Aku Dan Duda Anak 5

Hi, aku Bunga pelajar di institusi awam ternama di Malaysia dalam ijazah pertama aku dan berumur awal 20-an. Aku anak bongsu daripada 7 adik beradik, penerima biasiswa daripada syarikat swasta dan seorang yang manis kata kawan2 ku.

Aku mengenali duda tersebut sewaktu dia dijemput untuk memberi talk di fakulti. Seorang yang segak, lawak, berkerjaya, dan baik orangnya. Jadi aku mula follow dia di instagram. Di situlah kisah kami bermula.

Lupa pula untuk kenalkan si dia. Dia bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan dan jarak umur kami hampir 20 tahun, penjawat awam gred tinggi, pendidikan agama yang bagus, keluarga yang mengamalkan agama dengan baik.

Tapi aku tak kesah memandangkan dia tidak terlihat seperti umur dia pun, malah jika aku berdiri di sebelahnya, kami terlihat seperti sebaya.

Kisah kami bermula apabila dia mula membalas kepada story aku di instagram, mula ajak aku keluar, dan banyak lagi. Sejak dari tu kami mula berbalas dm.

Banyak hint yang diberi seperti “jom la kenal dgn abang pulak” “jom bercinta dengan orang tua” benda ni berlarutan selama 8 bulan. Dan daripada dm kepada whatsapp..

Dan kemuncaknya pada hari lahir aku, dia beri hadiah. Dan kami mula menjadi “lebih daripada kawan”.

Mulanya aku tolak memandangkan aku masih ada satu tahun lebih untuk menghabiskan ijazah ni dan plan mahu sambung lagi ke peringkat master.

Tapi bila dipujuk katanya “semua benda boleh bincang” dan “saya pun mahu isteri yang berpendidikan untuk jadi ibu kepada anak2”. Memikirkan dia sangat supportive saya terima.

Hubungan kami baik pada awalnya. Sering video call, voice call, chatting dan sebagainya.

Dalam sebulan bercinta dia mula mengelak, sering sibuk, aku faham situasi kerjanya tapi aku tak rasa dia akan sesibuk itu sehinggakan text aku seharian tak boleh reply.

Dan tak boleh jumpa aku langsung dah dengan alasan sibuk bekerja dan banyak masalah yang dia tengah hadap.

Kemudian dia cakap, “saya tak ready nak bercinta, saya dah tak pandai nak bercinta, saya tak mainkan awak” tapi aku masih cuba nak selamatkan hubungan kami. Sampailah dia cakap dia betul2 tak nak.

Waktu tu aku final exam wehh. Sumpah aku dah fall in love teruk dengan dia. Sambil study sambil jatuh air mata. Dia asyik nasihat belajar sungguh-sungguh, jangan sebab dia aku lupa pelajaran aku. Dia tak nak dia mengganggu pelajaran aku.

Tanpa dia sedar, dia memang dah mengganggu dengan perbuatan dia sekarang. Aku happy dengan dia dan dia yang buat aku terinspirasi nak belajar tinggi macam dia supaya dapat kerja sama macam dia.

Broken teruk sampai menangis macam orang gila. Itulah kali pertama aku menangis macam tu sekali sebab cinta dan sebab seorang lelaki.

Tapi tak terhenti di situ, setelah hampir 3 bulan aku cipta jarak, tapi setiap bulan dia mesti akan cari topik untuk mula berbual dengan aku.

Kadang dia akan hantar reels di ig, akan membalas instagram story aku, dsb. Aku balas acuh tak acuh walaupun dalam hati meronta mahu sahaja balas secara baik.

Bila masuk ke semester baharu pada bulan 10 yang lepas, di situ kami mula kembali rapat bila dia menghantar satu video berkaitan cemburu kepada aku.

Ya. Sewaktu itu aku mula persoalkan tindakan dia dan aku mula luahkan “saya masih sayangkan abang” aku rasa aku masih ada harapan untuk berbaik dengan dia kembali. Tapi sekalipun dia tak pernah membalas.

Namun hanya memberitahu, “abang taknak bunga sakit lagi” “abang dah tua, risau bila abang sakit bunga tinggalkan abang” “abang nak bunga belajar rajin rajin” “anak abang ramai, bunga” “abang risau tak mampu bagi duit secukupnya dekat bunga”.

Kami ada berjumpa pada bulan 10 dan 11. Setiap kali kami jumpa, dia banyak habiskan masa dengan telefon, berbual dan kembali melihat telefon. Tapi dia masih memberi mix signal seperti cemburu bila aku berkawan dengan lelaki lain dan bila ada lelaki yang cuba dekati aku.

Aku dah banyak kali cuba yakinkan dia aku betul2 sayangkan dia, aku boleh terima dia dan anak2. Aku okay dengan waktu kerja dia memandangkan aku juga seorang yang sangat sibuk di universiti dengan sukan, badan uniform dan program2 aku. Tapi aku okay.

Aku bukan mahukan dia kerana duit dia, kerjaya dia atau lainnya. Aku ikhlas sayangkan dia. Dia tak sama dengan lelaki lain. Tak pernah sekalipun dia mengambil kesempatan atas aku.

Oh lupa nak bagitahu, dia lahir daripada keluarga yang beragama, aku pula tidak. Aku bertudung, tapi tidak sempurna. Dengan leher terdedah, pakaian yang menginut bentuk tubuh. Dia selalu nasihat dan tegur tentang pakaian aku.

Aku akui dan aku suka sosok yang menegur aku. Ibarat dia sangat peduli tentang aku memandangkan keluarga aku terlalu sibuk dgn kerja masing-masing.

Kalau nak cakap aku sukakan dia sebab duit dan pekerjaannya yang dah stable, maaf ya aku tak perlu sedikit pun.

Bukan nak berlagak, ada je lelaki yang dah stable dan kerja yang bagus cuba untuk mengenali aku, tapi aku tolak mentah2. Aku sayangkan dia.

Aku cuba jauhi dia lagi setelah banyak kali aku cuba untuk yakinkan dia, hubungan kami akan berhasil jika dia beri kepercayaan kepada aku. Aku sayangkan dia seikhlas hati aku.

Tapi setiap kali aku luah pasti dia akan cakap, “abang dah tua untuk bunga” “abang anak ramai” “abang taknak sakiti bunga lagi” tapi dalam masa yang sama masih mahu keep in touch dengan aku, masih cemburu bila lelaki lain cuba mengenal aku.

Aku mahukan pendapat pembaca sama ada dia benar2 mencintai aku atau bagaimana? Masih adakah peluang untuk kami bersama?

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam, Maaf cik. Ini nasihat saya sebagai lelaki. Sedar diri dan move on. Dia gula-gulakan cik sahaja. Masa depan masih jauh. Umur baru 22/23. Lelaki tu dah umur 40 an. Cinta memang tak kenal angka tapi fikir baik-baik. Pernikahan bukan sekadar tentang cinta tapi tanggungjawab. Dia ada 5 orang anak. Cik yakin mampu kongsi kasih sayang dengan anak-anak dia? Jangan lepas nikah, tulis di confession di sini dan merasa terpaling mangsa dan jadi korban. Habiskan study, bahagiakn mak ayah dengan gaji pertama kerja lepastu cari lelaki sekufu dengan cik. Lagi satu, cik tulis bila lelaki tu berdiri sebelah cik, kalian nampak sebaya. Adakah dia terlihat awet muda atau cik yang nampak tua/matang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *