Aku, anak ke dua dari 2 beradik dan membesar tanpa seorang bapa dibesarkan oleh seorang ibu. Hidup aku yang sentiasa sendiri di rumah tanpa abang & ibu, dibesarkan oleh atuk dan nenek.
Banyak yang aku lalui dalam hidup dari sedih gembira dan tiada rasa hati pun ada. Disebabkan sunyi, aku mula bela kucing.
Kisah yang aku nak cerita lebih kurang pada posting penyesalan atas doa yang termakbul yang berkait tentang kucing aku yang bernama oyen lumpuh.
Aku pernah bersumpah jika aku bertemu jodoh, aku tak akan pilih lelaki yang akan buang kucing aku jika aku berkahwin dengannya. Akan aku buang lelaki tersebut tanpa perbincangan, itulah aku hati sekeras batu.
Mungkin disebabkan membesar tanpa seorang bapa akibat penceraian kedua ibu bapa aku, membuat aku membesar hanya fikir bahagia aku dan bukan untuk orang lain kerana hati aku tiada siapa akan jaga melainkan aku sendiri.
Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan jodoh yang terbaik yang juga pencinta kucing, seorang yang rajin dan bertanggungjawab.
Sepanjang hampir 3 tahun perkahwinan kami, macam2 kami lalui. Dari segi pertanyaan bila nak ada anak, dan fasa suami aku kehilangan kerja,
Dapat kerja baharu tetapi gaji sedikit dan tidak boleh membayar semua commitment suami aku dan aku terpaksa guna duit simpanan aku untuk membantu suami langsaikan hutang.
Bulan 11 2023, suami aku ditakdirkan bekerja di tempat baru yang gajinya cukup rendah tetapi itu tidak mematahkan semangat aku dan suami dan aku yakinkan dia, aku mampu membantu suami aku.
Kami diuji ketika suami terlanggar anak kucing di kedai makan ketika kami mahu pulang ke rumah. Anak kucing itu kami namakan oyen, kami bawa oyen ke emergency vet hospital di puchong selangor,
Tetapi kerana kekangan wang aku hanya mampu membayar duit consultation dan ubat ubatan sahaja untuk oyen yang berjumlah RM250 tanpa imbasan x-ray untuk oyen.
Kami jaga oyen sehingga dia benar ok dari luka, tetapi oyen tidak menunjukkan tanda dia akan berjalan semula.
Suami ku terlanggar kedua belah kaki oyen, sungguh kami sangat sedih dan menangis semasa kami terlanggar oyen. Kerana kami sangat cintakan kucing.
Bulan 12 2023, aku membawa oyen ke klinik lain untuk imbasan x-ray. Jawapan yang kami terima, jagalah oyen sehingga akhir hayatnya kerana tiada tanda dia akan dapat berjalan semula.
Rutin kami setiap pagi dan malam, pasti membasuh najis oyen kerana dia memakai pampers. Kami basuh bajunya, dari 2 pasang baju hingga ke 10 pasang baju aku belikan untuk oyen. Semua kerana sayang dan untuk memudahkan kami menguruskan oyen seperti bayi.
Ada hari suami tertekan dengan perasaan bercampur penat, kadang kala termarah oyen. Tapi oyen masih sama, sangat menyayangi kami kerana dia tidak faham apa itu marah manusia pada kucing.
Aku akan uruskan oyen jika suami mengalami tekanan kerja, wang, tapi suami aku sayang pada oyen. Selalu tidur bersama di atas lantai kerana temani oyen.
Bulan 3 2024, aku dapat info tempat rehab/pemulihan kucing lumpuh dengan bayaran RM699 untuk 10 sesi rawatan..
Aku hantar, niat aku untuk melihat oyen berjalan semula kerana dia hanya mampu mengintai kawan2 memanjat pokok manakala dia di dalam rumah.
Oyen pernah terlepas dari rumah dan peha oyen luka terkena batu & longkang. Cukup pedih untuk aku lihat dia sudah lumpuh, tambah luka di kaki. Kerana itu aku usaha pulihkan kaki oyen.
Usaha aku gagal kerana tiada perubahan pada kaki oyen. Terapi tersebut tamat pada bulan 5 2024.
Bulan 7 2024 aku terjumpa klinik yang kononnya mampu memulihkan kucing yang patah tulang tanpa perlu pembedahan. Dan niat aku masih sama, mahu oyen sembuh dan melihat dunia luar.
Kerana kekangan wang, aku dan suami sebenarnya baru sahaja membina rumah jadi wang kami banyak habis pada rumah. Sebab itu aku mengatakan kami ada kekangan wang, gaji bulanan kami memang habis membayar barang2 rumah.
Bulan 8 2024 aku disahkan mengandung dan aku mahu oyen sembuh supaya suami ku tidak terlalu penat menguruskan anak dan oyen. Jadi aku minta izin suami aku dan minta padangan ibu aku untuk mendapatkan rawatan buat oyen.
Suami aku kurang setuju kerana dia sayangkan oyen dan sanggup menjaga anak dan oyen. Oyen terlampau manja dan tidur di badan dan ketiak suamiku sahaja.
6 haribulan 9 2024 aku membawa oyen ke klinik yang aku sebut mampu memulihkan tulang oyen. Aku mudah terpengaruh dengan video yang memberi harapan kucing patah kaki masih boleh sembuh.
Total pembayaran RM720, aku terkejut dengan banyak jenis ubat yang aku sebagai manusia pun belum tentu mampu makan ubat2 tersebut, tapi disebabkan niat aku ingin oyen pulih. Aku paksa oyen makan ubat2 tersebut dan melakukan physioteraphy pada oyen.
Setelah 1 minggu makan ubat2 tersebut, oyen mula tidak membuang air besar. Kami panic, tetapi masih tenang dengan mengurut oyen dan berhenti memberikan ubat serta merta. Oyen mula murung, kurang bermain, makan minum seperti biasa cuma tidak terlalu aktif.
Tarikh 26 september 2024, oyen mati di depan kami suami isteri sebelum kami pergi kerja. Aku dan suami peluk dan cium oyen untuk kali terakhir pagi itu, oyen sangat wangi yang bau tu tidak pernah aku bau.
Pedihnya hati kami, penyesalan yang teramat sangat kerana sifat ego aku. Allah ambil oyen dari kami, maafkan kakak oyen. Kakak yang salah, niat kakak hanya ingin oyen boleh berjalan semula dan main di luar rumah.
Tapi janji oyen pada Allah hanya untuk mendidik kami suami isteri menjadi ibu bapa. Sungguh doa aku, ingin oyen boleh berjalan semula. Tapi Allah makbulkan doa aku supaya oyen boleh berjalan di alam abadi.
Allah juga makbulkan doa aku untuk punya zuriat lahir dari rahim aku sendiri, tetapi aku tidak pernah bersedia untuk kehilangan oyen lumpuh kami.
Benarlah orang kata, setiap yang kita doa mampukah kita bertahan jika Allah megambil sesuatu dari kita. Aku sentiasa pegang kata-kata ini, Allah tidak akan uji seseorang hamba sesuatu yang dia tidak mampu tanggungi.
Pedih itu memang akan sentiasa ada, semoga Allah temukan aku, suamiku, keluargaku dengan oyen di akhirat & syurga nanti. Aamiin
– Kakak Oyen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allah ambil oyen tp Allah gantikan dgn zuriat dlm rahim sis😊