Nilai Seorang Perempuan

Terima kasih admin sebab siarkan confession aku ni.

Kalau tengok gaya berfikir semasa rakyat Malaysia, aku yakin confession ni akan dapat kecaman dahsyat terutamanya daripada pihak lelaki.

Tapi aku tak peduli, aku kena juga tulis benda ni supaya adik-adik kat luar sana tu lebih-lebih lagi perempuan boleh berfikir lebih bijak.

Aku dibesarkan bukan dari keluarga mewah. Keluarga mak aku, merajakan lelaki. Sampaikan makan pun atuk aku takkan angkat pinggan dia ke singki.

Dia sangat pentingkan diri walaupun gelaran dia imam masjid. Dalam kampung, dia sangat dihormati. Tapi keluarga ajelah tahu tekanan opah aku sepanjang jadi isteri dia.

Keluarga tersangat susah, tapi atuk aku tak mahu kerja. Opah aku yang susah-susah kerja.

Sampai pernah satu tahap, duit betul-betul tak ada. Ada tiga ringgit aje. Tapi atuk aku tak mahu bagi duit tu untuk beli ikan. Dia beli rokok dia.

Kerja dia seharian cuma makan tidur dan jadi imam masjid bila masuk waktu solat.

Dulu, lagi tiga bulan nak pergi Mekah buat haji, dia langsung takkan usahakan makan minum anak-anak or even buat kerja kampung sekali pun. Dia serah bulat-bulat dekat opah aku.

So bayangkanlah macam mana cara mak aku dibesarkan.

Tapi nasib baiklah ayah aku jenis yang rajin menolong mak aku kerja-kerja dapur. Dia basuh dan sidai kain. Lipat kain, buang sampah, cuci pinggan tanpa disuruh. Kalau mak aku penat, dia yang tolong masak.

Tapi mak aku teruk kena kutuklah dengan mak mertua dia. Mak mertua dia kata dia berdosa sebab buat bapak aku buat kerja rumah.

Aku membesar dalam keadaan aku memerhati semua kepincangan tu. Orang-orang sekeliling aku pun banyak bagi input juga tentang salah faham manusia dalam bab-bab rumahtangga ni.

Dari situ, aku nekad, aku takkan kahwin dengan keluarga yang hanya mengehadkan kehebatan seorang perempuan cuma melalui penilaian ‘kau pandai masak?’

Aku tak nak ada mak mertua yang cuma tahu suruh aku bela telur anak dia padahal anak dia sendiri hancus.

Dan aku langsung tak sudi untuk jadi bibik kepada lelaki yang cuma bayar lump sum seumur hidup mas kahwin dan hantaran yang tak seberapa tu.

Serius ya, aku sangat anti bila lelaki kata kerja rumah tu kerja orang perempuan. Bagi aku itu sangat red flag. Berapa banyak lelaki dan pinangan yang aku reject disebabkan pihak lelaki fail bab yang satu ni.

So aku kahwin lambat. Memang ramai yang bitter. Tapi aku peduli apa. Aku tahu apa yang aku nak.

Mindset aku, kalau suami tak nak buat kerja rumah, maka aku pun tak akan sesekali buat kerja rumah juga. Maksudnya? Aku nak maid lah.

Dan, satu hal lagi. Aku kata aku tak nak mak mertua yang berfikiran cetek (terlampau menilai perempuan tu hanya dengan pandai atau tak perempuan tu memasak dan buat kerja rumah). Aku nak mak mertua yang fikirannya maju dan ke depan. Tak kolot.

So mestilah kau orang boleh tangkap, macam mana tahap pendidikan keluarga pihak lelaki tu.

Ya, aku hanya nak kahwin dengan orang kaya.

Dengan mindset yang sama, aku tahu mesti ada sesuatu yang boleh aku offer pada pihak lelaki. ‘What do you bring to the table,’ kata budak-budak sekarang.

Dalam pada aku meletakkan syarat nakkan suami yang sekian-sekian ini, aku sendiri pun mestilah ada nilai juga. Takkan nak hauk pula, siapa aje yang nak.

So aku belajar pandai-pandai sampai dapat pursue Degree hingga PhD di Amerika. Waktu belajar nilah aku kenal dengan lelaki (sekarang suami aku).

Dan kita orang melalui fasa-fasa berkenalan. Ambil masa beberapa tahun untuk aku yakin kahwin dengan dia.

Diringkaskan, aku pakai maid sekarang dan ada driver. So berbaloilah penantian aku yang bertahun-tahun dulu tu. Semua kewangan di bawah tanggungan suami aku. Aku ada kerjaya tapi dia tak sentuh langsung duit aku.

So kepada adik-adik, nasihat yang sangat core di sini adalah, don’t settle for less. Tak apa kahwin lambat. Asalkan you dapat apa yang you nak. Kalau tak kahwin langsung pun tak apa. Itu lebih baik daripada you menanggung biawak.

Bagi aku, sangat tak bertanggungjawab bila kau kahwin then kau tak mampu nak sediakan apa-apa. Lagi-lagi kalau laki kau tersangat pemalas dan tak mahu tolong buat kerja rumah.

Hanya bermodalkan ‘letih kerja’ untuk dia senang-senang duduk rumah melepak main game lepas balik kerja sampai pagi. Cukup tahun, sibuk cakap nak kahwin lain. Dengan alasan ‘mampu’.

Kedua, adik-adik aku ramai lelaki. Tapi semuanya jenis yang kahwin lambat juga. Masuk 30-an baru cari calon. Sebab mindset dia orang, dia orang takkan kahwin selagi kewangan dia orang tak stabil.

Dia orang tak mahu half-half bayar komitmen lepas kahwin. Dia orang nak pikul penuh. So lepas dah betul-betul mampu barulah dia orang kahwin, iaitu bila umur dah masuk 30-an.

Soalan aku kepada lelaki yang sibuk nak kahwin awal ni. Kau dah tahu kau belum mampu dan gaji belum cukup untuk tanggung komitmen, yang lagi kau kahwin tu kenapa? Kau sengaja kan, nak peralatkan bini kau. Aku geleng kepala memikirkan betapa tak tahu malunya kau.

Adik aku, waktu dia cari calon, dia tanya calon isteri dia. Dia bagitau yang kalau boleh, dah kahwin nanti isteri tak payahlah kerja. Dia boleh tanggung semua.

Tapi calon isteri tu insist nak kerja. So adik aku benarkan aje.

Nampak? Serius aku tak faham kenapa orang sibuk sangat nak kahwin padahal secara kewangannya tak mampu.

Dan sekarang aku cuma boleh gelak sinis dekat orang-orang yang dulu bitter aku kahwin lambat, and sekarang dia terduduk dengan fitnah kewangan keluarga dia orang. Duit tak pernah cukup. Hujung cerita, cari aku untuk pinjam duit.

– Andreana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *