Company Toxic

Assalamualaikum semua pembaca, aku harap korang semua dalam keadaan sihat Sejahtera. Disebabkan aku free harini, aku nak luah sikit tentang pengalaman aku bekerja di sebuah company yang membuat aku rasa terkesan sampai sekarang.

Namaku Bae, merupakan seorang engineer dan alhamdulillah, aku mempunyai pengalaman dalam industry pembinaan selama 4 tahun.

Sepanjang aku pernah bekerja, aku tak pernah terfikir macam mana keadaan dibuang oleh company sendiri lagi-lagi yang bukan kesalahan kita, tetapi, kisahku lain apabila company X ni menyingkir kan ku gara-gara aku tidak mencapai expectation mereka.

Well dalam construction ni ada pelbagai jenis team. Ada Kontraktor, ada consultant, ada Subcon dan ada supplier.

Untuk ringkaskan, Company X adalah Manpower supplier (supply pekerja) kepada semua team tetapi mereka claim yang mereka adalah daripada consultant sebab majority client kami datang daripada team consultants. Last-last kantoi jugak sebab aku boleh agak sendiri walaupun aku ni less experiences.

Aku ni masih junior, nak kata fresh tidaklah sebab aku bukan nya budak baru habis belajar. Aku diterima panggilan kerja di Company X semasa aku masih menjaga projek di luar bandar.

Sewaktu itu, mereka mengatakan mereka adalah company team consultant dan masa tu jugak mereka mendesak aku untuk sign LOA tersebut dalam waktu singkat walaupun aku masih ragu-ragu disebabkan mereka offer gaji ku yang begitu rendah dengan gaji sebelum ini.

Aku cuba nego lagi, tetapi mereka berkeras dengan alasan aku tidak cukup pengalaman menggalas jawatan tersebut sedangkan aku mempunyai pengalaman on site sejak aku masih intern lagi.

Korang bayangkan, gaji aku sebelum ni 3k lebih tiba-tiba aku diminta untuk downgrade kan gajiku menjadi 2.5k. Masa ni aku terfikir, macam Mana nak hidup dengan gaji 2.5k dekat area KL, dah la banyak komitmen, satu lagi aku masih dalam proses menyimpan duit untuk membeli rumah.

Disebabkan aku nak kan pengalaman daripada jawatan tersebut, aku cuba menerima tanpa memikirkan jumlah gaji tu.

Semasa aku masuk, awal tu tiada masalah cumanya aku pelik, masing-masing dalam office cuba menyembunyikan sesuatu sampai aku sendiri bingung dengan management sini.

Pada 3 bulan awal, aku banyak habiskan masa self trained macam mana nak menggunakan engineering software so aku stay Sahaja di HQ, sementara itu aku juga dapat projek kecil-kecilan seperti bawah 50 juta dan prepare report untuk clients.

Aku cuba melakukan yang terbaik untuk company X, buat kerja macam biasa sampai la 2 minggu sebelum tempoh probation ku dah nak habis, baru aku dapat satu lagi projek yang berdekatan di Putrajaya.

Masa ni aku diarahkan oleh top management yang aku kena kerja under client kami iaitu daripada team consultant so Aku hadir meeting pun baru 2 kali, belum pernah masuk site disebabkan Lokasi meeting bukan di site project.

Sehingga lah aku dipanggil oleh HR manager ku untuk buat staff evaluation secara tiba-tiba. Apa tu evaluation? Sepanjang aku probation mereka akan menilai segala performance ku dari hari pertama sampai la hari terakhir bulan ketiga aku kerja disitu.

Apa yang aku faham la kan, probation ni dia menilai kita punya disiplin serta cara kita melaksanakan tugas tau. Tetapi untuk Company X, apa yang membuat aku berasa bengang adalah mereka menilai ku melalui ujian IQ. Antaranya adalah mereka soal :

1) Berapa orang yang menghadiri meeting tersebut,

2) Jika mereka tanya perihal projek, mereka menyoal apa status projek yang takde kena mengena dengan team aku. Contohnya, Apa, Kenapa, Bagaimana content internal meeting antara arkitek dan kontraktor.

Depa suruh aku explain dari A sampai Z nyah.. segala isi content meeting tersebut. Konon la nak amik tahu isu dalam meeting padahal minute mesyuarat pon tak keluarkan lagi.

3) Apa penyelesaian masalah untuk projek tersebut. Dalam meeting still on pending tapi aku disindir oleh team HR kerana sikap ku yang ambil mudah tentang projek ni dan tidak bersuara dalam meeting untuk bagi cadangan sedangkan aku ni junior je, bukannya projek manager.

Oh dan sepanjang 2 kali aku hadir meeting bukan seorang eh, aku ditemani senior ku so why nak suruh aku bersuara dalam meeting yang dikelilingi manusia berpangkat besar? Takkan nak suruh aku buat palatao petik Cadangan macam mesyuarat kelab Fakulti?

Korang bayangkan tiba-tiba ditembak soalan itu sedangkan kau baru sahaja join projek yang berada di pertengahan. Bukan itu Sahaja, mereka memarahi aku kerana hal yang sangat kecil kerana pergi meeting tanpa membawa laptop sedangkan aku diberi handouts siap-siap oleh contractor.

After that, aku mendapat notis daripada mereka menghantar notis probation aku extend sebulan lagi akibat ‘poor performance’.

Wei melampau ni.. senang je team HR cop aku tak menjalankan tanggungjawab dengan baik habistu selama ni aku punya pengorbanan langsung kau tak Nampak.. this is so unfair dan tak ada siapa backup aku.

Aku jugak menyalahkan diriku kenapa tidak dapat puaskan hati mereka, tetapi aku terpaksa terima Sahaja teguran mereka yang banyak gaslighting walaupun bukan silap aku sepenuhnya. Bukan Sahaja mereka down kan aku, mencemarkan maruah dan kebolehan aku pon adalah.

Pada masa sama aku tertanya kenapa mereka petik kesalahan kecil sedangkan banyak je contribution aku yang diorang sengaja butakan mata.

Aku bukan nak berlagak aku mempunyai On site experience dalam dunia construction ni, tapi beragak la, korang tu HR kot. Apa tugasan korang yang sebenar sampai korang menilai aku melalui daya ingatan aku. Tak pernah lagi aku dinilai macam oral test sepanjang bekerja di company luar.

Sejak dari situ, aku sering diperli oleh mereka akibat problem kecil sehingga menyebabkan Kesihatan mental dan fizikal ku merosot sehingga terpaksa mengambil cuti sakit.

Nak Kata aku punya disiplin teruk, aku sentiasa datang kerja on time sebelum pukul 9. Report clients submission tak pernah missed termasuk juga aku akan hantar on time.. itu pon semua credit daripada aku, haram nak hargai usaha aku.

Langit tak berapa cerah, jodoh ku bersama Company X berakhir pada bulan keempat apabila aku diarahkan berhenti oleh HR manager ku akibat masih tidak mencapai expectation top management dalam melaksanakan tugas. Alasan mereka, aku punya behaviour yang taknak melakukan tugas yang luar dari jobscope aku.

Aku punya reaksi, memang dah agak dah mereka nak terminate aku cepat-cepat sebab mereka beranggap aku memang tak bawa manfaat kepada company tetapi entahla..

Aku tak tahu macam mana nak puaskan hati mereka yang tak ada langsung kena mengena dengan penglibatan projek aku tu. Takkan la disebabkan evaluation gila tu korang langsung tak nampak usaha aku semua nya?

Tahu tak banyak benda aku terpaksa sacrifice demi mereka semata nak mencari ilmu dan pengalaman..Aku terpaksa downgrade gaji, pindah negeri dalam waktu yang singkat serta claim aku tak semua boleh dapat. Tiba-tiba senang je korang gagalkan probation aku atas alasan yang tak munasabah.

Aku kesal dengan management mereka, remuk hati aku sebab aku gagal dalam melaksanakan tugas Mujur ada support daripada kawan-kawan aku so tetap kuatkan hati. kerana pengalaman pahit ni la mungkin menjadi asbab aku nak Berjaya satu hari nanti.

Aku terpaksa redha dengan takdir terhadap diriku tetapi rezeki allah luas, tak sampai berapa minggu aku mendapat panggilan interview dan Berjaya menerima jawatan baru di company contractor. Gaji aku pun dapatla naik sikit berbanding company X ni..

Cumanya perasaan marah ku tak hilang lagi pada Top management Company X yang banyak memberi kesan kepada diriku. Disebabkan mereka, aku menjadi insecure dengan kebolehan diriku sendiri.

Berbulan sudah berlalu, aku mendapat tahu daripada bekas staff disitu bahawa Company X memang kuat membuang staff sendiri.

Rupanya bukan aku seorang Sahaja yang kena, orang sebelum dan selepas aku lebih teruk keadaan mereka dibuang dengan menggunakan alasan tak masuk akal supaya tak nak bayar gaji pekerja.. ewah main tah* yea mereka ni.

Sekarang ex staff Tengah report pada JTK dan pandai-pandai la uruskan company jahanam tu.. no wonder la company tu tak berkembang langsung sampai sekarang, termasuk juga aku pernah dengar khabar buruk tentang company X daripada connection aku sendiri.

Tetapi tak apalah, masa pun dah berlalu dan aku pun belajar daripada kelemahan ku sendiri, mungkin lepas ni aku kena didik diriku supaya jadi lebih bersedia dan peka dengan tugasan aku sendiri. Deal dengan manusia kan memang mencabar..

Itu Sahaja aku nak luah. To junior level and fresh graduates, aku mohon korang tolong selidik dahulu company yang baru offer korang bekerja supaya tak jadi macam aku.

Kalau rate rendah tu tak payah la terima.. nanti tak pasal-pasal bazir masa, duit dan tenaga je korang bekerja dengan company toxic lagi-lagi yang tidak bagi manfaat untuk masa depan korang.

– Bae (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *