Aku lelaki yang mungkin dah mati rasa. Sekarang umur pun sudah awalan 30an. Perkahwinan aku masih di fasa pertama. Tapi perkahwinan aku bukan kerana aku betul2 cinta dan sayang.
Aku berkahwin kerana aku fikir umurku sudah cukup dan aku sudah penat menunggu dan berharap benda yang tak pasti.
Mati rasa.
Isteriku sekarang tiada yang aku kesalkan berkahwin dengannya. Bahkan aku bersyukur dengan baik, tolak-ansur dan sifat kebersamaannya selama berkahwin.
Tapi perasaan sayang dan cinta itu tak sekuat yang pernah aku rasa dulu. Perasaan yang ingin mendahulukan pasangan lebih dari diri sendiri. Perasaan yang dialah segalanya.
Perasaan yang mana dia lebih penting dari diri aku sendiri. Perasaan yang sanggup buat apa sahaja untuk dia. Perasaan yang ingin buat apa sahaja untuk membahagiakan dia.
Semua rasa dan emosi tu seakan hilang, habis dan pergi bersama-sama dengan “orang yang dahulu.” Mungkin jasad, keadaan dan status aku sudah diteruskan. Tapi hati dan perasaan aku masih terhenti dan tertinggal di tahun 2016. Dan akhirnya aku mati rasa sehingga sekarang.
Sebelum buat andaian tentang tanggungjawab aku dengan perkahwinan sekarang. Aku jelaskan yang aku tetap lakukan tanggungjawab aku sebaiknya. Aku simpan mati rasa aku sendiri dan berkelakuan seperti seorang suami yang sepatutnya.
Dan tak terlintas aku nak menduakan mahupun mentigakan isteri aku. Cuma, jika diberikan pilihan untuk memutarkan balik waktu. Mungkin aku akan memilih untuk kekal berseorangan dan tidak berkahwin.
Hidup perlu diteruskan. Kenapa perlu seksa diri tunggu dan berharap. “Orang Yang Dahulu” dah bahagia dengan pilihan dan hidupnya.
Betul. Sebab itu aku putuskan untuk berkahwin selepas 5 tahun menunggu dan mengharap benda yang tak pasti. Tapi akhirnya aku rasa mungkin sepatutnya aku tak perlu berkahwin.
Sekarang, rasa itu tidak pernah datang dan aku jalani hari2 aku atas dasar tanggungjawab dan bukan kerana sayang dan cinta.
Mungkin aku patut pegang dengan janji yang aku cakap pada diri aku sendiri dahulu. Jangan berkahwin sehingga aku jumpa dengan seseorang yang betul2 boleh buat aku rasa seperti mana yang aku rasa dengan “orang yang dahulu.”
Kenapa kuat sangat perasaan itu dengan “orang yang dahulu”?
7 tahun bukan masa yang pendek. Apa yang menjadikan diri aku sekarang adalah disebabkan keputusan yang aku buat dahulu demi “orang yang dahulu” itu.
Ini bukan minat dan cita-cita aku. Tapi aku terpaksa memilih jalan ini disebabkan itulah jalan yang paling terbaik yang aku ada pada masa itu dan yang paling menjamin masa depan aku untuk menghalalkan “orang yang dahulu” itu.
Tapi akhirnya graduasi aku tidak bergambar. Orang lain bergembira meraikan kejayaan menamatkan pengajian 5 tahun dengan foto graduasi pelbagai gaya. Aku hanya mengambil ijazahku dan pulang menjalani hidup seperti biasa.
Gambar rasmi menerima segulung ijazah di atas pentas pun aku tidak tuntut. Merasakan kejayaan menamatkan 5 tahun pengajian itu sudah tak bermakna kerana penyebab utama aku memilih jalan itu sudah pun tiada.
Ya betul, ibu dan ayah aku gembira dan berbangga pada hari tersebut. Demi menjaga hati mereka aku pakai topeng muka senyuman dan keceriaan pada hari tersebut. Tapi jauh di dalam hati. Aku kosong. Ini hidup aku. Perjalanan aku selepas ini, aku yang kena jalani sendiri.
Melihat orang berkasih sayang sesama pasangan membuat aku cemburu kerana aku tiada rasa itu. Aku pernah rasa dulu. Aku nak rasa perasaan itu lagi tapi tak boleh. Rasa aku telah mati. Aku tak tahu macam mana nak bagi ada rasa itu semula.
Indahnya hubungan dengan pasangan bila rasa cinta dan sayang itu sangat kuat. Mungkin dah ditakdirkan jalan hidup aku begini. Hanya menunggu masa sedarnya aku atas hikmah jalan dan takdir yang telah Allah tuliskan ini.
Aku tetap hidup seperti biasa bersama keluarga. Aku simpan perasaan ini sendiri. Meninggalkan isteri? Tak mungkin. Dia tidak salah.
Dia dan anak tak perlu tanggung derita emosi akibat perpisahan hanya disebabkan perasaan dan emosi aku yang tak stabil. Yang kadang2 teringat dan terkenang bila mana kenangan, memori dan mimpi tentang “orang yang dahulu” itu datang secara tiba2.
Aku harap aku tak akan berjumpa mahupun terserempak berselisihan di jalanan dengan “orang yang dahulu” itu lagi. Melupakan pun belum tentu apatah lagi nak memaafkan. Walaupun kita sudah menjadi versi kita yang terbaik.
Betul. Sebenarnya wujud lelaki yang tidak boleh melupakan cinta pertamanya lebih-lebih lagi bila orang itu telah memberi kesan yang besar dalam hidup dia.
Aku dah lalui nya dan aku tengah merasa kesannya. Kerana perkahwinan bukan untuk suatu tempoh masa yang singkat tetapi untuk teman sehidup. Sehidup itu lama.
-14-
– AO (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
tolong lah move on , jgn fikir dah pasal ex , hargai lah yang ada dgn u.
jangan nnt ALLAH ambik dorg dari u , masa tu baru u nak meraung menyesal bagai.
apa yg jadi ada hikmah , teruskan hidup..
Nasihat sebagai lelaki, berdiri dalam dunia realiti. Apa yang bukan milik kam u tetap tidak akan jadi milik kamu. Kadangkala, apa yang kita rasa baik, adalah buruk bagi kita dan sebaliknya. Apa yang didepan mata kita usahakan. Jadi lah hamba Allah yang bersyukur. Untuk ingatan bersama.
terima kasih atas perkongsian. saya pun di tempat yang sama seperti tuan, cuma masih belum berkahwin..
apa yang saya boleh katakan, mungkin tuan tak perlu berselindung dan sekerasnya melupakan rasa cinta itu. especially bila ia makin membuatkan rasa itu membuak-buak.
cara saya begini. tuan spend setiap hari dalam 5-15 minit untuk menulis.
tulis pasal dia, pasal perasan tuan. apa sahaja. mungkin tuan nak buat cara berdialog pun takde masalah. di akhir penulisan, tuan kena tulis terima kasih kepada Allah kerana bagi peluang dan xyz. dan tuan juga kena tulis minta maaf kepada Allah, kepada isteri, kepada anak, kepada si cinta pertama kerana xyz.
lepas dah tulis, usahakan untuk fokus kepada hidup tuan. apa yang ditulis tak perlu dikongsi ke orang rapat. inn shaa Allah boleh bantu. moga bermanfaat
sabar lah saudara.. belajar lah mencintai apa yg Allah takdirkan.. cinta yg dahulu tak semestinya memiliki kerana Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk saudara. Belajar lah mencintai isteri mu sepenuh jiwa dan raga kerana Allah yg hadiahkan kepada saudara. cukup lah kisah lama sebagai kenangan tapi bukan utk ratapan
Kalau saya di tempat isteri awak & tau awak berperasaan begini, dah pergi tuntut fasakh dah kemungkinan paling besar saya buat. Cer senaraikan apa kelebihan ex awak sampai nak sayang dia melebihi isteri skrg. Dia tak hargai awak, tinggalkan awak. Bodoh sangat sayang orang yang tak sayang & tak hargai diri kita. Cuba lah berpisah sementara dgn isteri, rasa kehilangan dia dgn pergi bercuti @ kursus mana² jauh sikit tengok ready tak nak tinggal isteri. Betul ke tak sayang langsung @ hanya teperangkap dgn kenangan indah bercinta yg dulu. Cubalah bercinta betul2 dgn isteri.
Salam,
Orang lelaki cinta dia dah habis dekat cinta pertama, bukan orang lelaki, tapi orang bodoh. Orang lelaki akan tercari cari next pasangan yang ada ciri ciri ex dia, bukan orang lelaki tapi orang bingai. Orang lelaki cuma akan sayang seorang perempuan seumur hidup dia, bukan orang lelaki tapi orang benak. Teori first love nih punya chaos, sampai sampai ada satu penceramah namanya rahsia, gigih yer dia masukkan teori first love nih dalam sirah Nabi. Si polan adalah kekasih pertama Rasulullah SAW, amende. Alhamdulillah dia dah kena ban. Para lelaki tolong jauhi Tik Tok dekati pillow talk dengan isteri.
Orang lelaki nih Allah SWT ciptakan dia macam mana, dikurnia kudrat yang sangat kuat, boleh membanting tulang bina bangunan 12 jam non stop. Akal sangat bijak, tengok sekeliling hampir 97% yang ada di sekeliling manusia, semua ciptaan lelaki. Ada perempuan kesah, tak ada. Oh kuatnya, a’ah bijaknya. Itu jer keluar dari mulut perempuan. Kenapa, sebab perempuan dah lama tahu lelaki nih makhluk yang kuat & bijak, tak ada yang surprise pun.
Apa salah satu personal power orang lelaki yang perempuan cari & ramai lelaki nak sangat. LEADERSHIP. Lelaki yang tak boleh jadi ketua, tak boleh jaga diri dia, keselamatan dia, financial dia, emosi dia, fizikal & mental dia, tak boleh lead diri sendiri dengan baik, tak akan boleh jadi ketua keluarga yang baik. Apa fungsi suami dalam rumahtangga, banyak. Dia lah driver, dia lah tukang elektrik, dia lah plumber, dia lah banker, dia lah doktor, dia lah mekanik, dia lah cikgu. Semua dia. Bila lelaki iktiraf diri dia pengemis kisah silam Kat mana dia letak air muka dia. Kat mana dia letak maruah dia. Kat mana.
Dalam sejarah dunia, tak wujud lelaki yang berusaha cipta smartphone hanya untuk balik ke zaman public phone. Nih logik orang lelaki waras. Dia akan sentiasa maju ke depan, go backward only backfires. Jadi apa logik lelaki yang ada isteri yang baik & anak yang baik, nak kembali ke zaman silam yang penuh kesakitan. Ada apa kat sana. Ada hutang apa, ada urusan apa yang tak selesai. Semua dah finish. Manusia kalau dia dah habis makan, dia nak balik makanan tuh, dia kena jolok anak tekak, keluar muntah. Itu lah makanan tadi yang cantik berhias atas pinggan.
Hidup nih transaksi, nak barang kena bagi duit, nak duit kena bagi emas. Nak balik ke masa silam pun akan ada transaksi, nak transaksi apa, nak tukar isteri & anak, untuk kekasih lama. Berapa besar untung, berapa besar kerugian yang akan ditanggung. Nak gadai isteri & anak yang sayang anda, untuk kekasih yang pernah mengkhianati. Maksudnya ganti penyokong dengan pengkhianat. Ini benda yang dah patut muktamad. Tak perlu ada kata dua dah. Hanya pengkhianat suka pengkhianat, bila anda start khianat isteri & anak, fikiran anda akan ke orang yang pernah khianat anda. Sebab dah sekapal. Dua dua perangai buruk.
Orang yg khianat anda, tak cintai anda, orang yang tak hormat anda, tak cinta anda. Orang yang tak sanggup bersusah payah dengan anda, tak cintakan anda. Ini bukan cinta, bila opposite, ini musuh. Cinta tuh mendamaikan. Pernah tengok mak kucing dengan anak kucing, itu cinta. Pernah tengok kucing jantan bertekak, bercakar, bergasak dengan kucing jantan lain, masing masing nak mark kawasan. Itu musuh. Jadi jangan salah faham. Apa sahaja yang berbentuk abuse bukan cinta. Nabi sayang tak umatnya, sayang sangat, Baginda suruh berselawat pada Baginda, santai jer duduk lah atas sejadah, baring pun boleh, dalam kereta pun boleh selawat. Baginda tak ada suruh ambil tukul ketuk kepala sampai berdarah sambil sebut nama Baginda. Tak ada. Jadi diulangi lagi sekali. Apa sahaja perkataan & perlakuan yang berbentuk abuse, bukan cinta.
Jelas dari cerita anda, anda tak sayangkan diri anda sendiri. Dalam tempoh 5 tahun, sebagai orang yang bijak, tak ada apa yang anda ajari diri anda. Dah rugi 5 tahun, habis gitu jer. Nak rugi berapa tahun lagi. 10 tahun, 20 tahun. Bila anda tak cinta diri anda, anda akan abuse diri anda. Isteri saya tak tahu, isteri anda tahu, sebab dia isteri yang baik, dia abaikan jer. Dari gerak geri anda isteri tahu. Semua isteri ada kisah silam, tapi bila isteri ada suami yang baik, ada anak bersama, dia dah tak peduli pasal masa lalu.
Ingat yer suami isteri nih macam cermin, pantulan yang sama. Anda ada past life, isteri pun ada. Anda rindu ex, isteri pun rindu. Ada kes, suami rindu ex, padahal isteri dia yang rindu ex, dia sebagai suami cuma memantulkan perasan isteri dia. Macam cermin. Jadi be careful. Tau tau isteri failkan cerai, suami panik. Suami yang rindu ex, isteri yang minta cerai, rupanya perasaan suami yang rindu ex tuh adalah reflection dari perasaan isteri dekat ex dia. Ini instinct, gerak hati tetapi lelaki tak biasa. Seorang ibu dah biasa ada instinct dengan anak, seorang isteri dah biasa ada instinct dengan suami. Suami dapat instinct nih kes yang sangat rare. Ada, banyak kes macam nih.
Jadi para suami yang isteri dia dah jaga makan minum dia, basuh baju dia, layan dia atas katil. Jaga rumahtangga elok, isteri sanggup sabung nyawa nak bagi dia anak, jaga batas dengan lelaki lain, taat & setia dengan suami, tapi suami tak bersyukur langsung. Gigih lafaz, tak cinta isteri just jalankan tanggungjawab bagai. Serupa kanak kanak lelaki 7 tahun yang ada dalam badan lelaki umur 30 tahun, lelaki yang tak pernah dewasa. Fikir kan, esok esok kalau anda diuji dengan excident rebah kat katil, siapa akan mandikan anda, basuh cebuk berak anda, ex anda, anda sehat pun dia tak peduli, berlalat bontot anda dia buat. Jadi jangan banggakan ex anda waktu anda sehat, esok bila dah rebah demam laju cari isteri. Apa perasaan anda bila isteri waktu berduit dia layan jantan lain, bila tak ada duit cari anda, isteri, nope nih sifat ex anda dulu, effort zero, sayang zero, layanan zero, hormat anda zero, 0/10. Saya masih sayang ex sayang. LAWAN. Lawan perasaan tuh. Jangan kalah, Sudah sudah lah jadi loser. Dimata ex anda & kawan kawan dia anda itu loser. Stop jadi loser. Mulai harinih belajar jadi leader.
Tutup salam.
Terbaiknya komen ni!!! Setuju 500% harap tt baca berulang kali komen ni sampai hadam lumat apa ultroman taro ni ckp. Wake up plis! Don’t be such a loser!
Encik AO, sila dapatkan bantuan kesihatan mental, mungkin Encik ada simtom depresi.
Kalau saya di tempat isteri awak & tau awak berperasaan begini, dah pergi tuntut fasakh dah kemungkinan paling besar saya buat. Cer senaraikan apa kelebihan ex awak sampai nak sayang dia melebihi isteri skrg. Dia tak hargai awak, tinggalkan awak. Bodoh sangat sayang orang yang tak sayang & tak hargai diri kita. Apa yg dah dilalui bersama sampai tak boleh lupa tu? Adakah pernah terlanjur? Sekiranya betul… Taubatlah betul2… Mungkin dosa tu yg menghantui diri. Cuba lah berpisah sementara dgn isteri, rasa kehilangan dia dgn pergi bercuti @ kursus mana² jauh sikit tengok ready tak nak tinggal isteri. Betul ke tak sayang langsung @ hanya teperangkap dgn kenangan indah bercinta yg dulu. Cubalah bercinta betul2 dgn isteri.
Sokmo ‘Org yg dahulu’.. encik mmg bingaii..
Kenapa encik tak kahwin dengan ex encik dahulu? Cinta terhalang ke, dia kahwin pilihan keluarga ke, dia tinggalkan encik ke atau encik tak pergi meminang?
Kalau cinta terhalang maksudnya ex encik tak sanggup lalui dugaan cinta yang ada tentangan. Ada perempuan boleh, ada perempuan tidak. Kalau kahwin pilihan keluarga maksudnya ex encik seorang yang sangat pentingkan keluarga dalam semua urusan. Kalau dia tinggalkan encik, kenapa encik nak semula kepada dia. Kalau encik tidak meminang maksudnya encik sendiri lambat bertindak.
Encik pun dah tahu dia isteri orang jadi tak jadi apa pun encik ingat dia. Kalau dia belum kahwin/ibu tunggal itu cerita lain.
Dek kerana perasaan encik dan urusan encik dengan isteri, orang ramai pun dah mula mengomen macam-macam tentang ex encik. Jadi, apa yang encik harapkan dengan confession ni? Cuba encik beritahu pada ex tu apa encik buat (confession), makinlah dia rasa pelik sedangkan dia mungkin sedang uruskan rumahtangga dia. Dek kerana perasaan encik, orang jangka macam-macam pasal dia.
Di sini encik tanya hati encik, encik dengan isteri tu dah hilang rasa maksud apa? Maksud bila urusan suami isteri tu tak boleh nak jalankan ke? Kalau begitu, fikirlah cara apa sepatutnya.
Encik memang tak ada penyelesaian sebab yang encik rindukan ni isteri orang dan encik tak boleh kahwin dengan dia. Encik sendiri sudah ada pendirian encik tidak boleh hendak ada orang lain jadi kalau encik boleh poligami pun itu bukan cara yang encik akan pilih kalaupun ex encik ni single/balu bila suami beliau meninggal nanti.
Mungkin encik tulis ini hendak orang ramai ‘pep talk’ encik dan beri sokongan terhadap perkahwinan encik. Kami semua tak tahu apa isunya yang membuatkan encik rasa begini. Kenapa encik tak boleh wujudkan bahagia tu dengan isteri encik atau memang encik kahwin sebab encik tengok semua orang kahwin pada masa itu?
Salam bro, bro mintak itu ini pernah berdoakan ke kak Allah? Lagi satu bang – perasaan ni kita tak control, Allah pegang hati kita so turn back to your Creator – jangan taksub sgt dengan benda yang kita tak boleh control. Sorry kasar tapi banyak sangat syaitan laa ni kat sekeliling you sebab tu you kena keluar dari apa yang membelenggu sekrang. Dekatkan diri dgn Tuhan.
You have been granted the rezeki of kahwin – tak ramai orang dpt mcm tu. So introspect diri selama ni yang awak ckp bersyukur tu betul2 ke bersyukur. Dan macam mana u tunjuk cara bersyukur – adakah bertentangan dengan Islam?
Sedangkan isteri awak tu ladang pahala bro – tak mungkin laa isteri baik buat awak tak happy. Pesanan ni untuk saya jugak. Semoga Allah kurniakan rasa cinta yang diredhaNya melalui jalan yang halal i.e your wife.
Salam Encik AO.Cerita En sama macam cerita saya.
Bezanya saya berjaya move on dari
“orang yg dahulu”.
Dan saya sangat bahagia dengan suami dan anak saya sekarang.
Apa yg buat Ao TAKSUB pada “orang yg dahulu” yg mungkin sekarang nie dia dah bahagia dgn pasangannya.Memang jujur nk lupakan “orang yg dahulu” susah teramat dan ambil masa yg terlalu lama.
Tapi diri Ao sendiri kena ubah perasaan tu.Buang lah dia jauh2 lupakan memori silam dan bina hidup bahagia dengan isteri dan anak.Ao perlu jumpa pakar.Bukan sekadar luahan je tapi perlu terapi.Tak kesian pada isteri yg sepenuh hati cintakan Ao.Ao pun ada tulis taknak lepaskan isteri,dia tak bersalah.
Tapi Ao masih fikirkan “orang yg dahulu”.Ao ada tulis taknk jumpa ataupun maafkan ataupun melupakan “orang yg dahulu”.Ao nak apa sebenarnya.Terkurung dalam memori silam.Untuk apa.Untuk apa Ao berkahwin tapi buat isteri derita kalau dia tahu suaminya masih berada di memori silam.Tujuan kita bukan hanya untuk manusia semata,kita ada Allah.minta petunjuk dariNya.