Ada ye ibu dalam dunia ni yang tak mampu terima anak istimewa? Baik autism, down syndrome, cerebral palsy atau apa pun.
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita KKM buru ibu yang tinggalkan anak down syndrome di hospital.
Aku juga baru-baru ini sangat terkesan dengan cerita rakan sekerjaku, yang mengatakan saudaranya tak mahu mengaku anak yang dilahirkan hanya disebabkan anaknya istimewa down syndrome.
Menggunakan alasan postpartum depression kerana kelahiran dan diagnosis anak itu semasa kelahiran adalah mengejutkan, tak mampu menjaga anak dari segi masa dan tenaga.
Ye, anak kau ada masalah kesihatan sehingga hampir berbulan dekat hospital, dan kau sanggup tinggalkan anak kau dengan penjaga sepenuh masa yang kau hanya sumbang dari segi kewangan. Jenis manusia jelik yang fikir duit mampu selesaikan segalanya.
Kau tak cuba pun menjaga dan kau terus mengalah? Manusia dan ibu paling tak guna perrnah aku jumpa.
Buat apa kau bekerja kalau anak kau sendiri kau biarkan sepenuh masa dekat penjaga asing dan kau sangat sangat jarang melawat apatah lagi mencurah kasih sayang ibu? Duit lagi penting dari darah daging sendiri?
Sampai hampir ke setahun anak kau lahir, kau masih dengan dunia depression kau yang dibuat-buat. Sebab apa aku cakap buat-buat?
Sebab mengikut cerita, perempuan yang tak layak digelar ibu ini masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, kerja seperti biasa, jaga anak lain seperti biasa, pergi kesana kemari seperti biasa tapi tetap tak mahu mengaku dan menyanyangi anak.
Kononnya juga ada masalah keluarga dan bekas suami langsung tidak beri sokongan semasa postpartum depression. Kalau aku jadi suami kau pun, aku tinggalkan seawalnya.
Jangan guna alasan depression untuk lari dari tanggungjawab hidup kau. Kalau kau betul depression, kau tak mampu nak pergi kerja, kau tak mampu nak teruskan hidup pun.
Tak perlu guna alasan bekas suami tak beri sokongan, tak ada pendapatan, untuk kononnya perlu bekerja dan lepas dari tanggungjawab.
Sepatutnya menjadi tugas kau untuk jaga di hospital sepenuh masa walaupun kau harus berhenti kerja. Selalunya itulah yang dibuat oleh seorang wanita yang waras pemikirannya. Allah swt tentu akan mudahkan bab kewangan yang lain kalau kau jaga anak kau.
Memang patut semua orang judge kau, hatta saudara-mara kau sendiri pun sebab tak pernah lagi dalam hidup aku, aku dengar tentang ibu macam kau.
Aku sendiri dikurniakan anak istimewa down syndrome, dan arwah merupakan manusia yang paling aku hargai dan aku berjaya menjaga bagai menatang minyak yang penuh, sehingga Allah swt tarik nyawanya. If I can turn back time, I wish there was more that I can do.
Anak istimewa adalah anak syurga, yang akan menarik kita ke syurga. Aku rasa aku dah buat yang sangat terbaik dan aku harap Allah swt berikan ganjaran pahala kepada aku atas pengorbanan aku.
Kalau jenis manusia tak berhati perut, pentingkan diri sendiri dengan depression yang dibuat-buat, selagi kau tak mintak maaf dekat anak kau, macam tu la anak kau akan tinggalkan kau dekat akhirat nanti. Sebodoh bodoh manusia dan ibu yang pernah aku jumpa.
Aku sebenarnya sangat muak dan mual dengar alasan depression. Kalau aku mampu, dan beribu lagi ibu-ibu lain mampu terima, kenapa ye kau terlalu jahil dan sombong untuk menerima hakikat dan redha?
Aku tak tau apa kau lalui dalam hidup sampai menjadi hati kering, tetapi aku tidak pernah tengok seorang ibu sanggup membiarkan anak.
Tak pernah ada seorang ibu yang bernaluri ibu akan mampu tinggalkan anaknya atau mencederakan anak sendiri atau membiarkan anak sendiri tanpa kasih sayang, tidak kiralah apa pun.
Aku sangat bersyukur aku mampu terima ujian kehadiran anak istimewa dari Allah swt dengan sangat baik hingga Allah tariknya nyawanya semasa aku tidak bersedia.
Namun aku tetap bersyukur kerana anak istimewa itu adalah manusia yang paling aku sayang dalam dunia ini,
Dan aku yakin seyakinnya dengan janji Allah bahawa aku sudah mendapat tempat di syurga kerana mampu menjaga anak syurga dengan baik dan arwah anak aku yang akan menarik tanganku ke syurga.
Aku doakan tiada keturunan aku sejelik perangai perempuan yang aku ceritakan. Tak takutkah kau pada pembalasan hari akhirat? Semoga kita tak tergolong dengan orang-orang yang rugi.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ibu tunggal eloklah pergi kerja tak kisah bekas suami bagi nafkah atau tidak. Ibu ada suami tak pergi kerja takpelah, eloklah berhenti jaga anak. Kenapa nak sebut maknya begini siapa yang diagnose? Antara anak kecil dan material kalau boleh pilih, pilihlah anak sebab masa membesar tu sangat berharga terutamanya baby.
Ko saja buat post troll ke apa ni kak? Nak tgk reaksi pengkomen?
First of all, kak yakinnya ko dpt tempat kt syurga? Nabi sendiri pon takde ckp mcm ni kak.
Kedua, ko kena stop judge org based on keadaan ko kak. Tak Sama struggle dan keadaan pmpn yg ko ckp tu dgn keadaan ko wpon korang ada anak istimewa.
Patut ko lebih memahami dan berempati la, ni ko membawang plak kt sini.
Fyi ada je org depressed yg ‘nmpk’ mcm boleh jalani hidup mcm org normal. Dan tgk tahap depress dia jugak.tp bila dtg time depressed tu mmg tak dpt bangun dr katil pon.So ko kena byk baca lg kot kak pasal depression ni.
Setuju….orang deperession ni depan orang ok je dia buat kerja itu ini, gembira…tapi bila sorang² dia struggle untuk kawal perasaan dia. Kepada akak yg meluah tu janganlah jadi ibu yg terpaling menerima ada ada istimewa. Nasib akak dengan nasib ibu itu tak sama, geram pulak aku lah!!! Terpalinh betul 😡😡😡
Sombong, lain org, lain ye. Jadi jangan besar kepala sangat. Sekian.
Better dia tinggal, sbb kan ada kes macam zayn rayyan tu,
Dah kalau dia benti kerja n 24j jaga anak, mana duit tu pulak nk datang? Duit tu boleh jatuh dari langit ke TT??? Atau TT yang nak bagi duit sumbangan? Untuk bayar keperluan hospital, utk bayar kepreluan anak2, utk bayar pengasuh anak dia???
Sibuk pulak bagi cadanagan suruh org tu berhenti kerja. Kau nak tanggung dia n anak2 dia kah??