Copy Cat

Hai readers, nama aku Mazola. Ni confession aku yang kelima kat sini. Hari ni aku nak cerita dan nak minta pendapat readers sekalian. Sebelum tu biar aku ceritakan sedikit latar belakang aku. Aku isteri dan ibu kepada 3 orang anak.

Dari aku sekolah, masuk u dan dah bekerjaya isu copy cat ni tak lari dalam hidup aku. Aku ni dari kecil tak suka barang yang sama dengan orang lain. Jadi apa sahaja yang aku pakai dan guna pasti akan menarik minat orang lain.

Waktu aku sekolah ada seorang kawan aku, nama dia Semperit. Semperit ni akan beli barang sama dengan aku. Kasut, stationeries, pencil case, baju dan macam-macam lagi la. Aku jadi menyampah sebab aku kan tak suka orang yang ada barang sama dengan aku.

Yang ni korang jangan cakap aku perasan sebab ramai kawan-kawan kami kata Semperit suka tiru aku. Semperit kata dia nk same-same dengan aku sebab dia kata aku best friend dia. Ni dia self claim ye. Aku pun terkejut waktu dia cakap macam tu.

Bila kat universiti pulak ada kawan aku yang memang dari stail, gaya bercakap, barang semuanya dia tiru aku. Sumpah tau aku tak selesa.

Sampai ada kawan-kawan kami yang cakap kenapa eh Mocha (kita namakan kawan aku ni) tu dah macam Mazola. Bukan seorang dua yang cakap,ramai sangat cakap benda yang sama.

Disebabkan aku tak selesa jadi aku cakap terus terang dengan Mocha. Aku tak suka dia tiru aku. Memang aku luahkan semua yang terbuku dalam hati aku kat dia. And alhamdulillah dia accept and changed. Dia kata dia admire semuanya pasal aku.

Kitaorang bukan lesbo ye. Dia kata dia suka tengok aku lebih kurang macam dia ni tengok aku sebagai idol la kot. Dan aku satu-satunya kawan dia yang dia boleh get along. Bila dia berubah, aku jadi selesa dengan dia dan sampai sekarang kami masih berkawan baik.

Dah masuk alam pekerjaan pulak ada pulak sorang team mate aku ni suka beli apa yang aku ada. Kalau dia berkenan dengan barang aku tu, dia akan pinjam atau dia akan belek-belek. Contohnya beg aku. Dia belek, bukak zip tengok compartment kat dalam, then tanya beli kat mana.

Aku bukan jenis poyo tak nak share jadi aku bagitau je dia. Tak lama lepas tu, aku nampak dia pakai beg yang lebih kurang sama dan bukanlah sama brand dengan yang aku pakai.

Bukan beg je tau ada lagi la yang dia tiru aku. Tapi bila dah kerja ni, aku jadi malas dah nak ambk port memandangkan benda ni aku tak boleh control. So, aku wat lek wat pis je la bila aku tengok orang lain copy cat aku.

Sampai la bila aku berkahwin isu copy cat ni jadi trigger semula bila my sis in law buat benda yang sama. Aku rasa apa yang aku ada, kalau dia tengok macam cantik je dia akan tiru.

Dari barang² deko rumah, luggage, beg, kasut dan macam-macam lagi la. Aku jadi macam sakit hati why la nak tiru aku.

So, korang please la bagitau kat aku. Apa yang aku rasa ni salah ke? Aku ke yang ada penyakit hati? Kalau dulu aku nampak je orang pakai apa-apa yang sama dengan aku, aku terus buang. Bila dah besar, takde dah perangai tu.

Aku nak buat tak tahu je tapi bila dah semua benda tiru, aku rasa macam hang takda taste or preferences hang sendiri ka? Ha gitu.

Itu jelah luahan aku…

– Mazola (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Selagi mereka beli guna duit sendiri apa masalah pula awak nak kisah? Macam ada penyakit hati pun ye juga.

  2. sis, jangan ingat dunia ni sis sorang je yang punya. you patutnya kene bangga sebab ada citarasa yg helokkk. sebab tu orang suka ikut gaya you.

  3. Hi awak… Awak mesti jenis high taste kan… Jenis yg pakai barang mahal2, pandai make up pandai berhias.. sedap memandang.. mesti ramai laki usha awak kan… apa salahnya kawan2 awak nak ikut style awak.. terima je la nak buat camne.. u cant change them, but u can change yourself… kalau awak rimas org copy awak, baik pakai tshirt seluar slack, g ofis pakai sandal, beg recycle ikea tu pun ok juga.. rasanya xde lagi pakai camtu g ofis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *