah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Humaira, saya rasa bukan kakak ipar xmembantu bersihkan rumah. Mcm saya, suami tolong bersihkan rumah, cuci toilet, lipat baju etc. Tapi nanti saya akan buat semua balik. Akhirnya suami pon mls nak tolong lg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *