Lemahkah Aku?

Salam admin dan semua.. Aku seorang anak, perantau yang sangat rindukan keluarga. Dan berumur 25. Maaf, aku tak pandai berbasa basi. Aku straight to the story sahaja.

Aku anak bongsu dari 6 adik beradik. Dalam adik beradik, hanya aku seorang sahaja yang berjaya masuk universiti, anak harapan keluarga.

Aku mengaku aku bukan orang pandai, hanya orang biasa yang berusaha luar biasa untuk mengangkat darjat keluarga. Belajar di selatan, bekerja di utara, berasal dari pantai timur.

Cerita bermula apabila aku posting di utara. Aku sangat merindukan keluarga.

Kakak-kakak semua berada di kampung, abang-abang semua bersama di kampung. Hanya orang biasa-biasa namun hidup tenang, ada keluarga disisi.

Sedangkan pada dasarnya kehidupanku kelihatan lebih baik. Ada pekerjaan kebanggaan orang tua, namun aku kesorangan, sekarang baru balik kampung bercuti deepavali.

Keseorangan di dalam bilik membuatkan aku sedih.

Semalam, aku bersama kakak-kakak aku bersembang mesra di waktu petang, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di bawah pohon kelapa. Sederhana tapi mewah, mewah dengan kasih sayang. 

Hari terakhir di kampung, aku sengaja memencilkan diri kerana aku tidak mampu mengawal air mata saat menikmati minum petang, mengetahui hakikat bahasa esoknya aku tidak disitu lagi.

Allah.. Aku tiada siapa-siapa.. aku mohon nasihat untuk aku kekal semangat dalam mendidik anak2 muridku yang nak spm.

Aku tak kuat, aku rindu tempat selamat.. Aku rasakan aku seorang di sini.. Bantu aku..

– Syima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alahai teacher shima. Berkawan la dengan orang2 utara. Ramai saja yg baik2 dan lebarkan rangakaian kawan2 teacher.
    Anak2 murid pun boleh jadikan kawan.
    Bukan kah nabi menggalakkan kita keluar dr rumah bila dh dewasa, meluaskan pandangan, pengalaman….
    Came on..jangan la lemah sangat teacher….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *