Hai semua! Assalamualaikum. Confession ni bukan bersifat luahan tapi lebih kepada perkongsian tentang cara aku berbelanja dan berjimat.
Bukan untuk mendabik dada tapi saja untuk trigger komen dan tips dari pembaca lain sebab aku percaya tips terbaik datang dari rakyat jelata yang kerja makan gaji dan ada komitmen tersendiri, bukan tips dari iklan tv/media sosial.
Ok sedikit latar belakang aku. Nama aku Radiana (ni memang nama sebenar haha). Kawan2 panggil Dira. Sebabnya masa sekolah budak laki nakal suka ejek aku Radhi Radhi. Gila apa. Aku yang feminin sungguh macam ni disamakan dengan Radhi Oag. So kawan2 aku tukar la panggil aku Dira. Melekat plak sampai sekarang dah 38 tahun umur.
Dalam kehidupan sebenar, aku banyak bercakap. Sampai anak buah aku tanya mak dia “Mak Lang kalau tido bercakap tak?” Aku juga jenis banyak berfikir, banyak bergerak dan banyak soal.
Suami aku penjawat awam, aku suri rumah dan anak kami 3 orang. Kami tinggal di UK. Ya, UK Malaysia. Haha. Jadi apa2 aku cerita dalam ni berlatarkan tempat2 yang aku pergi sekitar KL & Selangor.
Kita semua memang tak boleh elak dari berbelanja kan? Disini aku nak kongsi cara aku berbelanja dalam masa sama kumpul point supaya aku boleh dapat sesuatu dari duit yang aku dah keluarkan tu.
1. Grocery
Yahh belanja barang dapur. Ni jadi point no.1 sebab inilah belanja paling besar dalam keluarga kami. Kami habiskan dalam 1k sebulan. Ni anak bongsu aku dah start makan lauk dewasa aku rasa macam kene up je bajet ni.
Dulu masa baru kahwin aku dan suami beli barang dapur dekat Tesco (sekarang Lotus). Masa tu dalam tahun 2013/2014 belanja RM200 untuk sebulan. Lepas tu tesco bagi voucher rm2 untuk guna next purchase siap ada expiry date. Wah tergamak dia. Buat aku terpikir, no way.. takkan ni je?
Beberapa tahun kemudian, aku dah beranak pinak dan ada mall baru buka dekat dengan rumah – Melawati Mall. Dalam mall ni ada Village Grocer. Kami pun start beli barang dapur kat sana dan install apps member dia (Bites) untuk collect point. So far aku suka belanja kat sini. Dan aku rasa rewards untuk redeem point kat sini berbaloi.
Point yang kita collect boleh tukar ke cash voucher RM10/30/50. Atau boleh tukar dengan barang yang dalam list reward bulan tu. Dan barang dia bukan barang2 remeh macam pinggan, botol, balang kuih semua tu. Barang dia bagi ada brand punya macam aiskrim Bulla, olive oil import, sabun baju Persil, tisu Royal, sabun pinggan, juice, cheese.. etc.
Dan sistem point dia pun menyenangkan customer untuk banyakkan point sebab kadang2 dorg buat promo poultry/promo dairy/promo chocolate etc. So kalau minggu tu kau amik barang dlm kategori promo tu, point kau jadi double atau kau dapat terus 100 extra points (contoh). Bites app ni pun boleh guna dekat Ben’s Grocer.
Jaya Grocer juga boleh collect point. tapi pakai Grab app. Maknanya kalau kau belanja kat Jaya Grocer, point kau collect jadi Grab points la. Boleh guna untuk redeem Grab food atau Grab ride. Nanti minta cashier tu ajar cemane nk scan membership dekat Grab app tu.
Sekarang pun dah banyak supermarket buat membership kan. Aku tak explore la tempat lain tu. Maybe pembaca boleh share dan update.
Teringat masa zaman pandemik dulu, aku kene tahan kat roadblock sebab rentas daerah. Haha. Covid tak covid, aku nak point aku. Aku lepas dengan warning je. Fuh. Masa tu aku dari Gombak rumah mak sebab aku tak bagi mak ayah aku keluar beli barang sendiri.
Oh aku pernah tertanya apa beza grocer/ hypermarket/ supermarket semua tu. Bezanya adalah dari segi keluasan kedai, jenis barang yang dijual & pengalaman membeli disitu.
Selalu tempat ada nama Grocer kat belakang ni kedai dia kecik dan dorang lebihkan barang makan. Banyakkkk sangat choice makanan. Kalau sayur & buah ada yang local/ import/ organic. Kalau cereal tu ha sepanjang rak dia susun berjenis2.
Kalau kau datang Grocer dan nak cari shampoo/ pinggan kertas/ penyapu ke, ye ada juga, tapi limited la. Dan selalunya Grocer takde self checkout counter sebab dorang nak serve sendiri customer. Paling penting trolley dorang tak senget ke kiri kanan. Yih! Siap ada trolley size budak yang aku rasa macam ada psychology effect supaya parent belanja lebih.
Supermarket pula jenis kedai medium to large size. Ada balance antara barang makan dan barang personal care lain. Hypermarket pula size kedai sangat besar. Selalu 1 bangunan tu untuk dia saja. Sini jual semua jenis barang. Dari ayam hingga ke seluar dalam. Sesuai untuk beli borong juga.
2. Dining
Untuk restaurant/cafe. Aku tak masak hujung minggu. sebab hujung minggu la nak settle banyak benda. Nak cari barang sekolah anak la, cari barang nak repair paip la, cari baju hujan motor laki aku la. So kami memang makan luar je.
Tapi tula, restoran ni lambat sikit naik point dia. Sebab yela kita bukan nak makan benda sama tiap minggu. Jemu juga nak dtg kedai sama. Pastu kadang2 nak makan nasi kukus tepi jalan je.
Dan aku rasa f&b business paling kedekut bagi reward. Tapi ni antara kedai aku pernah redeem diskaun/ free meal dia – sushi king, nandos, tgi fridays, chicken rice shop, ichiban ramen.
TGI Fridays aku dtg kalau ada celebration je, sebab aku selalu tak habis makan situ, portion dia banyak. Lagipun best sebab kids meal dia free dengan syarat order adult meal dan ada bottomless drink. Chicken rice shop memang fav anak2 aku. App dia nama SedapZ.
3. Electrical Appliances
Barang letrik untuk rumah aku selalu beli kat Seng Heng/ SenQ. Satu aku tak suka pasal membership dia ni ialah kena renew setiap tahun. Kita bukan beli tv tiap tahun. Tapi takpala, point dia pun berbaloi untuk kumpul sebab yela sekali belanja untuk washer/ dryer/ tv/ aircond dah harga ribu riban kan.
Aku pernah beli kipas lantai dari RM300+, aku bayar RM7 je. Tolak promo kedai, tolak diskaun member, tolak lagi member point, tolak lagi point credit card. Kipas apa mahal macam tu? Kipas ala aesthetic look gitu yang siap remote. Aku keluar kedai muka ada sinyum. Haha.
Lagi 1 tempat ada membership dekat All IT Hypermarket. Sini aku pernah beli printer Epson (wifi) harga dari RM600+, aku bayar RM400+. Tolak promo kedai, tolak birthday diskaun, tolak member point, tolak point credit card.
Balik rumah tu tengok kotak dia tulis boleh redeem RM100 T&Go E-wallet kalau register online. Aku follow la steps dia nak – amik gambar serial number, gambar resit semua. Dalam 14 hari aku dapat email dah masuk RM100 kat e-wallet aku. Alhamdulillah.
Aku memang nak printer ni sebab aku dah baca banyak review cakap ink dia jimat dan murah. Dan aku mmg jenis suka print worksheet/exam paper untuk anak aku yang boleh cecah 50-60 helai kertas. So aku pilih printer mahal (beli sekali) tapi ink murah (beli banyak kali). Ni aku pelik printer ni aku dah pakai lama beratus2 helai print, ink dia takat gitu je haha.
4. Credit Card
Yahh inilah point yang paling berbaloi untuk dikumpul. Aku dan suami pakai credit card macam debit card. Swipe bila tahu memang ada duit untuk bayar. Bank mungkin benci orang macam kami. Zaman sekarang ni senang je untuk kita check balance akaun bank kita ada berapa duit. So aku pelik kenapa orang tak ukur dulu kemampuan sendiri sblm swipe kad.
Dik, dulu kami nak check baki akaun kene beratur kat atm, masuk pin, print resit. Itupun kalau boleh print, kalau kertas habis, kau ingat la baki kau ada berapa. Kalau lupa haa pegi balik atm. sekarang buka phone je login dah tau duit banyak mana.
Credit card ni tricky. Firstly, untuk kau maksimakan reward yang kau akan dapat, kau kene paham betul2 segala terms & conditions card yang kau pilih tu.
Macam kad kredit suami aku dulu senang dapat cashback RM50 sebulan. Pastu lama2 makin kurang. Dapat RM30 je. Bila check t&c dia balik laa rupanya valid untuk belian grocery pada hari jumaat & sabtu je. Kami bukan tinggal kat johor atau kedah. Haha.
Sekarang kami pakai credit card Maybank. Dan suami aku cadang nak amik 1 lagi credit card yang berasaskan point collection, bukan cashback. Lagipun suami aku baru naik pangkat dengan kenaikan gaji. Kad kami pakai sekarang ni kira entry level. Sebelum kahwin lagi dah ada.
Di saat ramai orang gunting credit card sekarang ni, laki aku apply credit card baru. Disebabkan tier gaji dah naik, maka reward credit card pun dah lain. Contoh untuk kad entry level RM1= 1 point, kad medium level RM1=2 point dengan extra 5 points for weekend spending (contoh la ni nak bagi korg paham tier benefit dia).
Lagi satu, tempat kat mana kau swipe kad tu pun mempengaruhi point collection kau. macam kad kami sekarang mmg khas untuk grocery & retail spending je. Dia ada code terminal dia sendiri untuk validkan tempat kau swipe tu layak tak dpt cashback/point.
Contoh kau pakai kad tu kat Petronas. Lepas swipe isi minyak kau masuk dalam kedai mesra, swipe lagi untuk beli air. Sistem akan recognize belian kau tu under code sama iaitu code petrol station.
Sebab tu bank2 ni ada sampai berbelas2 jenis kad kredit. Tiap2 satu lain benefit dia. Kalau kau jenis banyak isi minyak, amik la untuk benefit petrol. Kalau kau jenis banyak makan, amik la untuk dining. Kalau kau jenis suka berhutang, jgn amik mana2 kad. Haha. So tak hairan la ada orang sampai pakai 6 kredit kad. Dia tahu la apa dia buat kot.
Nak check point credit card ni senang je. Masa kau nak bayar tu, kau minta kat cashier nak check. untuk kad bank lain aku tak pasti. untuk kad Maybank slalu aku buat macam ni. Dan masa nak bayar tu mata aku selalu melilau baca apa ada dekat kaunter tu. Kalau ternampak tulis boleh redeem Maybank points here, aku tanya la. Kat kaunter bayar ni jugak slalu ada tulis promo apa ada.
Saat aku tulis confession ni baru aku sedar aku suka baca iklan. Haha. Kalau laki aku drive, aku suka tengok billboard/ bunting/ banner. Kalau jalan2 orang bagi flyer memang aku baca sampai sekecik2 tulisan. So aku tahu kat mana2 ada buat expo/ warehouse sale/ member sale. tapi iklan youtube tetap aku skip.
5. Shopping Mall
Ok mall kat kl ni pun banyak yang ada loyalty app. Apa2 kedai dalam mall tu kau beli barang, kau kumpul la resit dia dan collect la point untuk mall tu. Lain mall lain cara collect dia.
Macam IPC Damansara tu kau kene tunjuk resit kat customer service counter dia untuk dia key in point kau. Dalam 24hrs keluar la dalam app. IPC juga ada program recycle barang untuk collect point. Nanti aku cite kat bawah.
Melawati Mall dulu pun ada app. Aku balik rumah snap gambar semua resit dan upload dlm app. Kene nampak jelas tarikh, transaction id dan total spend. Selalu aku redeem point untuk free parking, free cake, free gift atau diskaun voucher.
Menariknya dulu MM app ni ada collab dengan hotel2 kat kl so kita boleh redeem point kita ada untuk 1 night stay dekat hotel dlm list dia bagi. tapi tak sempat aku guna untuk book, MM umum nak tutup terus loyalty app dia. Point aku yang dah cecah 10k tu burn gitu je.
6. Recycle
Ok ni bukan melibatkan point collection la. tapi antara cara aku untuk buat duit tepi. Haha. Kisahnya bermula bila aku selalu bersidai kat rumah mak aku. Kan dekat UK dengan Gombak. Aku selalu nampak bangla ni selongkar2 sampah rumah orang kutip apa2 boleh dijual.
Mula2 dulu dia tolak troli je, pastu dia upgrade dah naik basikal roda 3 pulak, pastu tak lama kemudian dah pakai motor roda 3 plak. Dan tentunya takde lesen la tuh. Aku tertanya la.. untung ke dia ni kutip sampah?
Satu hari tu aku borak la dengan dia – apa dia selalu kutip, jual kat mana. Dia cakap dia jual barang kat situ situ akak lalu situ tepi jalan sana tiang lampu belok kiri. Haha. Dia tak pandai membaca so tatau sign tempat tu nama apa. Ok takpa. Lamaaaa berbulan kemudian aku dpt tau nama tempat tu Gateweld Gombak.
Aku pun cuba la kumpul2 dan asingkan barang yang boleh recycle untuk aku cuba jual. Kan aku suka print worksheet anak aku, bayangkan kertas2 bertingkat aku bawa ke sana. Kotak2 kadboard kat rumah mak aku pun banyak. Kuat shopee org tua tu. Cili kering pun beli kat shopee. Alahai mak.
Pastu dengan bubble wrap pun disimpannya tak paham aku. “nanti nak bagi lauk kat jiran nak guna bubble wrap ni. Takla tumpah.” Gituh..mak kau ado? Haha. Ok semua aku bawa gi jual kat tempat tu. Ye aku sailang bangla tu beb. Bestnya dekat Gateweld tu kita drive thru je ok. Terkejut aku.
Duduk je dalam kete, buka boot belakang, staff dia keluarkan barang dan timbang. Pastu bagi kita resit, proceed ke kaunter tingkap untuk amik duit.
1st jualan aku dapat RM40. Sebab aku jual sekali spare part motor laki aku yang dah tak pakai. Gateweld ni tak semua barang dia amik. Kayu, minyak masak, getah dia tak amik. Aku cadang next visit aku nak angkut basikal buruk anak aku ni. Geram aku tengok.
Tempat macam tu berbaloi kalau barang kita memang banyak dan berat sebab pakai sistem timbang kan. Aku tengok banyak peniaga pasar borong jual kadboard telur sana.
Untuk barang recycle yang dalam kuantiti sikit dan agak ringan macam botol plastik tu aku bawa pegi IPC Damansara sana untuk collect point. Walaupun reward dia pada aku tak berapa best tapi kumpul jela, benda dah ada. Mana tau future promotion ada yang best untuk redeem.
Wah panjang gila karangan aku. Tahniah jika anda berjaya sampai ke bawah ni. Maafkan aku tak buat part by part. Tak syok citer separuh2. Bukan ada plot twist pun.
Oh, nama2 lokasi/ kedai dalam ni aku taip full terus. Kalau jadi bintang2 tu keje admin la ye. Apala confession kalau tak boleh bagitau benda sebenar2nya. Lagi satu aku nak mention, setelah lama memburu point ni rate dia berubah la ikut keadaan ekonomi semasa jugak.
Macam dulu kat V.Grocer tu rate dia RM1 = 1 point. Pastu naik RM1.70 = 1 point. Ni latest aku check RM2 = 1 point. Gitu la. Kalau perasan coin shopee pun dah tak best nak collect macam dulu. Malas dah aku nak check-in hari2.
Okla aku akhiri perkongsian aku sampai sini je. Next time kalau aku rajin, aku kongsi pula cara aku uruskan kewangan keluarga aku – saving, retirement fund, emergency fund, education fund, medical fund, sinking fund… tudia banyak betul. Ye dik, hidup ni keras. Ok bye!
– Dira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Wahh sis. Saya nak tau detail tempat recycle tu. Ada banyak kad board telur jgk ni 😂
Waahh..best la boleh drive tru utk recycle. Aku collect juga benda2 recycle ni. Tunggu2 lori recycle selalu nya lalu time aku tak bersedia. Lama2 aku fed up, aku letak kt luar gate. Waahhh..kejap je org lalu lalang kutip…rezeki dorang la.
Kalau kerajaan serious nk suroh org recycle, kena wujudkan facilities mcm ni mcm kt negara2 maju. Dpt la juga duit tepi kan…