Bila Isteri Si Surirumah (Versi Luahan Suami)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi luahan hati dalam page ni.

Pertama sekali aku rasa terpanggil untuk kongsi pengalaman atau luahan hati aku sendiri sebagai seorang suami kepada isteri surirumah sepenuh masa. Aku ada baca confession yang bertajuk sama macam ni, mohon copy sat tajuk ni ya puan penulis.

https://iiumc.com/bila-isteri-si-surirumah/

Aku cuma nak bagi feedback atau kesedaran kepada kaum laki laki ni yang ada isteri sepenuh masa di rumah. Aku tak cakap semua suami tak baik atau tak elok. Cuma kesedaran ni untuk kita perbaiki apa yang kurang.

Aku pun bukan baik sangat. Cuma tergerak hati untuk backup isteri isteri yang bekorban masa depan dia untuk keluarga tercinta.

Aku bahasakan isteri aku ni sebagai bini la kan sebab aku pun orang utagha piaw punya. Bini aku ni berpelajaran, lepas habis diploma sambung ijazah di universiti tempatan. Jadi hampa boleh agak berapa lama tempoh dia belajaq kan.

Dia antara anak harapan dalam keluarga jugak sebab nak dibandingkan adik beradik lain, dia yang paling tinggi level pelajaran.

Isteri aku ni kategori budak pandai jugak la. Dean list masa belajaq dulu. Nak bandingkan dengan aku hemmm memang menang kat dia la.

Ditakdirkan aku habeh belajaq dulu dan aku teruih pi cari reja dan alhamdulillah mudah dapat reja. Niat nak kawen awai kan sebab masa tu dok meghela orang utagha cakap. Jadi dipendekkan cerita lepas ja dia grad truih kami kawen.

Lepaih kami kawen, dia cari reja dan dia dapat reja dekat dengan area rumah aku. Jadi senang dia ulang alik.

Sebenaq nya dari awai kawen memang aku tak mau dia reja sebab macam kesian pun ada tapi dia selalu bagi alasan nak rasa duit sendiri. Aku pun tak halang go on asalkan dia happy.

Ditakdirkan, lama jugak kami tunggu zuriat dalam 7 tahun. Baru muncui malaikat kecik dalam rahim bini aku. Jadi aku plan nak suruh dia benti reja. Sebab lama nak tunggu dapat anak, bila dah dapat tak kan nak bagi orang len jaga.

Aku pun tak pikiaq dah pasai komitmen ka apa yang aku tau aku nak anak aku selamat dijaga oleh bini aku. Bini aku agak berat la nak benti reja sebab dia dah selesa kan.

Aku pun kadang2 rasa bersalah sebab dia pun ada impian dia cita cita dia. Tapi dengan keputusan aku ni, aku berserah betui betui kat Allah.

Bini aku setuju dan bermulalah episod ceghita baru dalam hidup aku. Semua komitmen kereta rumah utilities semua akan ditanggung oleh aku. Alhamdulillah gaji aku naik dengan cepat. Semua benda berkaitan reja Allah mudahkan.

Bini aku reja dia masak jaga anak basuh baju sapu lantai sidai baju. Fuhhh kalau aku list reja dia pakai tak cukup masa aku nak tulih. Hampa semua nampak senang orang reja surirumah. Hampa pi try jadi surirumah sehari tengok.

Bini aku sangat detail dalam prepare makanan anak bila jam dia nak makan, apa lauk dia nak makan, berapa banyak dia nak makan. Bini aku punya jadual pack tiap hari.

Kadang aku ada cakap jugak jangan la ikut sangat tapi bini aku ni jenih jaga makan anak aku gila2 punya. Makan aku pun dia jaga. Tak mau laki dia gemuks.

Penat kadang2 bila aku tengok. Dan kadang2 bila free aku akan buat reja rumah tolong dia sebab aku penah ganti dia jaga anak sat. Perghh penat dia lain macam tak sama macam aku reja kat office.

Aku bagi gaji kat bini aku tiap bulan untuk dia beli apa apa dia nak. Kwsp pun lani ada buat untuk surirumah kan. Jadi suami yang mampu boleh la buat bagi kat bini hampa.

Aku cuma tak mau dia rasa yang dia useless tak bagi sumbangan kat keluarga kami. Aku nak dia rasa macam dia pun bekerja untuk keluarga. Aku tak kacau gaji dia cuma kadang2 dia rasa nak belanja aku makan dia akan cakap. Aku pun apa lagi tak kan nak tolak kan.

Cuma apa yang aku boleh cakap pengorbanan orang perempuan ni kalau kita perati dengan hati kita akan rasa kita tak kan mampu nak balaih. Tapi bila kita perati dengan mata kasaq depa ni nampak lembik lemah pastu kuat merajuk. Haha.

Tapi bila aku try buat apa bini aku buat aku pulak rasa aku ni lembik. Haihhh. Bukan nak puji melambung ka apa tapi ni hakikat.

Apa yang bini teringin nak makan, kalau mampu hampa beli ja. Sebab memang Allah gantikan rezeki dengan yang lebih baik. Pecaya hat tu ja.

Aku ni bila teringat time aku akad nikah dulu, ayaq mata nak jatuh aa. Sebab masa tu bini kita ni dia serah hidup dia seratus peratus kat kita. Apa jadi pada masa depan, dia hanya ada kita.

Jadi pada suami atau bakal suami di luar sana, jaga la hati isteri walaupun depa ni kuat membebel tapi hati depa lembut.

Aku kadang2 pun koyak kena bebel ni. Tapi otak aku ni selalu rewind atau flash back balik apa yang dah dia korbankan untuk aku. Pahtu aku cool balik aa. Nak makan hati lama2 nanti rugi ooo.

Jadi kesimpulan dia, surirumah adalah kerja yang sangat mulia. Dan kepada orang di luar sana hampa jangan la merendahkan orang perempuan yang tak bekerja ni. Sebab depa pun ada hati dan perasaan.

Setiap orang rezeki tak sama jadi kita kena sentiasa bersangka baik dan saling hormat menghormati sesama kita. Acheeewahhh. Haa ni saja dari aku mad Hassan.

Assalamualaikum..

– Hassan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Betul sgt.. pgalaman saya hmpir 10 tahun bkerja..bile lhir anak ke 4,sy bhenti.. kptusan suami jga ingin sy bhenti.. memang kalau pkir komitmen dgn keadaan ekonomi skrg,anak yg ramai, suami saja yg tanggung..ckup ke x.. tapi alhamdulilah.. rzeki lbih murah bile lagi bhenti.. anak2 happy.. ada bnyk masa dgn kluarga.. bercaya ar rzeki tu bkn duit sahaja.. kgembiraan dlm kluarga pon 1 rzeki..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *