Dia Bernafsu Songsang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, tujuan aku menulis disini sekadar untuk berkongsi cerita dan nasihat, dengan harapan tulisan ini dapat meringankan sedikit beban jiwa yang ditanggung.

Aku terdetik untuk berkongsi rasa di sini setelah terbaca penulisan ini beberapa bulan yang lalu, ‘Keadaan Memaksa’, https://iiumc.com/keadaan-memaksa-ii/

Dua buah luahan hati oleh Parker yang diuji berat dengan memiliki nafsu songsang. Masha Allah, anda memang merupakan seorang yang hebat, sedang berperang berjihad untuk meninggalkan kejahilan dan kekal istiqamah di jalan yang lurus.

Cuma, aku di sini bukan sebagai Parker, tetapi sebagai seorang perempuan marhaen yang pernah bergelar ‘awek’ kepada lelaki terpilih seperti Parker.

Beberapa tahun yang lepas, aku mula didekati oleh seorang lelaki, Bad, yang merupakan rakan sekerja di pejabat. Sebelumnnya kami memang bekerjasama sebagai satu team, jadi kami saling mengenal antara satu sama lain.

Aku akui Bad seorang yang baik, rajin dan sedikit metroseksual.

Sebagai seorang single available, maka aku meyahut baik usaha Bad untuk mendekati aku, memandangkan dia memang seorang lelaki yang cukup baik dan bertanggungjawab. Dia sangat menjaga kebajikan keluarga, rakan-rakan serta semua yang ada disekitarnya.

Kami semakin rapat. Apa yang membuatkan hati aku terbuka untuk menerima Bad, adalah hanya kerana kesungguhan yang dia tampilkan. Sentiasa mengambil berat akan aku, malah semakin hari kami semakin selesa berkongsi masalah/stress masing-masing.

Yang paling aku kagumi, Bad sangat menghormati prinsip aku yang amat mejaga pergaulan dan batas-batas hubungan.

Kami hanya bertemu di tempat kerja jika perlu, chat juga bila ada cerita untuk dikongsi atau memerlukan nasihat/pandangan. Tidak pernah sekalipun keluar berdua/dating sebagainya.

Aku malah yakin pada Bad apabila dia mula bercerita mengenai keluarganya/hal-hal peribadi dan mengambil kira pandangan aku dalam membuat keputusan.

Walaupun dia tidah pernah menyatakan hatinya secara jujur padaku, aku terlalu yakin hubungan yang terbina ini serius dan sedang menuju bahagia. Semua yang berlaku pada masa itu sangat indah.

Sehinggalah satu hari, aku dilamar oleh seseorang. Aku terus menghubungi Bad untuk bertanyakan mengenai hubungan kami, aku meminta kepastian.

Aku mengambil peluang secara tak langsung ini untuk menyatakan isi hati aku. Aku nyatakan pada Bad bahawa dia sangat penting dalam hidupku, kalau tidak mana mungkin aku hanya memikirkan dia apabila diriku dilamar.

Ya, dan itulah kali terakhir kami berkongsi rasa. Tanpa memberi jawapan dan kepastian yang aku harapkan, aku di ‘ghosting’ oleh Bad. Semuanya berakhir begitu sahaja.

Pada mulanya aku sangka aku akan baik-baik saja. Mengapa aku mesti bersedih untuk dia yang meninggalkan aku seperti sampah setelah hati aku telah dia takluki?

Rupa-rupanya sehingga ke hari ini, aku masih disini, tidak dapat move on, berendam air mata mengenangkan Bad yang jauh pergi tak pernah lagi hiraukan aku.

Lamaran itu terpaksa aku tolak kerana hati aku sedang luka pedih tak dapat melupakan Bad. Ibarat lagu ‘Glimpse of us’, kejam jika aku terima lamaran dalam keadaan aku sedang hancur berkecai. Walau apa aku cuba, aku masih disini, jiwa kosong yang trauma.

Dipendekkan cerita, aku dapat tahu bahawa Bad bernafsu songsang. Masa tak boleh diundur, jiwa aku yang parah masih tersisa sayang pada dia.

Pelbagai cara aku cuba untuk move on dan aku cuba yakinkan diri sendiri bahawa ujian ini untuk aku jadi lebih kuat, malah Allah selamatkan aku dari ujian yang mungkin lagi berat. Tapi aku tetap disini.

Buat Bad, atau golongan-golongan seperti Bad/Parker, jangan risau, aku tak berdendam.

Kau diuji, begitu jua aku. Kita sama, harus bangkit kuat menghadapi apa sahaja ujian hidup. Kerna, tak ada yang pasti melainkan kematian dan semestinya kita mahukan pengakhiran di akhirat yang paling indah iaitu syurga.

Kalian jangan menyerah ya. Biarpun aku bukan disisi lagi untuk menemani kesunyian, yakinlah Allah ada. Tolong jangan lukai lagi hati-hati perempuan diluar sana. Percayalah ada jalannya untuk kau dan aku, kita berdua.

– Aku Hamba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *