Wanita & Aurat

Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak.

Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari.

Mulakanlah hari kita dengan membaca Al-Quran walaupun dengan hanya sepotong ayat. Lama-kelamaan kita pasti menjadi orang yang mencintai Al-Quran…

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰ⁠جِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰ⁠لِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا ﴿ ٥٩

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.

Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Ahzaab ayat : 59)

KANDUNGAN AYAT

Ayat ini menjelaskan tentang kewajipan wanita-wanita mukminah untuk menutup aurat mereka dengan sempurna.

Allah S.W.T menyeru kepada Nabi S.A.W agar memerintahkan kepada para isteri dan puteri-puteri Baginda S.A.W dan juga kepada wanita-wanita mukminah agar melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka (menutup aurat dengan sempurna).

PENGAJARAN

Sebagai wanita yang beriman, kita wajib berpakaian sebagaimana yang telah disarankan oleh Al-Quran.

Ketika keluar di khalayak, pakailah pakaian dengan sempurna dan menutup seluruh aurat kita iaitu meliputi ke seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Muslimah yang sejati, adalah mereka yang mencintai dan mengamalkan sunnah Nabi S.A.W serta mencontohi kehidupan isteri-isteri Baginda S.A.W.

Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi pakaian yang dipilih dan dipakai perlulah selari dengan tuntutan syariat Islam.

Semoga, dengan memakai pakaian yang menutup aurat ini dapat menjadi perisai yang melindungi diri kita, terutamanya para wanita muslimah dari pandangan liar dan gangguan jahat.

Bagi mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna sebelum ini, masih ada ruang untuk kita bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T, ingatlah bahawa Allah S.W.T itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Yakinlah, apabila kita menjaga aurat dengan sebaik-baiknya, secara tidak langsung kita menghargai serta mensyukuri nikmat pinjaman diberikan Allah SWT kepada kita.

Firman Allah SWT: “Dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak lelaki mereka,

Atau anak lelaki suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak lelaki kepada saudara lelaki mereka atau anak lelaki kepada saudara perempuan mereka atau wanita Islam atau budak suruhan mereka miliki atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak belum mengerti mengenai aurat wanita.

Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang beriman, agar kamu beruntung” (An-Nur: 31).

Malulah kita dengan mereka2 yang berada di Palestin, Gaza. Walau sepanas manapun cuaca mereka still menutup aurat.

Nikmat2 yang Allah bagi di dunia ini hanya sementara dan akan ditarik suatu hari nanti, Setiap kali kita niat melakukan susuatu (menutup aurat/perkara2 lain) kerana Allah, pahala akan dicatat.

Sekecil-kecil perkara adalah nikmat dari Allah. Dunia hanya sementara dan jangan tertipu dengan nikmat dunia.

Also, sekadar nasihat dan peringatan..sebelum post gambar wanita, diri sendiri, kawan mahupun ahli keluarga seperti ibu, kakak, dan nenek, sebaiknya check dulu gambar tu diorang menutup aurat dengan sempurna atau tidak, boleh jadi dosa jariah kepada mereka nanti atas sbb post kita tu

Sebelum nak like any gambar kat medsos pun tengok dulu, gmbar tu menutup aurat atau tidak

Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri. Semoga bermanfaat.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *