Stop Budaya Terpaling

Makin menganjak usia, semakin maju zaman, semakin luas social media.

Tanpa kita sedar, ada bait-bait ayat yang terpapar di media sosial ini mengundang atau ruang komentar yang dititipkan melukai hati si pembaca.

Situasi pertama, bila ada kes kematian anak di rumah pengasuh/taska, mulailah datang komen dari wanita-wanita terpaling emak yang berkata,

“Sebab itulah saya rela jadi surirumah, sebab itulah suami saya tak bagi saya kerja, sebab itulah saya berhenti kerja”

Ya, kita tahu kamu ada peluang dan rezeki untuk jaga anak kamu sendiri, habis wanita yang jadi ibu yang bekerja ini tiada rasa nak jadi seperti kamu?

Ibu mana je yang sanggup dan seronok hantar anak di rumah pengasuh/taska tapi ekonomi dan komitmen yang membuatkan wanita juga perlu sama-sama keluar bekerja..

Situasi kedua, bila wanita yang bersalin secara ceaser akan dibandingkan/dibezakan oleh kaum mereka sendiri. ” Czer ke? Oh, tak hebat macam orang yang bersalin normal.” Tidak rasa jadi ibu yang sebenar kononnya..

Kenapa ya perlu ada persepsi seperti ini pada zaman kini? Bukankah jika wanita itu bersalin dalam apa jua cara sekalipun, mereka tetap ibu yang melahirkn seperti wanita-wanita yang lain?

Situasi ketiga, bila keluarnya posting berkaitan wanita sepatutnya berada di rumah kerana itulah sebaik-baik tempat wanita. Lalu keluarlah komentar-komentar yang berbaur tidak enak.

“Contoh ayat, saya setuju sebab saya pun memang tak suka nak keluar rumah, jumpa ramai orang, ada juga komen yang berbunyi, duduk rumah lebih tenang, diri dan maruah pun terpelihara.”

Iya betul, itulah sebaik-baik tempat wanita. Habis itu, wanita yang tidak duduk di rumah (ini saya tuju kepada wanita yang keluar bekerja mencari rezeki) ini tidak terpelihara? Jahat? Tak bermaruah kah kami?

Berhenti buat perbandingan dan memperlekehkan kaum sendiri.

Situasi keempat, bila terjadi isu-isu rumahtangga, mulailah berkerumun komen dari orang single/yang telah bercerai.

Kononnya mengiyakan, “sebab itulah saya takut nak kahwin, sebab itulah saya single sampai sekarang, sebab itulah saya memilih untuk berpisah dan sebagainya,”

Cukup untuk kita simpan sendiri saja apa jua yg kita rasa. Jika anda rasa selesa tidak berkahwin, tak perlu kaitkan dengan masalah rumahtangga yang anda lihat di sosial media.

Saya faham sebab sekarang zaman viral, banyak masalah rumahtangga yang kadang tak sepatutnya dicanang pun akhirnya dicanang juga.

Tapi percayalah, banyak je perkahwinan harmoni dan bahagia di luar sana yang wujud tetapi tidak ditunjuk sebab bila kita bahagia, buat apa kita mahu tunjuk.

Jadi, sekian sahaja pesanan saya sebagai hamba Allah yang banyak cacat cela dan manusia biasa.

Hentikan budaya terpaling, berusaha menjaga “bahasa, adab dan perilaku kita” supaya ayat atau komentar kita yang terpaling itu tidak mengundang tanggapan/persepsi negatif dari insan yang membacanya…

Semoga Allah merahmati kita semua..

– Nurin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *