Assalamualaikum semua pembaca, aku nak sambung kisah aku.
https://iiumc.com/hidup-tanpa-ayah/
Di mana pertemuan kali pertama aku dan adik2 dengan ayah. Mak ada bagitahu aku yang kami akan pergi ke majlis perkahwinan kawan mak. Mak cakap ayah ikut sekali.
Aku pada masa ni tak tahu nak rasa apa, maklumlah dah hampir berbelas tahun baru nak jumpa.
Kami anak beranak pun bersiap untuk ke majlis dan mak minta ayah ambil kami di sebuah restoran. Mak cakap mak taknak ayah tahu rumah kami. Aku pun hanya ikutkan cakap mak dan malas nak banyak tanya.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya ayah tiba di restoran dan membawa kami ke lokasi majlis. Kami adik beradik masuk dalam kereta dan bersalaman dengan ayah. Perasaan masa tu amat janggal.
Sepanjang perjalanan ayah yang banyak bertanya tentang keadaan kami. Ayah tahu aku sedang sambung belajar dan adik masih bersekolah. Kami hanya menjawab apa yang ditanya dan selebihnya hanya membisu sebab tak tahu nak tanya lebih2.
Dari pertemuan pertama aku lihat perwatakan ayah seorang yang tegas tapi periang. Rupa masih sama macam dalam gambar di dalam album lama.
Bila tiba di majlis perkahwinan, ayah yang offer diri untuk mengambilkan kami makanan dan sebagainya. Aku dan adik2 hanya ikut sahaja. Mak dan ayah berbual kami hanya mendengar dan mengangguk faham.
Ayah sempat juga selfie dengan kami anak beranak. Kami pun pulang dan ayah sempat juga bagi duit belanja pada kami. Di mana tempat ayah ambil tadi, di situ jugalah ayah hantar kami.
Jauh di sudut hati kecil aku, syukurlah aku masih lagi berpeluang dapat berjumpa ayah dan masih mempunyai ayah.
Aku ada bertanya kepada mak kenapa taknak bagitahu ayah di mana rumah kita?
Mak hanya cakap untuk keselamatan dan belum masanya ayah tahu rumah kami. Aku pun hairan kenapa, yelah nanti senang ayah nak jumpa kami kan tapi aku terima hormat alasan mak.
Setelah perjumpaan pertama tu, ada juga beberapa kali kami adik beradik berjumpa ayah. Pergi makan dan sebagainya.
Ayah seorang yang pandai mengambil hati dan nampak berusaha untuk ngam dengan kami adik beradik. Setiap kali jumpa, ada je hadiah dari ayah.
Persoalan dan pertanyaan yang terpendam lama masih kemas disimpan rapi oleh aku. Belum tiba masa untuk aku betanyakan hal sebenar pada ayah.
Pada hari lahir aku, ayah berikan hadiah jam dan kad. Ucapan yang ringkas dari ayah aku.
“Selamat ulang tahun delima, ayah sayang delima sangat2, ayah minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Semoga berbahagia di hari lahirmu nak”.
Aku takkan lupa ucapan ini.
1 hari, ayah dan mak minta aku dan adik2 pergi pulang ke kampung. Aku ingatkan kampung sebelah mak. Sebab tahu selok belok jalan pulang ke kampung. Jadi aku ikutkan jelah.
Rupanya, kami pergi ke kampung ayah. Nenek aku dah pindah, sama daerah kampung mak aku. Sebelum ni kampung ayah di daerah lain. Salah aku juga sebab tak tanya mak awal2. Mak ayah pun tak cakap kira diorang buat suprise untuk kami.
Bila sampai di rumah, kami disambut nenek dan jugak pakcik. Bermacam cerita kami bualkan. Pakcik dan nenek layan kami macam biasa. Padahal agak lama jugak kami tak jumpa nenek.
Dulu ada jugak maklong aku nak bawa kami jumpa nenek tapi mereka dah pindah. Rumah nenek orang lain yang duduk. Sejak tu, kami tak tahu di mana nenek tinggal. Rupanya 1 daerah, memang kecil dunia ni ye.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hubungan aku serta adik2 dan ayah masih baik. Cuma aku kurang berinteraksi dengan ayah. Ayah selalu juga bertanya khabar dan sebagainya.
Di singkatkan cerita, masa ni aku dah habis belajar dan sudah pun bekerja. Aku bertemu jodoh awal. Masa ni ayah la yang akan jadi wali aku kan. Aku bagitahu mak aku perkara ni.
Mak aku mulanya memang tak setuju aku nak kahwin. Sebab awal sangat kan. Mak minta aku tanya pendapat ayah. Ayah ok je dengan permintaan aku. Kalau dah jodoh tak kemana. Ikut adat, aku merisik, bertunang dan nikah.
Dalam tempoh masa ni saudara mara sebelah mak aku dah tahu kami dah jumpa ayah dan keluarga ayah yang lain.
Masa nikah aku ada masalah sikit sebab nak buat sebelah mak atau sebelah ayah. Yelah makcik pakcik pun ikut campur. Agak huru hara sekejap.
Tapi akhirnya, aku buat sebelah mak. Saudara mara, pakcik makcik aku sebelah ayah yang datang tempat kami.
Syukur majlis perkahwinan aku berjalan lancar.
Persoalan dan teka teki aku masih lagi belum ada jawapan. Dan hari ni adalah hari di mana aku dapat jawapannya.
Aku dan suami datang melawat ke rumah nenek. Berbual bercerita banyak perkara.
Nenek cakap ada sesuatu yang dah lama dia nak tunjuk pada aku. Aku pun tertanya-tanya apakah ia.
Nenek keluarkan 1 frame dan dalam frame tu bukanlah gambar tetapi baju gaun berwarna putih pink. Aku kenal gaun tu, sebab aku pernah nampak gambar aku pakai gaun tu di dalam album.
Tergaman dan tak sangka gaun yang berbelas tahun lamanya di simpan di dalam frame gambar. Jujur aku dan suami menitiskan air mata.
Gaun tu arwah atuk yang belikan untuk aku dan ayah la orang yang framekan gaun aku. Ayah cakap itulah yang sempat ayah simpan sebelum mak bawa aku dan adik2 lari.
Hanya itu kenangan yang tinggal untuk ayah sebab tu ayah frame kan gaun aku. Tanda ayah tak pernah lupakan aku sebagai anak perempuan pertama dia.
Ayah juga bagitahu, ayah tak pernah lupa hari lahir kami adik beradik. Setiap tahun ayah akan beri ucapan di dalam surat khabar.
Kalau pembaca ada yang tahu, zaman dulu ada ruangan ucapan hari lahir pada surat khabar. Di situlah ayah akan beri ucapan kepada kami adik beradik.
Aku tak sangka rupanya ayah ingat pada kami adik beradik.
Masa ni lah aku ambil peluang untuk tanya ayah kenapa mengapa bagaimana selama berbelas tahun ayah tak dapat di kesan. Ke mana ayah hilangkan diri? Adakah ayah benci pada kami adik beradik?
Ayah cakap mak minta cerai pada ayah dan kalau ayah tak ceraikan mak, ayah seorang yang dayus. Dan bermacam lagi cerita yang ayah bagitahu pada aku. Hanya itu yang mampu aku kongsikan kepada pembaca semua. Hal yang lain biarlah aku sahaja yang tahu.
Akhirnya, persoalan aku selama ini terjawab dari mulut ayah sendiri.
Tapi aku tak bagitahu mak tentang perkara ni. Ibarat pepatah melayu perkara yang lepas jangan dikenang.
Syukur alhamdulillah, mak dah berjaya besarkan aku dan adik beradik seimbang dunia dan akhirat.
Siapalah aku tanpa MAK dan AYAH.
Kasih ibu hingga ke syurga kasih ayah kekal selamanya.
Kehidupan aku kini bahagia di samping keluarga dan anak2 tercinta. Semoga kisah perjalanan aku hidup tanpa ayah yang aku kongsikan ini dapat aku jadikan sebagai memori penulisan di sini.
Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah hidup aku.
Sekian dari DELIMA.
– Delima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit