Aku Melati. Berstatus ibu tunggal untuk seorang anak lelaki yang dah berumur 6 tahun. Selepas diceraikan, aku menumpang dan tinggal bersama mama dan papaku.
Aku baru nak mulakan hidup baru dan mula bekerja semula memandangkan sebelum ini aku hanya surirumah. Jadi sepanjang aku bekerja, Mamaku yang akan mengasuh cucu dia tu.
Aku tak boleh tahan harini. Sedih sungguh aku rasa. Aku bukan seorang ibu yang baik sehingga aku rasa aku tak layak pun jadi ibu.
Harini aku diuji dengan anak dan ibuku. Kebiasaanya, selepas pulang dari kerja aku akan baring sekejap kosongkan fikiran dalam bilik sebelum aku luangkan masa dengan anak.
FYI, aku ada hp lama yang aku dah tak guna dan aku tinggalkan di rumah untuk bagi anak main game. Dengan syarat lepas je aku balik kerja, no more games no more HP. Tapi harini masa aku tengah berehat sekejap, anak minta lagi HP.
Ok tak apa, aku bagi main sekejap dan set masa 5 minit sahaja. Lepas dari tu, dia nak sambung main lagi. Aku tegur, cakap tak boleh dan aku terus sorok HP tu sebab aku dah bagi dia masa yang lama untuk main HP memandangkan harini hari sabtu (tak sekolah).
Lepastu dia memberontak, aku malas layan dan terus ke bilik air bersihkan diri. Dia ketuk2 pintu bilik air sampai nak pecah. Mak aku pujuk dia dengan cara bagi Hp mak aku dekat dia.
Lepas je siap mandi, aku rampas hp tu dan marah dia sebab tak habis2 dengan Hp. Dia ikut aku masuk bilik, tumbuk2 aku pukul aku tampar2 badan aku.
Ikutkan hati nak je aku tampar dia, nak je aku kurung dia dalam bilik air gelap. Tapi aku cuba sabar, Aku biarkan je masa tu sebab aku terkejar nak solat asar.
Pada masa yang sama, aku dengar mak aku sindir2 aku. Dia kata “ajarlah anak tu main HP. Time dia merah2 lagi, ajar. Lepastu budak tu dah ketagih, sibuk nak marah2.”
Sedih gila aku rasa bila mak aku cakap macamtu, bila mak aku masuk campur bila melibatkan aku dengan anak. Aku tak pernah bagi dia main HP pun masa dia baby. Start umur 3 tahun baru aku bagi tu pun sekejap2 sebab aku nak masak + buat kerja rumah (masa belum bercerai).
Aku diam je. Kalau aku lawan, confirm jiran2 cop aku anak derhaka. Tapi dalam hati masa tu aku rasa nak je carutkn mak aku sebab menangkan cucu dia. Dia sedar x cucu dia dah kurang ajar dengan aku, dah pukul2 aku sebab HP.
Asar tadi aku solat sambil teresak2 menangis sebab sakit kena pukul dengan anak sendiri, sebab aku rasa aku dah gagal sebagai seorang ibu. Paling sedih, anak aku sepak3 sejadah tu dan ganggu aku solat.
Aku teruskan solat sampai habis. Habistu je solat, aku dah hilang sabar. Aku tampar anak aku. Dengan bertelekung, aku baring atas katil menangis tanpa suara. Anak aku keep on pukul2 aku tapi aku buat keras.
Tiba2 mak aku jengah ke bilik aku, mak aku tanya “Mama ko dah mati ke”. Sumpah aku terkilan masa tu. Dia memang nak anak dia ni mati cepat ke.
Laju airmata aku mengalir. Sedangkan semua benda dalam rumah ni aku tanggung walaupun gaji pokokku cuma 1.5k (tambah ot dapatlah bersih dalam 1.8k).
Duit gaji aku, aku cuma rasa 150 je untuk kegunaan aku. Sungguh rasa pengorbanan aku tak dihargai. Rasa sakit tu lebih sakit dari dapat tahu suami kau curang dengan perempuan sampai berzina, lagi sakit dari diceraikan dengan talak 3 sebab dia dah kantoi.
Waktu tu memang aku doa Allah cabut je nyawa aku. Aku seorang yang banyak pendam banyak simpan sendiri apa2 masalah yang aku hadap. Bertambah rasa beban dalam hati ni.
Kalau anak bukan dengan aku, memang time tu jugak aku angkut semua baju keluar hidup sendiri. Tapi sebab aku masih fikirkan anak aku, aku hadap je.
Banyak kali dah masalah ni jadi. Bila aku marah anak, mak bapak aku suka masuk campur ibarat dorang terpaling the very good mom and dad. Sedangkan dorang tak pernah tahu trauma aku sepanjang dibesarkan. Ibarat aku ni ibu dari neraka. Sungguh. Semua gara2 HP.
Lepas anak aku dah penat duk pukul2 aku, dia keluar. Tak sampai 10 minit, dia datang semula dekat aku minta nak makan (dengan lemah lembut). Kau rasa sanggup ke aku nak lari tinggalkan anak aku sorang2 duduk dengan atuk dan nenek dia? Apa2 mesti dia cari mak dia ni juga akhirnya.
Aku suruh dia minta maaf dulu baru aku bagi dia makan. Lepastu aku cakap dekat dia, kalau dia buat lagi. Aku akan lari keluar tinggalkan dia dekat sini. Terus dia melalak. Kau rasa, mudah ke aku nak lari hidup sorang2?
Hari2 aku mintak dekat Allah janganlah uji aku dengan anak dan ibuku. Aku tak mampu nak hadap. Aku taknak jd anak derhaka. Aku taknak jadi ibu yang jahat.
Aku minta maaf kalau aku terlalu beremosi. Aku cuma nak meluakan perasaan je. Thanks sudi baca luahan aku.
– Melati yang takkan boleh lari-
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga melati terus kuat..melati mak yg baik..melati anak yg baik..semoga melati dikurniakan kesabaran yg tinggi,semoga ditinggikan darjat melati,semoga dipermudah segala urusan melati..semoga melimpah ruah rezeki melati..semoga Allah swt melindungi melati walau di mana juga.. Aamiin 🤲🏻❤️
Melati, sy dpt rasa apa yg melati rsa. jujurnya sy bkn diceraikan, tp dah seperti xbersuami . sy dduk dgn keluarga , bila anak buat hal, mengamuk, menangis2, mak mesti ckp, ajarlah ank tu bukan2 , bg lah mcm2 kt ank tu, mcm kita ni tunggul ja. lgi 1, bila budk tu baik , time tu bru nk dkt2 dngn si cucu. stress mmg stress. klu ada rezeki, awk dduklah tmpt lain. pendam lama2 blh jd gila. sy pn hampir. smua nk ikut rules rumah tu, padahl sy dh dewasa dan ada anak. smua beban atas bahu, ank merengek, bgun malam, ank sakit, smua kita. situasi kita sama, cuma title kita berbeza . skrg sy dh usaha cari rumah untuk kluar dr rumah tu dgn anak. biarlah sy diaggap derhaka sdgkn sy tidak begitu. menjaga hati sndiri lebih utama. doa byak2 ya. sya harap awk kuat kan hati .
Melati cuba sibukkan anak dengan aktiviti lain supaya anak tidak hanya tertumpu pada hphone shj. Buat aktiviti2 yang simple tetapi menarik dan disukai anak. Contoh melukis ke, mewarna ke. Beli je kertas lukisan murah-murah.. pensel warna dkt eco ke diy… Bila anak ada aktiviti lain… Fokus anak akan kurang pd hphone