Hairan dengan orang tua yang mengadu keburukan anak yang satu ke anak yang lain,
Tapi dalam masa yang sama mengharapkan anaknya saling rukun dan menyayangi antara satu sama lain dan tidak saling membenci.
Padahal beliaulah akar penyebab anak-anaknya tak boleh nak sebulu sebagai layaknya adik-beradik.
Sikap suka mengadu keburukan seorang anak ke anak yang lain adalah penyebab utama anak-anak jadi tak suka antara satu sama lain.
Motifnya adalah utk meraih simpati atau jika ada kepentingan diri sendiri yang diperlukan daripada salah seorang anak.
Ditambahkan lagi dengan sikap berat sebelah dan tidak adil yang diamalkan dari anak2 masih kecil sampailah ke dewasa.
Kesan di alam dewasa, anak2 dah tak rapat. Kalau berkumpul satu keluarga, mesti ada drama pergaduhan hingga ada yang tidak bertegur selama bertahun-tahun dek kerana sikap orang tua.
Ada anak yang dah berkahwin, menantu2 yang disalahkan atau sering dijadikan kambing hitam dituduh menjadi punca perpecahan keluarga.
Padahal dalam situasi ini menantu hanya berpihak kepada pasangan masing-masing utk mengelakkan pergaduhan tersebut dibawa masuk ke dlm rumahtangga masing-masing.
Orang tua pula, tidak mahu disalahkan, tidak merasa bersalah, play victim, salahkan orang sekeliling, salahkan segala jin, ataupun segala makhluk hidup yang ada di muka bumi.
Statusnya sebagai orang tua seringkali dijadikan alasan utk menutup kesalahan jika ketahuan menjadi punca pergaduhan keluarga.
Mohon insaf dan banyakkan ibadah.
– Orang Luar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
knn…nie la yg sbnrnya…kita org luar tetap d salahkan…blum lg ipar biras yg suka bw mulut…ipar ppuan kita sedia maklum la mcmne…nie dgn biras llki yg rsa terpaling bgs…ingt la..kita bt pd fmly org…1 msa fmly sndiri yg terkena msa tue baru trfkir …jln yg terbaik bw diri sndiri….