Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Namaku Epal, bukan cikepal, tapi Puan Epal, sebab bentuk badan je dah macam buah epal tapi tak minat pun makan epal. Tibeh.
Dalam cerita ni, aku bahasakan panggilan ‘Aku’ bagi memberi gambaran seperti aku bercerita dengan orang yang aku rapat, sebab ni rahsia besar yang aku simpan dalam diri aku.
Sengaja aku coretkan karangan di sini bagi mengimbau kembali pengalaman hitam masa kecil dahulu. Sebab tengah hangat isu kes ‘Abiang Van’ bukan nama sebenar.
Jarang atau boleh kata tak pernah aku ambil serta dalam mengkritik atau memberi pandangan dalam apa-apa kes berkaitan jenayah, eksploitasi kanak-kanak, pembunuhan etc.
Sebab aku takut apa yang aku cakap nanti akan terkena dekat diri aku sendiri, anak aku mahupun orang yang terdekat dengan aku.
Aku lebih suka serahkan kepada pihak yang pakar untuk uruskan dan beri pandangan. Yelah, bak kata omputih ‘what goes around comes around’. Tibeh lagi sekali.
Terus ke klimaks cerita ni ya? Cerita ni masa aku kecil dahulu, belum lagi bersekolah. Atuk aku meninggal dunia waktu petang dekat rumah kampung, macam biasa lah jenazah kan simpan dekat rumah sampai selesai sesi mandi jenazah, kafan kebumi keesokan hari semua tu.
Perkara ni berlaku waktu tengah malam. Masa tu semua pakcik makcik jiran tetangga datang ziarah buat kali terakhir. Rumah arwah atuk aku 2 tingkat, jenis papan, banyak ruang.
Waktu kejadian, jenazah arwah atuk ditempatkan di tingkat atas, sebab ruangnya lebih luas. Rasanya lah, aku budak lagi so tak tahu.
Aku sebagai kanak-kanak masa tu, tak mengerti apa yang berlaku, hanya bermain dengan sepupu yang ada macam biasa sehingga tengah malam. Okay peristiwa hitam tu bermula satgi.
Disebabkan aku main sampai tengah malam, lepastu kami sekeluarga tak balik ke rumah sendiri sbb jenazah arwah atuk ada dekat rumah tu.
So mak aku decide untuk bermalam dekat rumah arwah atuk, walaupun rumah kami berdekatan sahaja. Naik motor pun tak sampai 10 minit.
Mak aku suruh aku tidur bersebelahan sahaja dengan ruang tamu tempat jenazah diletakkan. Betul2 sebelah. Ada katil di situ. Kira jenguk dekat pintu tu ha arwah atuk aku. Bacaan yasin pun dengar jelas je dekat telinga. Kira tak sunyi lah rumah tu.
Seingat aku, aku seorang sahaja yang tidur terbungkang dekat katil tu. Sampai larut malam, abang sepupu aku pun ambil tempat untuk tidur di sebelah aku.
Sebab semua orang balik ke kampung dan rumah yang sama, maka kami gunakan ruang yang ada semaksima mungkin untuk merehatkan badan.
Tapi, abang sepupu aku tu bukan niat dia untuk merehatkan badan iaitu tidur sahaja. Dia melakukan perkara jelik lagi pelik dan terkutuk dekat aku masa tu.
Waktu semua orang tengah leka, penat, berjaga tengah malam, tiada sesiapa yang berjalan pergi ke jenazah arwah atuk atau mana-mana ruang dalam rumah, hmm macam mana aku nak susun ayat bagi nampak berlapik dan elok dekat korang ye walaupun benda tu memang tak elok pun.
Waktu aku tengah tidur tu, dia baring dekat sebelah aku. Lepastu bila takda yang bangun ke berjalan dalam rumah, dia hmmm, dia sapu dia punya tutt aka peliaq tu dekat muka aku. Cara dia?
Abang sepupu aku pakai kain pelekat, dia kangkang dekat muka aku. Basah berlendir muka aku dia pi gosok menatang dia tu dekat muka aku. Geli kan.
Aku masa tu budak lagi, belum lagi masuk darjah 1. Aku dapat rasa benda ni tak elok, tapi aku takut nak jerit. Sebab kalau aku jerit, takut atuk aku bangun terajang belakang badan dia.
Hehe, bukanlah. Nanti orang tanya aku nak jawab apa. Aku tak reti nak explain. Aku budak lagi masa tu. Takda belajar pun pasal kehormatan diri. Benda tu dia buat berulang kali, sampai part dia tanggalkan panties aku.
Aku pakai baju kurung masa tu, ingat lagi pakai panties putih ada render biru mak aku beli masa kami pergi pasar malam. Dia tanggalkan panties tu. Masa tu aku dah terjaga dan mula merengek.
Sepanjang masa dia lakukan kerja terkutuk tu aku buat-buat tidur. Bukan sebab best ke apa, sebab aku tak tahu nak reaksi macam mana.
Mak aku datang temankan aku tidur. Nak tahu abang sepupu aku tu kata apa dekat mak aku? “Adik nak susu kot?”, “Adik mimpi hantu ke?” Pehh dia punya alasan nak cover line, aku pulak yang kena tuduh ya. Masa tu umur aku dah 6,7 tahun, tak minum dah susu apa.
Aku menangis masa tu sebab benda yang dia buat tu, dia ambil panties aku. Tapi aku tak dapat nak cerita dekat mak aku. Dalam kepala aku dok fikir betul ke apa dia buat ni, tak salah ke apa dia buat? Kenapa dia buat macam tu? Tapi demi Allah aku tak tipu langsung yang benda tu benar- benar berlaku.
Sebab, pede aka panties aku takda dekat aku dah. Kiranya aku pakai baju kurung shj, dalam tu takda apa-apa. Sampai pagi tu kami balik rumah untuk mandi dan bersiap, aku merengek menangis dekat mak aku tapi aku tak cerita sbb rasa malu.
Aku just cakap dekat mak aku, “Panties adik takda”. Mak aku jawab sbb aku tak pakai *facepalm. Lagi 1 sebab, sepupu sendiri yang buat kerja terkutuk tu. Ada ke yang percaya cakap aku nnt?
Anggaran aku, sepupu aku tu masa waktu kejadian dia di sekolah menengah, tengah naik sheikh. Aku belum lagi masuk sekolah rendah. Masih tadika atau pra sekolah macam tu.
Sejak dari tu, memang aku benci sangat dengan sepupu or sedara mara sebelah tu 1 keturunan. Nak nak keluarga sepupu aku tu orang yang bekerja bahagian pertahanan negara, pangkat tinggi jugak.
Tapi anak dia buat macam tu dekat aku. Aku tak boleh bagitahu belah ibu ke ayah aku, takut ada yang boleh hint.
Kenapa aku tak bagitahu benda ni dekat parents aku? Suara aku kecil masa tu. Aku tak didedahkan dengan ilmu pasal rogol, liwat, cabul kehormatan semua ni. Nak bagitahu pun tak tahu macam mana nak sampaikan.
Aku lebih fikir kesan kalau aku bukak cerita ni je, apa family aku akan cakap? Macam mana hubungan keluarga kami? Macam mana aku nak berdepan dengan semua orang lepas kejadian ni?
Aku menyesal sungguh tak respon masa kejadian tu berlaku, ibarat merelakan benda tu terjadi. Kenapa aku tak jerit masa tu? Sebab risau dari sorang arwah yang kena uruskan terus ada 2 arwah pulak nak diuruskan.
Risau yang jadi jenazah tu bangun pi balun abang sepupu aku tu sambil berkata “Berani kau buat onar dekat majlis terakhir aku ya?”. Entahlah. Benda tu dah berlalu lama dah. Masing-masing dah berkeluarga, aku pun jauhkan diri dari saudara mara ni. Benci tengok mereka ni.
So, kesimpulan yang aku nak sampaikan berdasarkan kes yang tengah berjalan ni? Berhati2 lah dengan orang sekeliling terutama yang ada anak, jagalah anak kamu semua sepertimana kamu menjaga nyawa dan harta kamu sendiri.
Pemangsa ni boleh jadi sesiapa sahaja, orang yang kita takkan sangka. Jangan sesekali percayakan orang luar untuk jaga anak kita walaupun pengasuh anak sendiri.
Bab pengasuh ni pun aku ada cerita jugak tapi lain sesi lah kalau aku rajin or ada yang minta. 100 like baru aku cerita. Haha tak nak lah, letih lah aku nak taip. Letih aku jumpa dengan orang gila tapi luaran nampak elok.
Berkaitan abang driver bas tu, korang tak rasa semacam ke bila baca caption dekat video tiktok dia? Dengan komen macam2 dari orang lain, ‘blushing’ ‘crush’ ‘aku tunggu dia besar nnt’ apa semua. Kenapa sampai tahap macam tu eh.
Parents, korang tak rasa insecure or risau ke kalau orang dewasa minat dekat anak korang yang masih kecil ni. Sekolah rendah pulak tu. Aku tak tahu samada aku yang terlalu terfikir benda ni atau sebab aku ada pengalaman buruk masa kecil dulu.
Sampaikan kawan aku sembang masa open topic pasal ni, dia kata abang bas tu takda niat pun, dia anggap budak tu macam anak dia je. No! At first point, kau siapa nak anggap dia anak kau. Tu anak orang, tugas kau ambil jemput diorang pergi balik sekolah dengan baik sahaja.
Lepastu apa hak kau pi record muka budak sekolah tu post dalam tiktok sembang dengan orang lain dengan ayat ‘double meaning’. Kenapa kau boleh tergamak nak bukak tudung budak yang tengah tidur tu, dengan alasan dia berpeluh, cium dahi dia.
Euw what kind of attitude an enabler is this. Kau siapa doh nak buat macam tu dekat anak orang. Demi konten video kau buat macam tu dekat anak orang?
Predator are developed from this little issue when no one takes legal action on it. Takda siapa tahu dalam diri someone tu ada sikap pemangsa, until proven dia jadi pemangsa. By the time it’s too late already lah.
Aku dah jadi mangsa, until now baru aku ada keberanian guna confession ni untuk bagitahu cerita ni. Umur aku pun dah dekat 40 series dah, anak pun berderet.
Aku ajar dekat anak aku, bahagian private part tak boleh orang usik, gap between boys and girls. Don’t simply put trust on anyone in this life.
Tak tahu lah nak komen apa lagi, fikir lah yang terbaik untuk anak anda dan orang sekeliling.
Pandangan kamu pasal abang bas baik ke tak berniat ke apa, simpan sendiri aku taknak baca or ambil tahu. Sebab your mind is totally sick kalau kamu tak rasa suspicious bila baca caption dan komen dekat video tu.
Sekian, lindung diri dan anak anda semua. Kalau tak, siapa lagi nak jaga maruah mereka? Assalamualaikum WBT.
Yang benar,
Puan Durian pulak lah. Tibehh..
– Puan Epal ke Durian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Memang betul tu, perkara mcm ni, w/pon apa alasannya, jgn disokong langsung.. aw x bule ‘brain’ dgn netizen yg sampai nangis bengkak2 mata sbb kesiankn abg b*s tu.., sbb x kna kat diri ko or ank or kluarga ko (klaw Tuhan nk tunjuk, Dia bule je bg jadi mcm tu, baru ko rasekan..), mse aq kecik2 comel dlu, mse tu darjah satu, ada sorang abg (dah skolah menengah, form brp aq pon x sure), tiap2 hari akn ‘cubit’ pipi aq stiap kli naik van skolah, dia ckp dah besar nt nk kawen dgn aq la.. sampai satu msa, aq jd ‘takut’ nk pergi skolah, satu hari aq mnyorok bwh katil, sampai tertido di situ, tghari abah aq cari aku, bla dia tau aq mnyorok x pegi skolah, aq yg kna rotan balik.. nk bg alasan sbb ada abg suka cubit aq dlm van, mmg diorang akn gelakkan aq la.. kbetulan rumah dia x jauh dari rumah aq, n bapak dia pon knal ngan abah aq.., mmg xlah diorang nk pecaya.. itu belom sampai dia buat yg x senonoh kat aq, pon aq dah ‘geli’ n basuh pipi aq berkali2 sambil mnangis.. tolongla, netizen.. (termasuk lah artis2 n celebrities – klaw nk cari populariti pon, buatla content yg lain), xyah la sokong sgt perlakuan seumpama ini, takut berbalik kpd diri or kluarga sendiri, klau ko jd mk dua pon, mesti ko mnangis sbb ank ko jd camtu, n dua pon mnagis jugakla, sbb dia tau apa yg dia buat tu salah, tmbah ‘terharu’ lg, sbb dpt sokongan ramai, termasuk org2 yg terkenal.. wallahu a’lam bissawab..