Salam semua.. Aku menaip ni, lepas dengar ayah aku mengumpat aku depan abang ipar aku. Suaranya sengaja dikuatkan supaya aku yang sedang masak, boleh dengar dan sakit hati.
Aku sangat sangat stress, masa menaip ni, badan aku sakit sangat dan kejang kejang. Mohon maaf tapi aku doakan ayah aku cepat mati, dan sebelum mati, biar dia mengaku semua salah salah yang dia pernah buat, walaupun macam mustahil dia nak mengaku salah.
Sikap dia yang pertama, anggap anak anak dan isteri adalah pelaburan dan sumber pendapatan. Sorang anak, RM100, 6 orang anak, RM600 bulanan.
Dan apa yang dibelanjakan untuk rumah, dia akan ‘claim’ balik dekat mak aku. Sampai semua perbelanjaan, bil bil rumah, nak letak, mesti letak nama dia, sebab dia suami, tapi bayar, mesti mak aku atau anak anak dia yang bayar.
Kata dia, dia tak mau fikir apa apa dah bila dah tua ni. Hakikatnya, sejak berumah tangga dengan mak aku, memang dia tak fikir apa apa selain diri dia semata mata. Kalau dulu, masa anak anak membesar, satu masalah pun dia tak mahu dengar.
Hidup kami setiap hari makan serangan kata kata bertubi, lemah! Pengotor! Tak kira lagi kena ugut dengan pisau, disepak diterajang.
Dan dalam masa yang sama jadi biawak hidup, dalam rumah yang dia renovate ikut suka hati dia guna semua duit mak aku, dia sangat suka mendera emosi ahli keluarga dengan kata kata dia yang suka mencela, menghina dan maki maki.
Sampai satu tahap, dia dah sangat terbiasa memfitnah mak aku berzina dan berbuat tak senonoh dengan siapa siapa saja yang dia rasa nak tuduh. Menangis ni tak payah cakap lah rasa dah kering air mata dengan mulut jahat dia.
Perangai dia, memang buat kami semua jadi mental, tapi kami takda pilihan, jaga juga dia atas dasar tu ayah.
Kami anak beranak bantu dia macam macam, dia masih dengan perangai yang suka mendera emosi kami. Dan dia dah berani nak berkasar dengan mak aku waktu kami tak ada di rumah.
Dan aku baru dapat tahu, waktu dia jatuh sakit dan masuk ke wad, dia ada buat sexual harrasment dekat sorang nurse yang tengah ambik darah dia, sampai berubah muka nurse tu.
Tapi, nurse tu tak report dan adik beradik aku baru saja bagitahu aku, dan aku kecewa sebab dah sangat lewat, perkara ni dah berlalu terlalu lama.
Dalam umur dia yang 80an, tapi nafsu masih bermaharajalela. Nak makan mahal mahal, nak tengok perempuan seksi seksi, muda muda, tapi bila suruh baca Quran, katanya mata tak nampak.
Tapi punggung, dada dan betis perempuan tak lepas mata memandang, dan pantang ada perempuan duduk dekat dekat terus nak diajaknya berborak.
Ya, budak budak perempuan anggap dia orang tua. Tapi diorang tak tahu, niat dia ajak diorang bersembang tu untuk apa sebenarnya.
Ada lagi perkara yang dibuat terhadap ahli keluarga yg aku tak mampu nak ceritakan kat sini.
Sekarang, keluarga aku dah hancur, semua dah lari tinggalkan aku dengan dia kat rumah family ni. Yang jadi sasaran kini adalah aku dan anak anak aku, (aku ibu tunggal, ekonomi masih tak izinkan aku untuk sewa rumah lain)
Anak anak aku sampai refer psikologis, dan aku sendiri dengan MDD, dah berbulan terputus ubat sebab utamakan makan minum harian dulu berbanding kesihatan.
Bulan ni, aku betul betul susah disebabkan kereta meragam dan gaji awal lagi dah habis buat repair kereta. Habis yang memang habis. Dan ayah aku tak habis habis menutut ‘hutang’ daripada aku..
Kata kata makin tajam. Dan fitnah makin hebat sebab aku dah tak mampu nak belikan makanan sedap sedap untuk dia. Barang dapur naknmasak pun dah kehabisan. Dia pun, tak makan makanan biasa biasa. Ikan bilis, ikan sardin tak makan. Makan ikan senangin dengan ikan bawal.
Daging kotak tak makan, tapi kambing makan. Ayam sup tak makan, tapi ayam golek ayam bakar makan. Dan setiap kali habis makan, kena ada aiskrim or dessert. Aku dah tak mampu nak sara gaya hidup dia.
Dulu mak aku masih ada, boleh la ikan mahal mahal, udang besar, ketam, seafood tanpa gagal ya. Sekarang, aku bertahan dengan duit syiling shj. Dan apa yang aku mampu sediakan, buat dia mengeluh tak berenti renti.
Sudahlah aku tengah susah, dikatanya aku berhutang 27ribu dengan dia. Diceritanya kat ex aku pula, walhal ex pun culas nafkah. Keperluan anak anak tak pernah bayar langsung.
Hakikatnya, hutang aku dekat dia aku dah lunas. Bulan bulan aku bayar RM600 dan tiap kali balik kerja, beli cucur udang, char koay teow, nasi arab lah, roti arab lah, tak termasuk apa apa benda yang dia request lagi..
Termasuk aku ada keluar 10k untuk repair tandas lepas dia sakit dan berkerusi roda). Sudah selesai dan tak berhutang lagi dengan dia.
Menjerit jerit minta aku bayar hutang.
Tak habis dengan tu, dia buka mulut hal hal yang tak betul kepada ahli ahli keluarga yang datang berziarah. Dikarangnya episod episod kejadian yang tak benar, sulam dengan fitnah fitnah yang aku dan anak anak aku dengar sampai naik gila kami.
Aku tak tahu apa nak buat lagi. Bagi aku, dia ayah yang jahat.
Tapi, dengan adik beradik dan orang luar daripada rumah ni, yang tak tahu apa apa, nampak dia adalah mangsa dan kami adalah orang yang menganiaya bapa sendiri.
Mak aku pegawai kerajaan. Dan ayah aku berniaga di pasar. Mak dan kami, rela bangun seawal 2-3 pagi untuk bantu dia buat kerja. Pun, masih serba tak kena di mata dia.
Tapi, bila berniaga rugi, kena tipu dengan pembekal, balik minta duit seribu dua untuk cover kerugian dari mak aku.
Pergi kebun, balik makan kenyang kenyang kat kedai, kemudian bawa balik ikan yang orang bagi percuma suruh kami masak dan makan apa yang ada. Tapi bila time kami nak ke pasar, pantang tak oder yang mahal mahal.
Banyak lagi yang dia buat, tapi semua ni, tak dapat aku hujahkan bila dia sedang cerita dengan orang orang yang datang ke rumah. Aku hanya boleh diam.
Dan aku minta anak anak aku juga diam dengan apa saja kata kata dia. Sakit mana hati kami, kami percaya, setiap perbuatan dan kata kata pasti ada balasan.
Terima kasih sebab sudi baca kegilaan yang terjadi dalam hidup aku walaupun tak mampu nak ceritakan semua.
Maafkan aku, aku terima saja kalau pembaca nak kata kami tak bersyukur atau apa, tapi kami sangat teraniaya Ya Allah, dengan sikap ayah yang maksum ini.
Yang Benar,
– Santi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Masya Allah, semoga Allah mempermudahkan semua urusan Puan & anak2, diberikan jalan keluar atas semua masalah Puan dan keluarga
Minta maaf, tp org mcm ni slalu umurnya ‘panjang’, sbb mngkin Allah nk bagi dia peluang utk bertaubat dan sedar akn kesilapan nya yg lalu.. klaw umor panjang, tp x menyusahkn org xpe lah jugak, tp klau dah “bed-ridden”, takut ank2 tinggalkn je dia sorang2 sampai abis umor (na’uzubillah).., so yg bole awk buat, doakn jela dia utk berubah jd lbh baik, sbb mnusia ni xkan berubah, kecuali Allah yg bgi ‘jalan’ atau sebab dia nk berubah.. di samping tu, ‘persiapkan’ diri awk n ank2 supaya sihat ‘mental’, krn u ol akn mnghadapi kerenahnya hari2.. insha Allah, semoga suatu hari dia akn sedar dan semoga Allah SWT akn memelihara awk sekeluarga.. wasalam.
Semoga diberikan jalan keluar buat Puan dan anak2, dimurahkan rezeki , di permudahkan urusan , kelapangan hati dan mampu untuk keluar dari rumah itu secepat mungkin. Aamiin
Hampir sama jalan cerita ni dgn kisah keluargaku.
Semoga baik2 saja untuk sis dan terus kuat