Suami Macam Alien

Salam semua. Straight to the point. Saya Siti. Sudah berkahwin 8 tahun. Ada anak 3 orang.

Saya seorang suri rumah. Suami saya buat bisnes. Nafkah makan minum, tempat tinggal cukup. Cuma saya asyik stress dengan situasi kami.

Kalau tengok luaran, hubungan kami ni nampak elok sahaja. Cuma saya tak faham apa suami punya perangai. Dia sejenis tak boleh ditegur. Padahal teguran tu untuk kebaikan bersama.

Contohnya saya kata abang jangan la lambat-lambat solat. Nanti tak berkat rumah tangga kita, terus dia buat muka. Tak bercakap dan silent treatment saya.

Pastu bila saya pujuk, dia kata saya hina dia, sengaja melambatkan solat. Dia rasa defensif. Padahal apa yang saya tegur tu untuk kebaikan bersama. Tapi dia ambil benda tu sebagai negatif.

Kadang-kadang dia balas balik cakap, awak boleh la, keluarga awak background agama, saya ni baru nak belajar dan faham lebih dekat stress! Then saya stop tegur. Bila stop tegur, benda ni akan merosakkan hubungan kami.

Bukan tu je, banyak lagi bab lain. Dan kebanyakkan saya cakap berlapik. Supaya dia tak terasa.

Contohnya, saya kata, abang baju bundle yang abg beli haritu tak pakai pun, ni abang beli lagi. Dah penuh satu almari. Pakai pun jarang2. Sebenarnya abang beli ni untuk apa? Terus dia merajuk dan tak bercakap dengan saya.

Saya stress tau emosi saya terganggu macam ni. Last-last saya kena pujuk suami saya. Saya rasa dia pulak isteri dan saya suami. Tak habis-habis merajuk. Merajuk benda tak sepatutnya pun. Apa dia fikir saya ni tak ada perasaan ke?

Kadang-kadang perangai dia yang merimaskan selalu tanya apa saya buat. Contohnya, saya tengok tv then saya gelak. Pastu duk tanya, awak gelak apa?

Padahal dia nampak dah saya tengok tv. Saya pun tak respon la. Sebab terang-terang saya gelak tengok tv. Lepas tu dia merajuk, kata saya ni kurang respon. Arghhhh. Stresnya ya Allah.

Sebelum ni saya pernah je respon, saya kata cerita ni kelakar. Lepas tu dia balas, tu pun nak gelak. Tak kelakar pun. Menyakitkan hati tau.

Kalau saya cakap suka hati saya la nak gelak, sebab saya yang rasa kelakar. Pastu dia merajuk. Then nak kena pujuk. Weiiii.

Kalau saya tengok tengok phone, kerja dia akan intai apa saya buat kat phone. Tak berhenti intai tau. Kalau saya senyum je. Pastu mula la, awak senyum apa tu? Senyum pun salah ke?

Bila saya explain panjang-panjang nanti dia tak faham, bila tak faham dia akan terasa, bila terasa dia merajukkkkkkkk! Stres!

Bila saya buka whatsapp pun, dia akan keep intai dan tanya, whatsapp siapa tu? Padahal whatsap dengan ayah je. Then tanya lagi whatsap pasal apa? Aduhh. Saya kata la tanya khabar je.

Then, bila saya letak phone dia akan pi godek2 tengok whatsapp saya dengan ayah. Pastu dia kata kenapa tak cerita kat saya yang awak nak belanja makan ayah? Lepas tu merajukkk. Melampaunya tahap merajuk suami saya ni.

Apa saya kena buat ya? Kadang-kadang saya rasa tersepit. Cakap banyak salah. Tak cakap pun salah. Kadang-kadang gaduh besar sebab benda yang sangat simple. Saya penat hidup macam ni. Tolong nasihat saya.

Berdosa ke apa yang saya buat tu?

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam sis..part tngok tv tu kelakar..Adoi..ade juga suami jenis macam ni ye..Dah terbalik ni sis..Dah kawin berapa lama sis? Klau setahun dua tu biasa nak mengenali karakter masing2..Sis bnykkan sabar hadap perangai suami tu..kalau dia takde mesti sis akn rindu perangai dia yg mcm tu..Tegur je cara berlapik dan jgn pnjgkan teguran ubah topik cepat2..Jadi takdela sakit hati sis..Suami saya pun perangai mcm nie masa mula2 kawin lps ada ank dia tak kisah dah sbb dia tahu ape je saya buat..Suami saya akan call smpai berpuluh kali padahal saya dlm toilet je pun..haaa..sabar ok sis suami akn berubah ikut masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *