Assalamualaikum, Nama aku Leona. Aku harap korang baca cerita ini sampai la habis baru faham apa perasaan yang aku alami selama ini betapa sakitnya.
Aku seorang CEO di sebuah syarikat top 10 terbesar di Malaysia. Sebagai seorang CEO, Sudah pasti aku memahami semua pekerja di bawah aku.
Dalam meeting aku selalu nasihat kepada semua level pengurus agar tidak membuli orang bawahan mereka, tidak mengambil kredit kerja mereka, tidak menekan mereka. Fahami team anak buah. Bagi semangat pada team.
Aku juga seorang CEO tidak sesekali percaya pengurus atau executive yang memburukkan staff bawahan.
Bagi seorang CEO aku tak akan menilai dan mendengar kedua belah pihak tanpa mengira level. Aku seorang CEO yang sentiasa utama kan perasaan staff tanpa kira jawatan.
Dalam mesyuarat biasanya memang orang akan diam dan patuh bila aku bercakap. Hari ini aku terdengar aduan dari staff bawahan mengadu mereka dibuli dan diejek hanya kerana dia pendiam dan suka buat hal sendiri.
Sebagai seorang CEO aku marah bila HR tak nak layan rungutan staff bawahan yang alami tekanan akibat dibuli. Diberi bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji. Memang aku marah kaw2 HR hari ini. HR hanya diam menunduk.
Bila di rumah suami aku mesti tegur, “Ok tak hari ini kerja”.. Aku biasa jawab hurm ok dan terus naik bilik tanpa keluar bilik selepas itu, kerana aku letih dan ingin kembali menjadi CEO.
Oleh kerana aku seorang CEO aku tidak dipandang rendah oleh keluarga mertua. Keluarga mertua sangat hormat dan tidak pernah menyindir aku.
Aku juga mempunyai rumah vila besar, vellfire dan pembantu rumah dua orang. Kehidupan aku sungguh sempurna.
Tarikh 16 September 2022, aku buka mata perlahan-lahan, nampak suami aku usap dahi aku dan pegang tangan aku. Aku rupanya di yellow zone akibat cubaan membunuh diri di banggunan mall.
Sebenarnya aku bukan nak bunuh diri tetapi aku rasa mall tu adalah syarikat aku sendiri. Mall itu milik aku. Staff situ semua staff aku.
Aku disahkan menghidap Major Depressive Disorder dan Phychosis. Doktor telah beri ubat Mirtazapine, Fluxomine,
Sejak makan ubat ini aku mula sedar dari fantasi. Aku bukan Seorang CEO di sebuah syarikat terbesar di Malaysia. Aku cuma seorang staff bawahan yang bodoh, dibuli oleh pengurus dan team executive.
Aku dipaksa buat kerja macam level manager sedangkan gaji aku masih bawah 2k.
Selalu tertekan dengan bebanan kerja yang banyak tanpa henti dan sentiasa dipandang rendah oleh keluarga mertua hanya kerana tiada jawatan seperti menantu yang lain.
Aku bukan seorang CEO. Rupanya aku yang mencipta CEO itu hanya kerana ingin keluar dari dunia realiti.
Hingga ke akhir ini aku masih berusaha untuk sembuh. Ia nya bukan mudah. Kadang kembali juga suara aku seorang CEO dari dunia itu. Cuma tak seteruk dulu.
Doakan aku cepat sembuh dari sakit ini.. Aku juga doakan mereka yang sedang bertarung dengan sakit mental health ini cepat sembuh dan terima kasih sudi baca kisah aku ini.
– Leona (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit