Assalamualaikum dan hai semua!
Aku guru ganti yang berpeluang mengajar di sk, smk dan kini di sekolah integrasi Islam. Masih mencari peluang untuk mengajar secara tetap tapi belum diizinkan lagi. Doakan saya ya!
Secara jujur, tak pernah terfikir nak mengajar. Tapi lepas habis belajar ada gap lama sebelum dapat kerja, mak yang rekomen ajar lah tuisyen.
Pastu cam eh, best la ajar murid2. Try pulak apply kat ppd. Dapat SMK. Ganti sebulan je lepastu dapat offer dari sekolah untuk sambung ganti sampai habis tahun. Best!
Yang saya perasan, budak2 yang advance, narcissistic. Dorang perasan dah pandai sangat, tapi kuat merungut. Bagi kerja sekolah, dikatanya bagi banyak. Padahal tugasan yang diberikan sama jumlah dengan pelajar kelas belakang. Mereka ada kabilah2.
Nak tegur cikgu bila jumpa? Sangat jarang. Suka bagi side eye pun ya jugak.
Tapi bila ajar yang kelas belakang, havoc betul. Peramah, lively dan rajin tegur cikgu. Walaupun tak siap kerja sekolah, mereka tak pernah merungut. Malah suka setiap sesi pembelajaran yang dijalankan. Mereka rapat sebagai satu kelas.
Komunikasi berlaku dari hujung ke hujung kelas. Memang mengujakan hari2 bila saya masuk mengajar. Mereka jugak tak lokek dengan senyuman dan pujian. Siap minta doa lagi bila nak exam.
Sungguh saya rindukan anak murid saya. Semoga mereka sihat, terang hati dan dipermudah urusan. Semoga berjaya!
Tamat tempoh ganti di SMK, saya berpeluang ganti di SK. Saya terkejut. Hiruk pikuk, murid yang high need, murid yang berlari2, tak duduk diam. Hari pertama saya ganti, saya rasa overwhelm.
Di SK, saya perlu beli microphone, kalau tidak suara saya akan tenggelam. Saya tak pandai marah, jadi pelajar ingat saya lembut. Mereka manja ya.. Masuk kelas je, akan ada yang datang peluk saya.
Perkara yang paling saya tak boleh lupa, hari terakhir saya ganti di SK tu, ada murid mengadu terberak dalam seluar. Hahahaha. Saya bawa murid ke toilet dan simpan seluar kotor dalam plastik.
Nasib baik murid itu boleh urus diri sendiri. Cuma kesian dekat dia. Mesti malu, sbb masa tu pelajar kerumun tanya kenapa2. Kawalan dalam kelas saya agak out ya, murid2 seramai 30-35. Saya nak menangis tapi tahan je.
Pernah kena sound dengan guru tetap, bukan nak dibantu, tapi diberi teguran depan murid2 saya. Saya malu dan rasa sedih. Terus muka cikgu tu saya benci nak tatap. Memang tak pandang dah muka dia. Mungkin silap saya tak study before masuk ganti.
Tapi gap saya dapat panggilan dengan masuk ganti cuma tiga hari. Apa yang saya belajar, murid2 perlu attention grabber dan jangan biarkan mereka lalai/tiada aktiviti. Saya jugak terkejut, murid tahun 1, masih ada yang buta huruf.
Kesian, di saat tahun 1 punya silibus sudah perlu bina ayat, jawab soalan, mengeja. Murid itu akan terkapai2 dan tertinggal. Ada jugak murid yang berkelakuan seperti di tadika, bermain2, tidak fokus dalam kelas ataupun dia ADHD?
Saya tak pasti, tapi murid itu pandai membaca. Dia juga ada habit sorok bawah meja sendiri dan meja guru. Saya berterus terang, saya tak berkebolehan untuk mengurus murid2. Saya suka budak2, tetapi dalam kuantiti yang banyak, saya surrender. Agak gila ya.
Saya berfikir, macam mana agaknya guru SK saya dulu mengajar? Tapi masa saya SK dulu, sesi sekolah 7 pagi sehingga pukul 1, sekarang mereka sekolah pukul 12-6. Tempoh yang dirasakan panjang buat saya.
Makanan di kantin? Menyedihkan. Kerana terpaksa berkongsi dengan sesi pagi, lauk kebanyakannya sudah habis.
Saya berpeluang jaga waktu rehat murid tahun 1, ada sahaja kes kehilangan duit. Saya nak beri duit? Saya pun tercungap-cungap nak beli makan tengah hari. Ada hari saya akan beri jugak.
Kenangan saya yang paling manis, saya berpeluang menyambut hari guru di SK. Walaupun, saya cuma berada di situ selama sebulan, saya dapat juga hadiah dan penghargaan daripada murid2. Mereka tidak lokek, dah bagi hadiah, malu2 pula mereka.
Yang saya perasan, guru sesi pagi dan sesi petang seakan pihak yang berlawanan, seorang api dan seorang air. Tidak sebulu.
Ada sahaja masalah komunikasi dan sikap tidak bertanggungjawab. Sorang kata waktu bekerja saya dah tamat, sorang kata ini bukan skop kerja saya dan sorang lagi kata kami banyak kerja!
Gosip di SK antara guru juga sangat dahsyat. Saya sebagai orang luar hanya memekakkan telinga. Sepatutnya diberi teguran/nasihat bukan disebarkan aib guru tersebut. Keadaan bilik guru juga sangat daif. SK itu sudah beroperasi dari tahun 1990an. Sangat padat dan penuh dengan buku2.
Toilet juga agak ngeri buat saya. Waktu solat guru agak terkejar2. Murid tidak diberi kesempatan untuk solat berjemaah, mereka perlu solat semasa rehat atau curi masa semasa kelas berlangsung.
Yang terkini, di sekolah integrasi Islam. Saya sangat menikmati (enjoy) ajar di sini. 8.30-9.30 waktu hafazan dan tilawah. Hari rabu 8.30-1.00 waktu kokurikulum, waktu rehat ada dua kali, 9.30-10.00, 1.30-2.30 petang dan mereka solat berjemaah bagi dhuha, zuhur dan asar.
Mereka tamat sekolah pukul 4 petang, guru boleh clock out 4.30 petang. Guru2 juga sporting dan tidak berfikiran sempit.
Disebabkan kemasukan pelajar adalah sikit, mereka sangat rapat antara classmate dan jugak tahun berlainan. Brotherhood dan sisterhood sangat strong ya! Saya sebagai murid SK dan SMK sangat cemburu! Murid2 juga agak laid-back di sini berbanding di SK dan SMK.
Akademik ditekankan namun hanya segelintir yang berkebolehan dan rajin. Subjek Diniyah mereka kejar juga.
Yang saya tak boleh lupa, bila mereka main netbal/futsal/bola sepak, keghairahan mereka tidak seperti SK dan SMK yang akan terdengar jerit jeritan untuk mendapat gol. Mereka sangat tenang, sopan dan (sportsmanship) agak tinggi.
Bila mereka berjaya menghantar bola ke gawang gol, mereka bertepuk tangan. Saya sebagai penyokong agak hampa di situ, saya macam nak lompat dan jerit hahahaha mampu dalam hati je :)
Bila dah di sekolah integrasi Islam kan, perempuan punya baju sukan, dah macam baju kurung. Labuh betul. Saya sudah terbiasa pakai t-shirt lengan pendek dengan inner, memang tidak cover punggung la kan? Hahahaha.
Kami juga kena pakai handsock dan stokin sepanjang masa. Tudung kena tutup dada dan labuh di belakang. Agak pelik mula2, tapi lama2 jadi kebiasaan.
Guru2 di sini bukan sahaja mengajar subjek, tetapi juga mengaji dan tuisyen akademik. Mereka akan pulang jam 5.30 paling lewat. Fuh.. saya kalau boleh mmg nak cau 4.30 jeee. Kalau hari bertugas tu je balik lewat… 5.15 dah keluar heheheheh
Murid2 sangat polite, nampak muka cikgu sahaja, assalamualaikum cikgu, sampai saya yang segan nak membalas Salam. Hahahaha nampak tak introvertnya? Hubungan antara guru dan murid juga agak akrab. Sejujurnya, saya cemburu. Again? Hahaha.
Sebagai murid SK dan SMK saya dibesarkan dengan sikap pilih kasih guru dan cikgu yang setakat mengajar sahaja. Mungkinkah itu pendorong untuk saya jadi cikgu? Untuk melayan murid lebih baik daripada apa yang cikgu saya lakukan pada saya.
Saya menyimpan angan2 untuk mengajar di sekolah aliran cina pulak.
Moga2 dapat. Kalau anak saya, saya berangan untuk hantar dia ke sekolah aliran cina, tetapi setelah berpeluang mengajar di Sekolah Integrasi Islam, saya cenderung ke arah itu.
Biar lah dia belajar asas agama dan akademik di situ dari darjah 1-6, untuk menengah mungkin saya akan hantar ke SMK atau SMA.
Okaylah semua, itu sahaja luahan daripada saya. Semoga perjalanan saya dipermudah, saya doakan semoga mereka yang membaca luahan saya ini dipermudah urusan, sihat selalu, dilimpahkan rezeki dan sentiasa di bawah lindunganNya.
Babai!
– Belle (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit