Assalamualaikum semua. Aku pegawai kerajaan berumur lewat 30-an dan belum berkahwin, tapi wajahku sangat muda macam awal 20-an.
Ke mana sahaja aku pergi, orang selalu ingat aku budak universiti. Malah ada juga yang ingat aku budak sekolah.
Sejujurnya, aku suka sangat dengan wajahku dan tubuh badanku. Aku suka sangat nampak muda daripada usia. Aku usia begini pun macam budak sekolah. Harapannya umur 50-an pun macam 30-an, hahahaha.
Cuma, ada satu kelemahanku. Aku kurang dihormati kerana wajahku. Orang yang tidak kenal selalu menganggap aku sebagai remaja belia umur awal 20-an (budak uni/lepasan spm) sedangkan aku pegawai kerajaan lepasan master.
Kalau aku pergi membeli barang yang perlukan aku beratur, penjual selalu utamakan orang lain yang lebih tua sedangkan aku beratur dan sepatutnya aku dilayan tapi penjual suka abaikan aku, sebab dia ingat aku budak kot.
Benda ni bukan berlaku sekali tapi kerap kali. Aku sangat tak suka kalau peniaga tak ikut turn layan pelanggan. Biasanya, mereka cenderung layan orang tua dulu baru orang muda. Padahal kita beratur kot. Mak cik mak cik tu pulak suka memotong barisan.
Aku ni terpaksalah menyampuk “Maaf saya beratur dan sepatutnya saya dulu order”. Penatlah camni
Begitu juga kalau aku berurusan di kaunter pejabat kerajaan. Aku mesti dilayan acuh tak acuh sebab mereka menganggap aku budak.
Tapi setelah mereka tahu aku pegawai gred sekian sekian, baru muka mereka terkejut. Tak boleh ke layan semua orang sama rata?
Sama juga kalau aku pergi shopping. Peniaga suka pandang aku lekeh sebab yelah muka aku macam muka budak. Ada sekali aku shopping handbag berjenama. Jurujual tu pandang aku macam aku ni tak layak je membeli di situ padahal aku mampu je tau.
Bila aku betul-betul nak bayar barulah dia terhegeh-hegeh nak layan aku. Sedangkan sebelum tu, bila aku tanya, dia jawab malas-malas je.
Begitu juga kalau masuk ke kedai emas. Penjual emas tu memang nak tak nak layan aku. Mungkin dia ingat aku ni sengkek, budak je pun. Bukan ada duit. Padahal aku mampu sangat nak beli yang puluh ribu tu.
Tapi bila aku beli yang mahal terus, masing-masing buat muka terkejut. Geramlah camni. Ingat muka budak ni tak mampu ke? Even kalau aku betul-betul budak sekalipun, layanlah semua orang sama rata.
Pernah juga aku jadi wakil jabatan untuk lawatan ke jabatan lain. Pegawai yang sambut aku tu tanya, “mana pegawai kamu?”.
Aku jawablah, “sayalah pegawai tuttt”. Terus berubah air muka dia. Sebab dia cakap dengan aku tadi macam aku ni budak intern.
Bab jodoh susah dapat ni aku rasa muka aku mempengaruhi jugaklah. Lelaki selalu ingat aku muda macam budak. So aku susah nak dapat lelaki matang baya-baya aku.
Selalunya, lelaki yang ngorat aku mesti budak lepasan spm atau budak-budak uni.. sampai mak aku cakap, emm mama rasa awak kahwin dengan lelaki 10 tahun lebih muda.
Haha, janganlah doa begitu emaknya punn. Haish. Aku pun nak lelaki matang level-level aku tapi tu lah, banyaknya laki orang.
Kesimpulannya, tolonglah layan semua orang sama rata, tak kiralah muka dia nampak muda ke, tua ke.. dia pangkat apa sekalipun, layanlah semua orang baik-baik.. tak payah nak prejudis dan selek sangat ok..
Sekian dari pegawai awet muda yang masih single..
– Sis Fufu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lelaki muda pun ada yang matang. kdg laki berumur baya kita ni perangai tak semenggah. lagi elok lelaki muda hahahaha. seronok nyaaa muka muda mcm ni.
Tapi betul awak, saya pun macam tu, kadang rasa ralat tau rasa, sebab orang layan kita macam tu, pasal lelaki pun betul wak, rata-rata semua budak2 je yang nak try, kadang diorang ni tak panggil kita akak pun yela beza banyak kan, patut kena lah hormat. Tapi takpelah kita fikir je yang positif
Cuba ubah tona suara tu, jadi deep sikit. Mekap pakailah yg heavy sikit. Ubah cara berpakaian dan cara berjalan.
hi sis, i rasa mungkin cara pemakaian kot yang membuatkan orang ingat you budak-budak. mungkin kene ubah sikit. btw tak salah pun dapat jodoh yg lagi muda hehe
Bestla nampak muda. Kita lagi suka tengok muka org yg terkejut tu lps reveal umur 😁 Nak2 mak cik2 yg potong q tu. Tegur direct je depan muka. Sama jgk dgn salesperson tu. Tegur dpn dia.. nak entertain saya ke tak ni? Siapa eh supervisor u? Buat2 tgok name tag dia. Speaking sikit2 nampak ada class sikit. Nnt balik file complaint kt HQ store tu.
Pergi mana2 pun sama sis. When dealing with people mmg diorg akan double standard you base on what you look. Mcm sis terkena as bdk2.. Iols selalu kena sbb dress up biasa2 nampak mcm kita ni kerja cikai tak mampu beli/ IQ rendah. Ni mmg perangai mentaliti sampah. Selalu dah kena dkt hospital / showroom kereta/rumah. Tak pe kita layan jer. Sbb at the end nanti diorg akan termalu sendiri jgk. And that satisfied me 🤣🤣🤣
Nak nampak tua pakailah jubah dan baju kelawar.. pakai cermin mata dengan tudung sure mereka panggil mak cik terus tiada sis or akak lagi.
Ya Allah, ada jg org yg pnh lalui mcm yg Angah pernah rasa. Angah salah seorg yg miliki paras muda x serupa umur. Nk buat mcmna, semua tu kn kurniaan Ilahi. Angah terima dgn penuh syukur & redha. Org yg kecik molek, tinggi cuma sedang2, berat pun 50kg je, muka budak2 mmg org xbrp nk yakin mampu lakukn byk perkara yg ‘org muka matured’ buat kot. Lg satu sampai skg, klau brjalan dgn suami, org akan pandang 2x sebab suami nmpak mcm seorg ayah klau duduk brsama atau berjalan brdua dgn Angah. Doktor yg mrawat Angah pernah tanya, eh! Your father nak ke mana tu? Sbnye patut suami kena la temankn Angah check up, tp dia kluar sekejap nk ke kereta. Angah bgtau la, itu bkn father i, tp suami i. Bila anak lelaki yg temankan plak, doktor ingat, anak my husband. Pening tau .. nk explain jt org which is org ingat kita tipu.
bukan nak jadi joykiller, tapi dunia tak perfect. cik dah dapat nikmat rupa awet muda yang mana ramai wanita lain terutama yang dah berkahwin dan beranak pinak idamkan, kenalah mengadap efek yang tak berpihak dekat cik jugak. saya sokong cuba layan semua orang sama rata tapi memang dah jadi budaya kita utamakan yang nampak lagi tua kan, contoh bagi seat dalam bas atau lrt. bab jurujual tu saya rasa cik yang mudah sangat nak terasa, last2 jurujual tu atau kedai tu jugak untung dapat sales kalau cik cuba prove a point dengan membeli yang mahal camtu. cuba rilek dan stay humble, takyah fikir sangat first impression orang sebab cik sendiri pun macam banyak tanggapan kat orang lain jugak kalau ikut cara penceritaan cik tu