Okay I nak cerita, sebab I nak kata tak tahan takdelah, dia mak I kan. Cuma kadang tu I rasa macam agak annoyed dengan mak sendiri and sampai kadang I pun ter “derhaka” pada mak I sendiri, but I tak sengaja.
And I nak tanya macam mana nak tegur perangai mak sendiri please.
Okay, at first mak I ni jenis yang kepoci, tahu tak makcik-makcik kepoci dan I admit, my mom macam tu. Contoh kepoci yang menyakitkan hati dan toxic (maaf I tahu I tak patut cakap macam ni)
Contohnya, bila balik kampung berkumpul ramai-ramai, biasalah kita jumpa saudara mara dari kecik sampai ke besar ada perubahan dari segi muka, badan, perangai kan..
Mak I ni jenis yang suka menegur, macam “eh teruknya jerawat dekat muka kamu, tak jaga ke… awak tu perempuan kena lah pandai jaga diri” depan-depan semua orang ye. Dia ingat anak dia ni sempurna sangat ke nak cakap anak orang macam tu TT.
Tak cukup dengan tu, cakap pulak pasal badan orang, “dulu tak gemuk macam ni, sekarang kenapa besar sangat badan, tak pakai rexona ke ketiak busuk, badan besar memang selalu kepam” hmm ye depan semua orang, I pun ada disitu.
I punya malu sebab perangai mak I, I mintak maaf banyak2 dekat sedara/sepupu saya tu, gila apa cakap macam tu depan semua orang, takkan orang takkan terasa kot, mestilah terasa.
Adoi I dah pernah bagitahu mak I, apa-apa nampak keburukan orang yang tak boleh ditutup oleh orang tu jangan tegur, tak kisahlah dia hodoh ke, busuk ke, jerawat ke, gemuk ke, jangan tegur simpan je dalam hati sebab bende tu tak perlu pun diperkatakan/diperluahkan.
Tapi mak saya akan cakap macam ni, “lah dah memang betul, mak cakap lah biar orang sedar diri dia macam mana”. Adoi mak oii orang pun tahu lah dia ada jerawat bukannya dia tak sedar…hmm.
Jangan cakap anak orang dijatuh-jatuhkan, anak sendiri pun kena sampai confident level pun zero tapi takpelah anak sendiri kan. Then, mak I ni jenis suka besar-besarkan masalah.
I ada masalah dekat tempat kerja, fyi, I ni dah besar ye, jadi I lebih prefer untuk parents tak masuk campur hal-hal personal saya esp hal kerja. And I appreciate semua mak saya buat, tapi di sebabkan kepoci dia, masalah I dari kecik jadi besar.
Dari masalah saya personal dengan bos sahaja bertukar jadi satu office tahu sebab mak I involve sekali. Sebab mulut mak I ni memang takde insuran ye. Faham tak betapa penatnya saya.
I sudah inform dari awal perkara macam ni I akan settle sendiri, tapi tak mak saya kepoci ni pergi involve kan satu office dan sekarang memang dah jadi masalah besar ye.
Haih I pun taktahu lah nak cakap macam mana. Kalau ikutkan hati dan tahap limit sabar aku memang dah masuk neraka dah aku ni, sebab derhaka. Sebab mulut ye. Semua jadi binasa. Mulut mak I ni memang tak pandai jaga honestly cakap.
I tak tahu nak tegur macam mana dah, mentality jangan cakap, mak I ni orang kampung tapi orang kampung dalam cerita suka jadi batu api tu. Bukan nak mengata mak sendiri tapi ya Allah I tak nak cakap macam ni tau.
Sedihlah, kalau I boleh tegur dengan teguran yang effective dah lama I buat. Tapi I pun membesar dengan macam tu jadi I memang taktahu lah keyakinan sangat low, jadi I dah taktahu apa nak cakap, apa nak buat.
Then lagi satu, disebabkan mulut mak I ni, orang terasa hati dan sakit hati sampai pernah jatuh sakit disebabkan buatan orang tau.
I ingat after kejadian tu dah beringat lah hati-hati bila nak cakap tapi tidak, mak I play victim pulak “katanya sebab dengki, perasaan dengki membinasakan katanya, Ya Allah”.
Kalau nak cerita banyak lah disebab perangai kepoci, mulut busuk macam ni, menimbulkan banyak masalah.
Jadi nasihat macam mana lagi I perlu bagi?
– Gummy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau dah tahu kapoci segala masalah dn kejadian di tempat kerja tak perlu beritahu atau cerita dgn dia. Ayah awak masih ada? Suruh ayah awak tegas tegur sikap buruk mak tu. Ingatkn mak tu jika org tak terima body shamming dia boleh didakwa atau saman. Mak awak ni memang mulut laser, tak kena buku dgn ruas lg.